Khamis, 31 Oktober 2013

Bekam Rumah Ke Rumah Klang Putrajaya

Assalammualaikum.

Alhamdullilah.. setelah hampir 2 tahun mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W.. akhirnya berani nak kongsi bersama-sama rakan di sana.

So sesiapa yang berminat dan  ingin turut serta menghidupkan sunnah Rasullullah S.A.W bolehlah jenguk-jenguk Facebook nie... jangan lupa 'like' tau.

Insya Allah...

Jumaat, 26 Julai 2013

Aktiviti baru sempena hari raya

Assalammualaikum...

diam tak diam.. pejam celik pejam celik dah 17 ramadhan.. Macam mana puasa? Ok tak?

Alhamdullilah masih kekal berpuasa sehingga hari ini. Aktiviti mem'pump' susu masih giat dijalankan walaupun sedikit kepenatan dan pening. Syukur alhamdullilah susu tak berkurangan walaupun puasa.

Sebulan opah duduk putrajaya, akhirnya tercapai juga hasrat nak belajar jahit baju. So sempena hari raya yang bakal tiba nanti, aku dengan gigihnya berusaha untuk menyiapkan baju raya Nur Ikhlas dan Muhammad Ilyas. Menjahit sendiri baju anak-anak memang satu kepuasan buat diri sendiri. Indah sungguh nikmat menjadi seorang ibu.

Tahun nie tema biru.. heee heee

Walaupun tak berapa pandai lagi tapi sekurang-kurangnya tahun ini dapat lah sikit-sikit menjimatkan duit perbelanjaan dan simpan untuk masa depan.

Isnin, 17 Jun 2013

Tabiat baru - Nur Ikhlas selepas 2 tahun

 
Assalammualaikum..
 
3 bulan cuti bersalin memang nikmat sungguh. Mengulit anak dari pagi sampai malam. Baik si kakak atau si adik..
 
So ari nie nak cerita perihal si kakak Nur Ikhlas nie..Budak comel yang tak reti dok diam. 24 jam mulutnya dok membebel sampai ibunya tak faham apa yang dia cakap..
 
Apa perkembangan dia sekarang???
 
1) Sekarang dah pandai menyanyi lagu ibu ratu hati ku.. lagu buai laju-laju.. lagu Al fatihah - ummi.
 
2) ABC belum pandai lagi tapi dah kenal huruf A dan B. tang C tu susah sikit sebab bila tanya huruf apa dia jawap ulat.. adeh..
 
3) 123 dah lancar cuma belum kenal je.
 
4) dah pandai naik basikal.. tapi tang kayuh tu sekerat-sekerat je
 
 
Tengok muka suci murni kan... kan..
 
Al-kisah.... bila cuti bersalin nie baru perasan tabiat dia yang satu nie.
 
mula-mula pelik gak asal setiap kali pakai gaun mesti tersingkap sampai atas. rupanya ini keje dia.
 
 
 
Dulu-dulu perasan yang kalau pakaikan dia seluar sampai aras perut, dia akan suruh turunkan sedikit. tak pun dia yang tarik ke bawah. Ingatkan seluar tu ketat sebab perut dia buncit.. haaa haaa
 
Lama-lama perhati baru si ibu ini tau tabiat dia yang satu nie...kalau dok menyusu mesti tangan dia dok menggentel hujung pampers yang dia pakai. Memang secara automatik bila dia pegang botol susu, tangan dia akan turut memegang hujung pampers. Pastu gentel lah sampai tertido.
 
Bukan masa tido je tau.. masa tengok tv ke.. masa berjalan ker.. memang tangan dia kat situ. tak kira air susu atau air sirap. sama je.
 
Bulan lepas bawa Nur Ikhlas pergi Setia Alam City Mall. Pakaikan dia baju gaun.. sambil jalan boleh dia singkap gaun tu cari hujung pampers. Adeh... lepas nie memang keluar pakai seluar je lah ye Nur Ikhlas.. tak pasal-pasal ko menyeksi depan orang.. heee heee.

Rabu, 5 Jun 2013

Selesai sudah 1 hutang Riba' - Episod Akhir

Assalammualaikum.

Haa haa macam drama je kan..

Alhamdullilah aku dah terima balik duit terlebih potong dari PTPTN. Sebulan selepas potongan tu clear dari slip gaji terus je PTPTN buat pemulangan..


Cepat kan?

Risau jugak sebab dari pengalaman kawan-kawan yang dapat pemulangan tu semuanya kata lambat. Ada yang sampai marah-marah. tapi yang aku punya senang dan lancar.

So aku dan PTPTN dah tidak terikat apa-apa lah. Senang sikit hati. Just tunggu surat penyelesaian hutang je.

so dari sekarang kena lah kumpul duit untuk pelajaran anak-anak pulak. kalau boleh taknak mereka buat pinjaman pelajaran. In Sya Allah pasti ada jalan penyelesaian.

Ahad, 2 Jun 2013

Jika Terakhir Buatku

Assalammualaikum.

hampir 3 bulan berlalu tanpa berita. tiada N3 baru untuk blog nie. Sunyi dan sepi...

Ke mana menghilang??

Sibuk.. sibuk sangat-sangat dengan kehadiran orang baru. 3 bulan di penuhi dengan temujanji di hospital.. 3 bulan berulang alik klang - putrajaya - klang.

Letih? sangat-sangat letih. tapi demi anak tersayang tetap gagah mengharungi kehidupan ini bersama.

Hanya kini. di waktu ini.. sempat untuk up date blog..

sedih? tak lah.. cuma sedikit mengantuk dan emosi tidak menentu.. di tambah dengan kepanasan di malam ini..

Harapan.. masih meneruskan perjuangan. hidup ini untuk berjuang bukan??

Jika Terakhir Buatku
Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Sabtu, 16 Mac 2013

Muhammad Ilyas bin Mohd Asmad

assalammualaikum...

alhamdullillah, aku telah selamat melahirkan anak secara normal di Hospital Putrajaya pada 06 Mac 2013 (5.40 am) dengan berat 1.68 kg.

Genap usianya 7 hari, si putera diberi nama Muhammad Ilyas bin Mohd Asmad.

Maaf kerana masih tiada gambar Ilyas dapat dipertontonkan kerana dia masih berada di NICU, Hospital Putrajaya.

Doakan ilyas cepat sembuh ye..

Rabu, 27 Februari 2013

Hospital checklist untuk bakal ibu

Assalammualaikum..

Lagi dua bulan untuk due. Berdebar-debar sangat. Bulan depan tibalah masanya untuk aku kelam kabut menyediakan barangan bayi.

Buat masa ini, sibuk dengan proses 'recycle'. Asingkan baju Nur Ikhlas yang dah tak muat. Nak basuh dan bawa balik ke Klang.

Untuk berpantang kat Rembau, memang dah ada stok bajunya. So tak perlulah nak berangkut bagai. Sebab terfikir nanti dah ada dua anak, sure kereta kelisa tu tak muat. heee heee.

Sambil-sambil buat persiapan nie, dengan ringan tangannya aku dah buat satu senarai list barang keperluan yang perlu di bawa ke Hospital oleh bakal-bakal ibu. Ini list aku masa bersalinkan Nur Ikhlas dulu. Ada sedikit tambahan berdasarkan pengalaman.

List nie pun sesuai untuk bakal ibu yang bersalin normal. Sebab kalau bersalin normal hanya akan duduk di hospital sehari dua. Jadi kenalah buat tambah tolak sedikit bagi yang bersalin melalui pembedahan.

Semoga list ini dapat memberi manafaat buat semua... In Syaa Allah


p/s: kalau ada yang nak secara pdf boleh lah email kat saya ek..

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...