"Me shooting 40% at the foul line is just God's way to say nobody's perfect."
- Shaquille O'Neal -
..................................................................................................
Teka apa aktiviti aku minggu ni sampai takde masa nak update blog?
weiiiiiii...
akhirnya tercapai gak impian aku yang satu ni!
Nak try menembak. mana tahu tiba-tiba jadi hobi. Hobi aku kan selalu mahal-mahal. haaa haaa
yes!!
Kali ni kita buat kasi jadi
Excited mula-mula masa paper tengah buat. Macam tak sabar-sabar nak sampai hari kejadian
Tapi.......
Bila sampai masanya
amik kau! satu badan gigil wei
dengan peraturan dia yang semestinya ketat. Aku takut buat salah je. Diaorang kata ketua boleh bila-bila masa je halau kita dari tempat tu kalau kita buat tak betul. Lagi lah diorang badan beruniform. Bila-bila masa boleh kena tendang kat situ gak. Banyak gak pantang larang dia. Diaorang tak pe dah biasa
aku yang baru first time ni macam cuak sangat. Kalau toreh muka masa tu tak berdarah lah.
Dah mula lah rasa macam nak tarik diri. Haihhhhh.. kemon deqsu u can do it! kata hati aku.. Badan aku kata.. gila muuuuuuu
Dia ajar sikit. macam mana nak pegang pistol. nak load peluru. dah habis tembak nak buat apa. Semua lah. Aku ikutlah satu persatu. Tak berani nak derhaka.
Pistol dia agak berat. pistol jenis apa? korang takyah lah tertanya-tanya sebab aku pun tak tahu. Diaorang ada je bgtahu tapi aku tak faham. tak masuk otak pun sebab cuak aku melebihi segala-galanya ketika itu. haaaa haaaa
Daaaannnnnnnnn pada akhirnya dari kata nak tembak 10 butir je, aku dah tembak 32 butir. Ok kau hebat deqsu!
Tangan menggeletar tak usah cakap lah. Tabah je lah. tak kena papan pun takpe. Tak dapat markah pun takpe. i is redha.
Dengan cuaca panas. Dengan jantung aku yang tiba-tiba dia pam macam tengah racing kereta bila nama dipanggil. Dengan tangan menggigilnya plus sakit sebab sentakan masa menembak. Balik rumah aku terus tidur! selamat...
Kesimpulannya, nak jadikan hobi tak? takkkkkk kotttt tapi tak tahu lah kalau tiba-tiba datang gila aku ni.. masa depan tak boleh di ramal. lagi masa hati aku ni. susah dijangka. kannnnnn
Sehaian di sini |
korang nampak muka cuak aku tu |
yang dok belakang tu kalau latihan menembak kita panggil 'Pengasuh' |
my target is number 1.. kira hebatlah aku kan 😝 |
10 meter |
15m |
Lastly.. my score |