Selasa, 27 Jun 2023

Flash Back Kehidupan Lalu


اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلِجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ باسْمِ اللَّهِ وَلجْنا، وباسْمِ اللَّهِ خَرَجْنا، وَعَلى اللَّهِ رَبِّنا تَوَكَّلْنا

‘Assalaamu ‘alaynaa wa ‘alaa ‘ibaadillahish shaalihiina. Allaahumma innii as-aluka khayral mawliji wa khayral makhraji. Bismillahi walajnaa wa bismillaahi kharajnaa wa ‘alallahi tawakkalnaa, alhamdulilaahil ladzii awaanii’

Maksudnya: Semoga Allah mencurahkan keselamatan atas kami dan atas hamba-hamba-Nya yang shalih. Ya Allah, bahawasanya aku memohon pada-Mu kebaikan tempat masuk dan tempat keluarku. Dengan menyebut nama-Mu aku masuk, dan dengan mneyebut nama Allah aku keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah diri. Segala puji bagi Allah yang telah melindungi kami

-Hadis Riwayat Abu Daud-

................................................................................................................


gedget81

Tengok memori di FB mula lah teringat-ingat. Rupanya dah 8 tahun aku tinggalkan putrajaya. Macam terasa-rasa lagi diri masih disana. Terbayang-bayang suasana rumah, jalanrayanya, Alamanda. Umai Cafe kat Presint 8 tempat lepak waktu petang.

Banyak kenangan di Putrajaya sebenarnya. Sebab disanalah aku dan suami memulakan kehidupan berumahtangga dengan kehadiran Nur Ikhlas.

Berbulan-bulan duduk kat sana pun masih sesat nak ke Alamanda.. masa tu tak wujud waze lagi ye.

Dengan bingit dan sibuknya putrajaya masa Karnival Belia. Best masa berlangsungnya Putrajaya ePrix. tengok kereta berlumba sampai terjerit-jerit.

Tak lupa pasar malam dia. sangat banyak benda dijual!

Teringat juga macam mana aku struggle menguruskan anak-anak seawal pagi. Kelam kabut hantar taska. Belum lagi kisah terkunci dari dalam rumah. Kisah di tipu dengan peminta sedekah.

Berulang alik dari rumah ke hospital masa berpantang Ilyas dan Ilman. Masa husband pergi umrah dan aku sendirian bawa balik ilyas dalam kereta hanya beralaskan sebiji bantal.

Semua kenangan itu sampai bila-bila aku tak boleh lupa.

Seronok tinggal disana. Tapi untuk menetap disana lagi rasanya tak mungkin kot. Cukuplah pengalaman 5 tahun itu.

Sabtu, 24 Jun 2023

Kesunyian bila anak semakin besar

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

-Surah  Ali 'Imran : 139-

................................................................................................................................................................

gedget81.blogspot.com

Last ahad kemarin aku adalah up status kat aplikasi Whatsapp gambar aku berdating berdua dengan cik abang.


Then dapatlah reply dari member macam screen shoot kat atas ni.


Memang ramai yang berkata kalau anak-anak dah besar, kita akan kesunyian. Iyalah dulu-dulu masa membesarkan mereka meriah je rumah. Masa kecil pantang ibu ayah bersiap dah gelisah masing-masing nak ikut. Menagis melalak kalau kena tinggal lebih-lebih lagi bila nak pergi kerja.


Rumah yang besar pun terasa kecil sebab penghuninya ramai. Mula lah nak besarkan rumah.  Nak tambah bilik. Besarkan dapur. Macam-macam lah kita nak buat demi keselesaan anak-anak.


Sampai waktunya bila anak dah besar. Sorang demi sorang tinggalkan rumah. Ada yang masuk asrama, ada yang sambung pelajaran di Universiti, yang dah bekerja jauh, yang berkahwin dan mengikut pasangan.


Jangan kata dah besar.. budak-budak kat rumah ni baru sekolah rendah dah pandai tak nak ikut ibu abahnya. Lebih rela duduk rumah.. nak tengok tv lah.. nak main game lah.. katanya waktu cuti lah dapat buat semua tu. kalau waktu sekolah tak sempat.


"Takpelah ibu ngan abah keluar lah ... kitaorang tak nak ikut" katanya


So jadilah waktu untuk kami dating berdua.. Mula-mula hadapi situasi itu memang rasa sedih sebab macam rasa anak dah jauh dari kita. tapi macam selalu aku kena berdamai dengan keadaan.. Kena move on kata orang zaman sekarang :P


Bukannya selalu diaorang tak ikut. Kalau bercuti atau ke taman ok je. Diaorang tahu kalau ibu abah keluar mesti beli barang kami. Takde pun barang mereka.. haaa haa tu yang malas nak ikut.


Think positif. 


Masa anak kecil, kita laki bini sibuk menguruskan anak. Sampai tak sedar masa untuk bersama semakin kurang sebab bila keluar berjalan kiri kanan dok pegang tangan anak. Galas beg susu anak. Kalau makan kat luar pun kadang-kadang tak tenang. Nak suap yang ini, mata dok tengok anak yang lain. Masa yang sama sorang itu pula menagis.


Sekarang anak dah besar. Dah boleh urus diri sendiri. Time ni lah kita nak pupuk lagi perasaan sayang suami isteri. Berdating.. pegang tangan.. macam masa bercinta dulu-dulu.


So kalau tak nak rasa sunyi sebab anak-anak dah besar, suami isteri kenalah saling berkerjasama fikirkan aktiviti yang boleh dibuat berdua. Tak boleh hanya sebelah pihak sahaja. Memang tak akan jadi.


Aktiviti pun tak semestinya kena keluarkan duit. Pergi jogging atau brisk walk berdua kat taman sambil berborak santai pun dah ok dah.


Yang penting kena ada Two-Way Communication  antara kita dan pasangan.. Baru lah tak sunyi!

Rabu, 21 Jun 2023

My first and maybe my last Starbucks Tumbler

 Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia 

- Imam Syafie -

....................................................................................................................................................

Orang selalu kata siapa yang minum kat Starbucks ni orang 'have-have'.. orang katalah. ye ke? tapi pada aku itu pilihan masing-masing. setiap orang kan ada kehendak dia tersendiri.

Macam aku.. minum kalau aku nak. Buat layan tekak je..


Sebenarnya lepas pindah tempat baru ni, aku dah kerap bawa air panas. Iya lah nak travel sejam lebih. Konon buat peneman kebosanan lah. Sambil hadap jem sambil layan lagu sambil minum secawan kopi :P Lagi satu sebab selalu beli kat kantin air dia manis sangat. 

Sebelum ni aku buat air panas dalam tumbler jenama COFFEE. ok lah memang tahanlah. tapi sejak cik abang tu dah start selalu buat kerja luar... tumbler aku tu asyik kena rembat. Dia pun nak bawak gak kopi gi opis katanya. So aku kenalah beli tumbler baru!

Haaa haa alasan kan.. tapi betul.. tiba-tiba termasuk Starbucks.. tiba-tiba terbekenan pastu tiba-tiba terbeli.

Patutlah orang kata siapa layan Starbucks ni 'have-have'.. harga dia.. Ampun!!! tapi bila semuanya tiba-tiba... hulur jelah kad tu.. haaa haaa

hope ini yang first and last lah.. harap bertahan lama.. Mahal kot :P

Nasib dapat free gift.. member kaki Starbauck bengang sebab dia selalu beli tapi tak pernah dapat free gift ni.. wakakakakaka

Nasib free gift dia hijo :)

Sabtu, 3 Jun 2023

throwback - cuti sekolah kita ke Zoo Negara

 "Tidak ada hubungan antara Allah dan siapa pun kecuali melalui ketaatan kepada-Nya." 

-Umar Ibn Al Khattab-

.......................................................................................................................................................................


Percutian yang tidak di rancang sebenarnya. tapi selalunya macam tu lah.. tup-tup jadi je.


ke Zoo Negara kita kali ini. Dah lama tak pergi sana.. rindu dah kat haiwan-haiwam disana. Sambil tu nak tengok juga apa jadi pada haiwan disana selepas PKP.

Alhamdullilah nampak sihat haiwannya. Walaupun tak sebanyak macam sebelum ini. 










First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................