Dalam banyak banyak-banyak kuih
kuih apa yang suka bersedekah
Malaysia MADANI; Rakyat Disantuni
- Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2005 -
..........................................................................................
Selamat hari Malaysia buat semua sahabat. Alhamdullilah negara kita masih kekal aman dan damai. Semoga tanah ini sentiasa di rahmati Allah. Amin
Tahu tak korang yang Hari Malaysia tahun ini adalah sambutan ulang tahun yang ke-62 kerana tarikh penubuhan Malaysia adalah 16 September 1963.
Sekali kena dua kali tahu
- Peribahasa melayu -
.........................................................................................................................
Hari tu saja lah pergi Decathlon Shah Alam. nak cari beg lah konon. tapi hasilnya aku kaut juga reket badminton sebatang. yang budak-budak ni paw lah kitaorng bola dan kasut. melayang lah duit. haa haa haa.
Sebelum ni ada je aku beli reket tapi hmmmm... semua tu dah jadi hak milik 3 ketul tu. So yang ini adalah reket ke-4 yang aku beli.
Lepak makan lepas merayap tu, si kakak cakaplah teringin nak main badminton kat court sebenar. Aku pun amik phone whatsup member tanya macam mana nak booking court kat dewan yang dia selalu main. Dewan tu tak jauh pun dari rumah.
Dah dapat link, dengan penuh bergayanya aku pun booking lah. Ambil tarikh minggu depannya. Siap cakap dengan husben murah lah kalau booking awal. Sejam dapat RM15 je. so confirm dah booking court no 7 hari Jumaat malam jam 9.00 - 10.00 malam. Amik sejam je lah sebab takut tak larat.
Semua excited tau nak gie. Sampai lah hari kejadian...
Kami ni datang agak lewat sikit. Malam tu ada bacaan yassin kat rumah baru adik. Sampai je sana tengok court no 7 dah ada orang. Aku mula lah nak naik hangin. tapi sebab first time kan datang so kita cool dulu. Kita datang nak happy-happy jer. Mana tau diaorang ni member tetap dewan tu. Sekali nampak ada court kosong tapi court tu lantai dia macam ada terkopek sikit. so aku assume diaorng ni tukar court kot.
Takpelah kami main je kat situ. bukan main gembira 3 ketul ni.. sekali tak cukup masa. Masing-masing komen nak main lagi. Abahnya pun kata tak pe nanti kita datang lagi.
Keluar dari dewan, aku baru perasan yang ada kedai kecil kat situ. Try lah masuk saja-saja. Nak tanya lah kalau boleh tukar tali reket. Sekali dia kata boleh. Aku pun on lah bagi reket aku. Tukar tali dengan getah pemegang. Dua-dua tu warna hijau ok. Supaya reket aku tak di cilok lagi.
Sambil-sambil tu aku tanya lah pasal booking tu. Orang kedai tu pun cakap mana boleh main tukar-tukar court. Kena ikut dalam apps. sebab lampu dia timer so akan buka dan tutup mengikut booking.
Aku pun cakap.. "ye bang.. saya booking court no 7 pukul 9 sampai 10 tapi ada orang. so saya main je lah kat court no 5"
Aku siap tunjuk apps tu ke dia. "Ni bukti dia bang.. saya booking kul 9-10"
haaaaaaaaaa
dia cakap apa tau.. "Kakak.. ko salah booking ni.. ni 9-10 pagi"
Terus aku macam.. aduhhhhh
wei.. nasib aku tak gaduh tadi wei. kalau tak malu wei.. then nak tahu tak court 5 tu memang takde siapa booking dan lampu tak terang pun.
Korang nak tahu sebenarnya kalau fee untuk malam adalah RM25. Rezeki aanak-anak aku lah dapat main free RM10 dan rezeki juga kot sebab aku tak bergaduh masa awal-awal tu.
Nasib lah tauke dewan tu halalkan.
Itulah orang main badminton kat dewan, ko pun nak juga kan. Takpelah pelajaran untuk newbies macam kami ni. so sekarang aku dah tahu lah cara booking tu. Kira dah hebat lah sekarang. hee hee
Alhamdullilah kali ke-2 kami pergi semuanya ok. tapi masa nak booking tu aku punya lah perhati setiap huruf dan nombor. takut salah lagi :P
![]() |
| ni booking kali ke - 2. korang tengok, masa dan hari booking tu kecik je kat bawah so memang aku tak perasan sebenarnya ada AM/PM |
“The Remnants we carry small membranes of memories within us. As do trees, flowers, stones and all life force around us. Fragments of memories engraved in chips of iron, copper, silver. Interlaced in the workings of men. Intertwined into the streets, buildings the networks around us. Pathways between ages each carrying their remnants of the past”
- Maria Lehtman, The Dreaming Doors: Through the Soul Gateways -
....................................................................................
Nota dari hati : Entry bersawang.. dah lama taip tapi tak terbitkan sebab malas nak masukkan gambar yang sangat banyak. so semoga korang sudi baca entry ni. haaa haaa
![]() |
| Beza usia mereka berdua 58 tahun |
Dia macam benda berjangkit-jangkit tau bila dah pergi satu Muzium mesti nak pergi muzium yang lain. Last aku datang Muzium Negara ni kira-kira 24 tahun yang lalu.
Masa tu takde sangat pembangunan depan Muzium ni. Jalan raya dan pokok-pokok. Aku datang tahun 2001 masa Muzium Negara tengah buat pameran 'Hantu'. Gila seram walaupun tahu semua tu dekorasi je. Tapi best lah.
Kali ni menuju ke Muzium Negara dengan menaiki kereta. Malas nak naik train. Korang tahulah kalau train dari Klang tu cuma ada KTM je. lambat..
Sebelum tu macam biasa, sarapan kita layan roti canai dulu.
Bagusnya Muzium Negara ni ada menyediakan tempat parking. cuma harga dia agak keras sikit lah. Pintu gerbang dia masih sama ek. tak berubah langsung.
Masa kami datang tu, Muzium Negara tengah buat program 'Jom main permainan tradisonal' di laman dia. Bukan main lagi diaorang ni cuba semua. Ada baling selipar, kelereng, capteh dan congkak. Budak zaman sekarang excited lah sebab tak pernah tengok. Tak pernah main benda-benda tu. Kesiannnnnn :P
Lepas tu kami pergi bangunan utama pula. Harga tiket untuk dewasa RM2 je untuk rakyat Malaysia. so aku bayar RM6 je sebab lagi dua ketul tu bawah 12 tahun - Freeeeeee
Sini ada 4 section. Dari awal tamadun sampai Malaysia sekarang dan macam biasa, aku akan berimaginasi lah apa yang berlaku pada setiap perjalanan zaman tu.
Masa aku datang ni kat tengah bangunan dia ada buat 'Pameran Zodiak Cina, Keunikan Tahun Ular'. Lepas tu adalah diaorang buat aktiviti membuat Boneka Ular. Suruh budak-budak ini join tak mahu pula dia. sabar jelah.
Habis masa dalam tu hampir 2 jam lebih. Menghayati sungguh. kendian menjawap macam-macam soalan dari si bongsu. Jenuh jugalah nak terangkan. Mak ko ni sejarah B5 je nak.
Then keluar kita tuju ke Galeri Muzik dan Pameran Animasi Malaysia. Habis semua kisah kami masa kecil diceritakan kat anak-anak dengan penuh bangganya. Inilah cerita kartun yang ibu tengok dulu :P
![]() |
| Keluang Man ni dulu lah cerita ibu kau :p |
Sedar tak sedar dah pukul 2.00. Ok kelaparan yang amat. Kat sana ada jual makanan juga. Tapi masa kami sampai dah hampir nak habis. Nasib ada ikan bakar. Alhamdullilah rezeki.
![]() |
| Ni cafe dia. Kena naik tangga sikit lah. Bawah ada juga kios makanan. |
Aku macam nak berterima kasih lah kat muzium ni sebab kan lauk dah habis dan kami kena makan ikan bakar menyebabkan anak aku dah suka makan ikan. Mula-mula tu macam tak nak makan sebab tak pernah rasa. Aku paksa juga diaorang cuba. Akhirnya ketika N3 ini ditulis aku dah 3 kali masak ikan bakar kat rumah ye.
Lepas makan kita singgah surau dia kejap, Surau Al-Falah. Surau dia takdelah besar sangat. Kena tunggu juga giliran. Ambil air wuduk pun kat luar. Sejak zaman pasca PKP, aku memang sentiasa bawa telekung sendiri. Mudahlah untuk kami tak perlu tunggu turn.
Habis solat kami merayap kat bahagian luar pula. Macam-macam artifak yang ada. Kenderaan lama, Struktur Istana Satu, Arca, Megalit, Jenis kubur. Macam-macam lah.
![]() |
On the way nak ke parking, kita singgah 2 muzium disebelah Muzium Negara iaitu Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu.
Kat sini tersangkut juga. Bebudak ni sibuk pula main dam haji. tapi yang ruangan perkuburan orang asli tu macam terkejut kejap sebab dok belek-belek, tinjau-tinjau rupanya dalam tu ada patung. huihhh menyeramkan.
![]() |
| dia buat gaya ala-ala macam dalam hutan suasananya |
![]() |
| ini lah yang buat terkejut tu |
![]() |
| dah sibuk main dam |
![]() |
| lupa.. yang ni pun terkejut juga. adoi aiii |
Lepas ni kita akan ke muzium mana pula?
yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...