Movie time dengan Yati Plus Persidangan Plus Jumpa Maria

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a.,  daripada Nabi ﷺ bersabda: "Tidak ada yang dipilih menjadi pemimpin kecuali dia mempunyai dua penasihat. Penasihat yang mengajaknya melakukan kebaikan dan memberi semangat ke arah kebaikan dan penasihat yang menyuruhnya  melakukan kejahatan dan mendorongnya ke arah kejahatan. Namun, yang terpelihara (dari dosa dan kesalahan) hanyalah yang dipelihara oleh Allah SWT.”

........................................................................


Bila dapat tahu Bahagian Akaun Kementerian buat Persidangan Pegawai Perakaunan, apalagi kita buat plan tambahan lah.

Member dari Kelantan turun Putrajaya. so dengan penuh kebaikan dan kasih sayang kita cuba lah berikan yang terbaik untuk dia :P

Member aku Yati ni memang takde lain punya. Mesti nak tengok wayang. Al maklumlahkan.

Sedang elok pula Movie Takluk: Lahad Datu tengah ditayangkan.

Shoot pergi Putrajaya pukul 4 petang sampai hotel everly terus pickup dia. Sampai IOI Putrajaya lurus je ke GSC. takde belok-belok kedai lain.

santai menunggu yati siap.. sian dia tak dan nak lepak atas katil dah aku sampai


wajib amik gambar depan benda alah ni

So tiket dapat pukul 6.15 pm

Cerita dia mula-mula agak dry lah tapi tak lama pun. then kemuncak dia ketika serangan di kampung air tu.. part tu aku sedih.. sebak.. sebab aksi tu membuatkan aku terbayang kejadian sebenar.

Markah? ala aku tak pandai lah nak bagi berapa. Tapi bagus lah pada mata penglihatan aku.

kenalkan.. ini lah yati

let's go!!!

Esoknya kita bersidang lah ramai-ramai.

Sebenarnya dari hotel ke presint 3 tu dekat je tau tapi disebabkan jalan tutup sempena hari Kemerdekaan, jauhlah pusing. Tapi hati tak marah lah sebab Ketua Akauntan dah minta maaf sebab tak cakna dengan penutupan jalan tu. It's ok.. kami chill je.

tambahan lagi aku excited nak gie persidangan kali ni sebab maria pun turun sekali. Sahabat baik dunia akhirat.

Seronok sangat jumpa dia. hilang stress sekejap. Macam mana tak hilang.. memanjang je gelak. Aku dengan dia benda serius pun boleh gelak.

Seronok persidangan ni. Boleh jumpa kawan-kawan seangkatan dalam skim kita. Time ni lah kita nak meluah apa yang dirasa kat bos-bos atas. 

KA pula baru bertukar masuk. tapi KA ni bagus lah. Aku macam terpesona kejap dengan dia.

Dia ada time aku susah dan aku senang 🥰🥰🥰

Ulasan

  1. Seronoklah kawan datang dapat tengok wayang terus. Pilihan movie yang tepat dalam bulan Kemerdekaan ni kan.

    BalasPadam
  2. Bestnya dia ramai geng turun.
    Selamat bergumbira Deq Sue.

    BalasPadam
  3. Akak x tengok lagi wayang citer tu...ntah bila ada masa nak tengok wayang ntah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan Lasik atau Cermin Mata?

Hussin Fauzi Farm Taman Botani Negara Shah Alam

Percutian Hari Merdeka di Timurbay Seafront Residence, Pantai Balok Kuantan