Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
-Surah Ali 'Imran : 139-
................................................................................................................................................................
Last ahad kemarin aku adalah up status kat aplikasi Whatsapp gambar aku berdating berdua dengan cik abang.
Then dapatlah reply dari member macam screen shoot kat atas ni.
Memang ramai yang berkata kalau anak-anak dah besar, kita akan kesunyian. Iyalah dulu-dulu masa membesarkan mereka meriah je rumah. Masa kecil pantang ibu ayah bersiap dah gelisah masing-masing nak ikut. Menagis melalak kalau kena tinggal lebih-lebih lagi bila nak pergi kerja.
Rumah yang besar pun terasa kecil sebab penghuninya ramai. Mula lah nak besarkan rumah. Nak tambah bilik. Besarkan dapur. Macam-macam lah kita nak buat demi keselesaan anak-anak.
Sampai waktunya bila anak dah besar. Sorang demi sorang tinggalkan rumah. Ada yang masuk asrama, ada yang sambung pelajaran di Universiti, yang dah bekerja jauh, yang berkahwin dan mengikut pasangan.
Jangan kata dah besar.. budak-budak kat rumah ni baru sekolah rendah dah pandai tak nak ikut ibu abahnya. Lebih rela duduk rumah.. nak tengok tv lah.. nak main game lah.. katanya waktu cuti lah dapat buat semua tu. kalau waktu sekolah tak sempat.
"Takpelah ibu ngan abah keluar lah ... kitaorang tak nak ikut" katanya
So jadilah waktu untuk kami dating berdua.. Mula-mula hadapi situasi itu memang rasa sedih sebab macam rasa anak dah jauh dari kita. tapi macam selalu aku kena berdamai dengan keadaan.. Kena move on kata orang zaman sekarang :P
Bukannya selalu diaorang tak ikut. Kalau bercuti atau ke taman ok je. Diaorang tahu kalau ibu abah keluar mesti beli barang kami. Takde pun barang mereka.. haaa haa tu yang malas nak ikut.
Think positif.
Masa anak kecil, kita laki bini sibuk menguruskan anak. Sampai tak sedar masa untuk bersama semakin kurang sebab bila keluar berjalan kiri kanan dok pegang tangan anak. Galas beg susu anak. Kalau makan kat luar pun kadang-kadang tak tenang. Nak suap yang ini, mata dok tengok anak yang lain. Masa yang sama sorang itu pula menagis.
Sekarang anak dah besar. Dah boleh urus diri sendiri. Time ni lah kita nak pupuk lagi perasaan sayang suami isteri. Berdating.. pegang tangan.. macam masa bercinta dulu-dulu.
So kalau tak nak rasa sunyi sebab anak-anak dah besar, suami isteri kenalah saling berkerjasama fikirkan aktiviti yang boleh dibuat berdua. Tak boleh hanya sebelah pihak sahaja. Memang tak akan jadi.
Aktiviti pun tak semestinya kena keluarkan duit. Pergi jogging atau brisk walk berdua kat taman sambil berborak santai pun dah ok dah.
Yang penting kena ada Two-Way Communication antara kita dan pasangan.. Baru lah tak sunyi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan