Satu dinar yang kau infakkan di jalan Allah, satu dinar yang kau infakkan pada hamba sahaya, satu dinar yang kau sedekahkan kepada seorang miskin, dan satu dinar yang kau infakkan kepada keluargamu. Yang paling besar pahalanya adalah yang kau infakkan kepada keluargamu.
-H.R. Muslim-
.........................................................................................................................................
Tiap kali balik kampung dok lah usha Mulut Cafe & Dessert yang ada kat Tampin tu. Sebelum ni pernah pergi sekali. Tapi masa tu nama dia lain. Itu pun rasanya 7-8 tahun lalu.
Balik minggu raya cina 2022 ni teragak pulak nak ajak adik gie sana. Kat rumah takde benda nak makan. Maklumlah balik sehari dan sekali sekala memang tak de lah benda nak masak yang ada pun tin sardin je. Haa haa.
Pada sesiapa yang nak ke sana bila sampai sana kena tulis nama kat buku yang disediakan untuk booking meja. So nanti bila ada meja kosong diaorang akan call. Korang boleh lah tunggu santai-santai dalam kereta. Tapi takde lah tunggu lama even orang ramai.
Menu dia lebih kepada western food. So adik order Chicken Chop untuk dia dan anaknya. Tak sempat amik gambar sebab budak-budak nie dah berebut nak makan . Masing-masing kata kuah black paper dia sedap.
Husband aku order nasi sambal sotong pun takde gambar sebab ikhlas dah lapar sangat. Ikhlas kata sotong dia sedap tapi husband aku kata biasa sahaja π
Aku order Watermelon bingsu, Spaghetti Bolognase Meatball dan Chocolate Oreo. Ha haa meriahkan menu aku. Tapi lebih banyak masuk mulut kanak- kanak ribena berlima tu.
Kali ni aku tak order burger sebab rasa macam dah banyak pula makanannya. Budak-budak nie pula dah kenyang makan Chicken Chop dan dessert.
Spaghetti Bolognase Meatball.. Serius sedap! Rasa dia lain dari yang lain |
Chocolate Oreo... Budak-budak nie nampak ais krim terus tak ingat makanan yang lain dah π€£π€£π€£ |
Watermelon bingsu... Nie aku punya π₯°π₯°π₯° |
3 bujang banyak hal. Sepinggan Chicken Chop kongsi 3 orang |
bersama Mak Datin |
So secara keseluruhan makanan kat sini boleh tahan sedapnya. Harga dia pun ok. Kiranya harga mampu milik. Yang penting semua itu ditaja oleh opah πππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan