Ahad, 29 September 2024

kesihatan adalah kekayaan

Kekayaan yang pertama ialah kesihatan

- Ralph Waldo -

..........................................................................................


Separuh bulan tak buka blog. Aduh sibuk sangat. serius sibuk.

Masa hari cuti Hari Malaysia plus Maulidur Rasul.. satu family tak sihat. melepek je kat atas tilam. Tak pergi mana-mana pun.

Cuti sekolah pun tak leh gerak mana. Staff kewangan cuti so aku kena jaga opis.

Pastu kat rumah sibuk siapkan projek budak kecik ni. Nak bina rumah. nie nantilah aku buat story khas.

Ni kat opis dengan pelbagai isunya.

Everything sangat serabut. tapi still under control

semoga semunaya dipermudahkan. Insya Allah. Amin

Mengalahkan PM sibuknya ek. haaa haa

But cerita korang, aku tengah baca k. Tengok masing-masing update blog.

Alhamdullilah sihat masing-masing.

Doakan aku sihat juga ye.

LOVE

Sabtu, 14 September 2024

Perlu tapi tak penting - Mouse Travel

“We usually save money to waste it.”

-Mokokoma Mokhonoana-

.......................................................................................................


Semalam aku tengah update blog pasal Cafe Salim tu

Dan-dan notification masuk kat whatsapp kata barang aku dah sampai.

oh barang yang aku tunggu-tunggu dari hari isnin.. Isnin pun belinya :P tapi excited nak tengok bendanya macam mana.

Aku pun berlari ke lobi untuk menerima bungkusan tersebut.

Ok tipu.. tak lari pun.. jalan terkedek-kedek je.


Kita story dari awal balik apa yang terjadi ye.


Kisahnya....

Aku selalu bawa laptop ni hayak ke hulu ke hilir. Pergi opis, pergi outstation hatta balik kampung.

Sebabnya aku tak leh nak ramal bila akan guna dia. Dia macam pengalaman mengajar kita erti kepentingan sesuatu benda.

Pernah tau sekali dua tiga kali entah lah tak ingat. Time aku tak bawa laptop mesti kena guna.

Lagi-lagi time bercuti. Sakit betul hati ni.

Aku tak marah pun orang atasan. cuma geram.. bila kita ni tercongok kat opis tak dicari.. tak di tanya.. time takde berdesup-desup whatsup masuk tanya macam-macam.

ye aku tahu aku sorang je yang pegang duitnya kat situ. Jangan lah tunjuk yang korang sayang aku sangat sampai kalau sehari tak jumpa tak lengkap hidup tu.

haaa haaaa


Aku pula kan 'orang lama'. even laptop ni jenis touch screen tetap nak kan mouse. 

wei.. naik menyampah aku kalau takde mouse. Kadang-kadang bila kita touch tah apa-apa jadinya. Gemok sangat ke jari aku ni?


Hb aku adalah beli mouse.. jenis bluetooth. warna hijau of cozzzz

Sekali mouse tu kena rembat ek. Si abang amik untuk main game.

Dia tak mau yang berwayar-wayar. tak best katanya

hamboiii anakkkkkk.

makin berlemak

tapi aku tak sampai hati lah nak amik balik.

Nasib mak ko baik.. berhati mulia


Stress takde mouse aku pun masuk lah kedai oren tu.

Taraaaaaaa.... ini lah mouse terbaru aku. Mouse Travel.

Di kecik dari yang biasa tapi ok di tangan aku ni. 

Salah satu kenapa aku beli dia sebab senang letak dalam beg case yang aku sumbat charger dan pelbagai wayar. Takde lah kembung semacam. Ringan je dia.

Kalau buat kerja yang lama tak sesuai rasanya. Ini kalau bawa lepak-lepak kat cafe ke.. taman ke.. untuk update blog  just nice.

Dia ada sekali bagi bag case. Maunya jap lagi case dia ni aku sumbat sekali dengan tumb drive yang dah berlambak dalam beg tu.

Ok dah sampai mousenya mesti bersemangat kan nak update blog. haaaa haaaa tak juga!


sampai terus test. bluetooth semua ok

dia bagi beg case dan wayar

Jumaat, 13 September 2024

English Breakfast @ Cafe Salim

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

- Alan D. Wolfelt - 

.............................................................................................................


"Jom awak kita breakfast kat luar. Aku dah tgk satu tempat ni dalam tik tok. dekat je kat meru"

kita ni pun bangkitlah bersiap.

2 ketul tak nak ikut. Yang si abang je dah siap mandi.

tu dia...

lepas ni aku dah tak caya perkataan 'dekat je'  30 minit perjalanan dari rumah. Ingat depan kat simpang empat tu je. Aku dah lapar.

Dia bawa kita gie makan tempat popular rupanya

Cafe Salim kat Jalan Cempaka off Jalan Paip, Klang


Macam biasalah, kalau dah namanya tempat popular harus lah kena beratur kan. Tapi yang bagusnya cafe ni ada sediakan payung ye. Tempat parking tak berapa banyak tapi Insya Allah akan ada parkingnya.

kami beratur lebih kurang 30 minit. Agak mencabar keimanan lah tapi service dia laju.

Si abang pula nasib tak meragam. dia mana boleh nak menunggu ni. Baran macam mak dia :P

So tempat dia agak menarik. Makanan dia jenis Western namun ada juga sarapan melayunya macam nasi lemak.

Tapi fokus pergi sini nak makan ala-ala orang putih so haruslah kita breakfast bagai.. takde dah sarapan-sarapan ni :P

Cafe ni juga air dia kira sekali lump sum.. satu kepala 3 ringgit. Macam-macam air ada. Orange juice.. coffee.. tea.. apa lagi ek. tak ingat. yang air ni self service. Abang korang kata coffee dia sedap.

Tapi andai nak lagi sedap, kat luar cafe ni ada barista yang jual coffee. Harga lain lah.

Yang bestnya juga si abang boleh habis ye makanan dia. Dia dah lah sejenis yang payahhhhhh nak makan. Bercinta kalau aku suruh makan. secubit je dah kenyang kat dia.

Dia kata tak rugi bangun awal ikut ibu ayah.. dapat makan sedap. Ok kalau dia dah cakap sedap so aku approve lah cafe ni.

Harga boleh tahan. sekali sekala boleh lah untuk family aku.

tapi... portion dia sangat besar ok. Boleh je beli 2 ke 3 jenis dan kongsi. 

Macam aku, roti tu aku makan separuh je.. lepas tu dah kenyang giler. Kentang-kentang tu memang tak habis lah. Banyak kot. So kita tapau bawa balik untuk 2 ketul kat rumah tu.

untuk tapau kena bayar juga ye. seringgit kot.. tak ingat juga

Ini antara menu yang ada.. kalau tak nampak korang besarkan lah skrin korang ek.


menu dia.. lepas ni aku nak try pizza dia lah. macam ramai je yang order


My food - Monte Cristo

Ilyas's food - Breakfast Burger

cik abang's food - Grilled Chickenchop

kita suruh lah dia posing sekali buat kenangan

taraaaaaaaa ini lah kosnya

Rabu, 11 September 2024

Isnin, 9 September 2024

Tak dapat komen kat blog dia kita komen kat blog sendiri

People always talk about how time flies; it's become sort of a colloquialism now. You don't really understand it until you reach your late 30s and early 40s - and I'm sure time will move even faster as I get older.

- Ben Gibbard -

................................................................................................

Pagi isnin

Tiada kerje yang pending sebab dah siapkan hari jumaat

so agak santai pagi ini

then buka lappy.. jalan-jalan kat blog kawan-kawan

masuk blog kakak kesayangan sorang ni

macam biasa.. nak komen

tapiiiiiiiiiii


kak sam!!!!

are u blocking me?? jangan sampai i pergi perth jumpa u ye

anyway.. congratulation for your daughter.

Dah besar dia.. how time flies.

Sabtu, 7 September 2024

Green Day punya pasal

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
Till then I'll walk alone

-Greed Day-
..............................................................................................



Aku bukan kipas susah mati band ni tapi aku pernah hidup dengan lagu-lagu dia dulu. Gile tak excited bila dengar diaorng nak datang. Mengamit memori sungguh.

Nak tunggu Shiela On 7 datang sini macam takde harapan tahun ni.

Dulu nak pergi konsert duit takde. Sekarang duit tabungan dah banyak tak mau pula si duta ni datang. haihh

So kita fokus ke Green Day dulu lah kan. haaa haaa haa



dan tak pasal-pasal aku register membership kat Live Nation

wakakakakakak

konon-konon nak merasa lah berebut tiket konsert

Entah berjaya ke tidak ni :P

Jumaat, 6 September 2024

Movie time dengan Yati Plus Persidangan Plus Jumpa Maria

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a.,  daripada Nabi ï·º bersabda: "Tidak ada yang dipilih menjadi pemimpin kecuali dia mempunyai dua penasihat. Penasihat yang mengajaknya melakukan kebaikan dan memberi semangat ke arah kebaikan dan penasihat yang menyuruhnya  melakukan kejahatan dan mendorongnya ke arah kejahatan. Namun, yang terpelihara (dari dosa dan kesalahan) hanyalah yang dipelihara oleh Allah SWT.”

........................................................................


Bila dapat tahu Bahagian Akaun Kementerian buat Persidangan Pegawai Perakaunan, apalagi kita buat plan tambahan lah.

Member dari Kelantan turun Putrajaya. so dengan penuh kebaikan dan kasih sayang kita cuba lah berikan yang terbaik untuk dia :P

Member aku Yati ni memang takde lain punya. Mesti nak tengok wayang. Al maklumlahkan.

Sedang elok pula Movie Takluk: Lahad Datu tengah ditayangkan.

Shoot pergi Putrajaya pukul 4 petang sampai hotel everly terus pickup dia. Sampai IOI Putrajaya lurus je ke GSC. takde belok-belok kedai lain.

santai menunggu yati siap.. sian dia tak dan nak lepak atas katil dah aku sampai


wajib amik gambar depan benda alah ni

So tiket dapat pukul 6.15 pm

Cerita dia mula-mula agak dry lah tapi tak lama pun. then kemuncak dia ketika serangan di kampung air tu.. part tu aku sedih.. sebak.. sebab aksi tu membuatkan aku terbayang kejadian sebenar.

Markah? ala aku tak pandai lah nak bagi berapa. Tapi bagus lah pada mata penglihatan aku.

kenalkan.. ini lah yati

let's go!!!

Esoknya kita bersidang lah ramai-ramai.

Sebenarnya dari hotel ke presint 3 tu dekat je tau tapi disebabkan jalan tutup sempena hari Kemerdekaan, jauhlah pusing. Tapi hati tak marah lah sebab Ketua Akauntan dah minta maaf sebab tak cakna dengan penutupan jalan tu. It's ok.. kami chill je.

tambahan lagi aku excited nak gie persidangan kali ni sebab maria pun turun sekali. Sahabat baik dunia akhirat.

Seronok sangat jumpa dia. hilang stress sekejap. Macam mana tak hilang.. memanjang je gelak. Aku dengan dia benda serius pun boleh gelak.

Seronok persidangan ni. Boleh jumpa kawan-kawan seangkatan dalam skim kita. Time ni lah kita nak meluah apa yang dirasa kat bos-bos atas. 

KA pula baru bertukar masuk. tapi KA ni bagus lah. Aku macam terpesona kejap dengan dia.

Dia ada time aku susah dan aku senang 🥰🥰🥰

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................