Food brings people together on many different levels. It’s nourishment of the soul and body; it’s truly love.”
-Giada De Laurentiis-
...........................................................................................................................................
ok kita ambil mood isnin dengan sesi bakar membakar wangian lilin..
Last friday, member ajak keluar pergi The Curve. Macam nak berjalan dekat ikea. tapi tak jadi. Then just cari makan area itu sahaja.
Yup! the curve memang banyak tempat makan. Pilih saja nak makan apa.
Yang bestnya kawan aku ni memang jenis suka melayan tekak member.
Jalan punya jalan, singgah lah kami kat restoran Dolly Dim Sum. Belek-belek menu then kami decide makan kat sini.
Ni pertama kali aku makan Dim Sum tau.
Yang Dim Sum tu member lah orderkan. Nak harapkan aku.. hmm satu benda pun tak pernah rasa. yang dia order ni sedap dan penting sos dia pedas.
Makan sini macam tak sah lah kalau tak amik air teh cina kan. Konon-konon macam diet ar bila pesan air teh cina.. haaa haa
tapi tak lah sebab aku tak nak muak. Air manis kan kadang-kadang potong rasa makanan tu.
Keseluruhan.. sedaplah bagi aku yang tekak melayu ni.