Rabu, 24 Oktober 2012

cuba teka..

ini adalah hasil kreativiti Nur Ikhlas.. 
macam simple kan tapi ada maksud
so pada yang bosan-bosan tu boleh ar teka apa benda nie..
selamat mencuba

Selasa, 18 September 2012

blok ku semakin bersawang!!!



Assalammulaikum..

wah.. wah.. macam dan lama tak update kan. Banyak sebenarnya cerita yang nak diberitahu tapi masih lagi tak larat nak menaip panjang-panjang..

Keadaan kali nie tak seperti yang pertama dulu. Sakit kepala datang hari-hari.. Perut pun meragam tiap masa. Badan terlalu letih. habiskan masa yang ada dengan tidur aje. memang kali nie mencabar sangat-sangat.

ok lah just nak bagitau yang maybe blog akan semakin bersawang sehingga keadaan kembali pulih. tapi blog orang lain saya tetap akan baca hari-hari. so korang story mory dululah cerita korang ek dan saya akan jadi pembaca yang setia.

Jumpa lagi nanti. Insya Allah.. Doakan saya sentiasa sihat ye.. amin

Selasa, 11 September 2012

Alhamdullilah.. terima kasih.

Alhamdullilah... syukur sangat-sangat di atas rezeki yang di kurniakan Allah.. sesungguhnya aku terlalu menyayangiMu ya Allah.. terima kasih.

Selasa, 28 Ogos 2012

Impian 'orang tu' tercapai :)

Assalammualaikum..

Selamat hari raya!!

Selamat menunaikan puasa sunat 6!!!

sihat? aku sihat sangat-sangat. cuma si kecik nie je yang semakin menguruskan diri.. kita time puasa nie lah dok sibuk melantak bagai.. dia nasi pun tak mau.

Alhamdullilah, raya kali nie dapatlah merasa lemang dan rendang.. Raya pertama dan kedua di klang. Berjalan sakan ar. Si Nur Ikhlas nie pulak jenis tak mau dok dalam rumah. celik je mata ajak keluar. Dari pagi sampai malam nak dok luar jer. Kalau tak bagi berguling-guling kat lantai. Memang akhir-akhir puasa tu menguji kesabaran mak dia.

Raya ke tiga balik rembau. so berkumpul adik beradik. Gatal sangat menyakat mak kata balik raya ke empat, berjujuran air mata dia.. Minta Ampun ye mak.. nie semua menantu kesayangan mak punya pasal. salahkan dia ek..

Full story untuk raya aku akan update kemudian sebab aku nak fokus dulu pada benda nie..

Setahun lebih my hubby idamkan benda nie.. akhirnya tercapai jugak hasrat dia. walaupun tak seberapa tapi boleh lah nak penuhkan nafsu di hati.. bila dah ada benda nie terpaksalah aku menjalankan projek taman aku pulak.. adeh.. ada masa ke nie??

apa benda nya??

nie haa...


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



meja taman!!!!

best dapat bersantai kat balkoni umah.. mengadap tasik lagi.. hee hee

angin jangan cakap ar.. tingkat 12 lah katakan..

cuma kena jaga-jaga sikit sebab risau si kecik tu baling barang ke bawah.. tak pasal-pasal kang..



layan perasaan sambil menikmati udara putrajaya


tukang buat kecah.. nie lah orangnya!!!
sapa yang nak buat rumah terbuka meh lah ajak aku.. insya Allah aku datang tapi tak janji.. rumah terbuka aku?? yang khas-khas takde lah sebab umah aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan.

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya!!!


 
Sekiranya sepanjang hidup saya ini telah mengguriskan hati sahabat2 dan keluarga tersayang, 
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. 

Sekiranya ada hutang yang tidak terbayar 
mohon maklumkan agar dapat saya lunaskan..

Sekiranya ada janji yang tidak ditepati..
mohon diingatkan agar dapat saya penuhi..

Sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang lemah.

Selamat menyambut hari raya pada semua umat islam di dunia.
marilah kita sama-sama berusaha menegakkan syariat Islam
Insya Allah

Jumaat, 10 Ogos 2012

Salam Ramadhan

Sibuk sangat-sangat sampai takde masa nak update blog.. kalau ada masa pun sempat main game kat FB jer.. hee heee

apa cerita puasa nie??

Tahun nie tahun ke-2 aku berpuasa dengan kehadiran Nur Ikhlas.. tapi time nie berbeza sikit. Budak kecik tu dah pandai menyibuk sekali pastu kena bersabar gak bila budak kecik nie makan sambil suap-suap manja ke dalam mulut ibu dia..

setakat ari nie, gangguan hanya ketika berbuka jer. time sahur haruslah dia tidur dengan lenanya. tapi sejak dua hari lepas makin awal pulak dia bangun. Doa-doa semoga tiada gangguan ketika sahur. nanti si ibu mula ar menggelabah. mana nak layan dia mana nak layan ayahnya..

Sempena 10 hari terakhir ramadhan nie... marilah kita sama-sama menambahkan amalan ye. banyakkan bersedekah. Selamat mencari malam lailatul-Qadar.. Insya Allah..

Selasa, 17 Julai 2012

Jaga-jaga... ada orang yang memerhati!!!

Assalammualaikum.

Dah lama tak update kan. Sibuk sangat lah. Banyak pembaharuan dalam proses kerja. jadi pening pulak.. Sementara tu.. nie nak kongsi satu artikel yang baru jer baca kat e-mail tadi. Risau pulak bila baca.. 

Please read..

 
https://fbcdn_sphotos_d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/166049_389394454429450_931236812_n.jpg
 
** Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online **

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.
Seram kan.. yang no 1, 5 dan 8 memang dah buat lama.. Tang gambar tu kena fikir balik sebab banyak sangat gambar Nur Ikhlas. Nak kena remove balik ar.. Yang dalam blog nie macam mana pulak ek?? 

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...