Isnin, 31 Ogos 2015

Anak bujang sulung

assalammualaikum

nie anak bujang kita.. tengoklah cara dia bergaya depan kamera... nk buat 'peace' tapi macam tu lah bentuknya...


anak bujang ni kesayangan kakak dia.. ke mana pergi mengekor je.

Pantang hilang kakak... mesti nagis...

sampai rimas lah kakaknya.. huu huu


semenjak ada baby ni.. manja dia terlebih. kuat menangis.. kuat merajuk.. mungkin rasa terasing kot.

iya lah.. kita sibuk dengan baby baru.. dia rasa ada persaingan untuk merebut kasih sayang..

adeh...

ibu sayang anak-anak ibu ni.. cuma awal ni ibu kena bagi lebih perhatian buat baby yang baru nak kenal dunia ni..

so tak mau jeles.. jeles ye.. hee hee cakap macam lah ilyas boleh baca kan...


Selasa, 18 Ogos 2015

Pindah Klang

Assalammualaikum.

hee hee kita tak bagitau pun yang kita dah pindah kan.. kan..

yeee yee kita dapat tukar klang... start awal bulan 7 hari tu kita dah pindah rumah.

bye.. bye.. putrajaya..

sedih memang sedih tapi kita kena teruskan kehidupan harian.

semoga penghijrahan ini memberi seribu satu keberkatan dan kebahagian buat kami sekeluarga.

Posted via Blogaway


Isnin, 13 Julai 2015

ubat mematangkan paru-paru bayi

Apakah maksud ubat mematangkan paru-paru bayi?

Steroids

Ia diberi kepada ibu untuk membantu kematangan paru-paru bayi pra matang.

Ubat yang digunakan di KKM adalah dexamethasone dan ia diberi dalam bentuk suntikan di punggung pesakit.  Dos yang digunakan adalah 12mg setiap 12 jam untuk 2 suntikan.

Kebaikan steroids termasuk:
1) Mengurangkan masalah pernafasan bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
2) Mengurangkan masalah pendarahan di dalam otak bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
3) Mengurangkan masalah jangkitan usus bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
4) Mengurangkan risiko kematian selepas bersalin disebabkan pra-matang.

sumber: www.myhealth.gov.my

p/s: pengalaman menerima suntikan ni... memang sakit sangat. dalam tempoh 10 minit dari mula disuntik rasa kesakitan tu seperti nak mematahkan besi katil hospital.

Ahad, 12 Julai 2015

Muhammad Ilman Mohd Asmad

Assalammualaikum..

lama menyepi ye..

Alhamdullilah.. kita dah selamat melahirkan baby boy pada 20 Mei 2015. Muhammad Ilman namanya. lahir pada minggu - 32..

doakan ilman sihat dan membesar bagai johan ye.

Khamis, 2 April 2015

cantikkan?

Assalammualaikum.

bukan mudah untuk mengenali seseorang. walaupun dah lama bersama tetapi belum tentu kita saling memahami antara satu sama lain.

Mengenali dan memahami mengambil masa bertahun-tahun.... beratus-ratus tahun.. berjuta-juta tahun... sampai mati.

sebab itu wujudnya kasih sayang.. kasih berpanjangan... untuk kita mengenali, mempelajari dan menerokai keindahan satu perhubungan.

mencintai seseorang sesuatu yang indah. merindui dan merasa dikasihi. semuanya adalah bunga-bunga kehidupan.

Alangkah indah jika perasan yang sedang berbunga-bunga di hati ini boleh di kongsi bersama dengan orang tersayang.

tetapi biarlah nanti cinta kita pada perhubungan itu kerana Allah.. cantikkan?



Isnin, 16 Mac 2015

Happy 2nd Birthday Muhammad Ilyas

Assalammualaikum

pun N3 terlambat...

Kali nie untuk pertama kali Ilyas sambut birthday kat Taska. dan seperti biasa kek dia juga demand dari si kakak...

aikkk... adik punya birthday kakak yang lebih-lebih..

jom layan gambar!!!

 

Ultraman!!!.. pilihan kakak ok... ikut kata dia elsa untuk perempuan.. ultraman untuk lelaki..

iya lah tu ikhlas.. suka hati lah.



bergambar dengan kawan-kawan.. muka blur haaa haaa


nampak tak siapa yang menyebuk kat situ??? time dia takde pun adik sibuk-sibuk nak bergambar.

time ilyas nie ibu sempatlah buat sikit goodies. masa kakak ari tu tak dan. sibuk sangat.

ala adalah coklat ngan kek. Sedekah buat anak-anak di taska.






key chain yang ibu buat sendiri.. comel tak?

Happy 4rd Birthday Nur Ikhlas

Assalammualaikum.

N3 terlambat lagi... huu huu

Jom layan gambar je ye..

kredit pada Taska Mamamia untuk gambar-gambar di bawah :P





tahun nie kita layan Frozen pulak.. 

Kek elsa nie si kakak lah yang demand.. sejak dah besar nie ada je request dari dia.

ibu layan kan aje selagi termampu. Nak buat tak dapatlah. so kek nie pun oder je.. haaa haa

Selamat Hari Lahir Nur Ikhlas!!!

Ibu doakan Ikhlas menjadi anak yang Solehah.. anak yang baik.. selalu di rahmati dan di lindungi Allah. Amin