Jumaat, 13 September 2024

English Breakfast @ Cafe Salim

“Food is symbolic of love when words are inadequate.”

- Alan D. Wolfelt - 

.............................................................................................................


"Jom awak kita breakfast kat luar. Aku dah tgk satu tempat ni dalam tik tok. dekat je kat meru"

kita ni pun bangkitlah bersiap.

2 ketul tak nak ikut. Yang si abang je dah siap mandi.

tu dia...

lepas ni aku dah tak caya perkataan 'dekat je'  30 minit perjalanan dari rumah. Ingat depan kat simpang empat tu je. Aku dah lapar.

Dia bawa kita gie makan tempat popular rupanya

Cafe Salim kat Jalan Cempaka off Jalan Paip, Klang


Macam biasalah, kalau dah namanya tempat popular harus lah kena beratur kan. Tapi yang bagusnya cafe ni ada sediakan payung ye. Tempat parking tak berapa banyak tapi Insya Allah akan ada parkingnya.

kami beratur lebih kurang 30 minit. Agak mencabar keimanan lah tapi service dia laju.

Si abang pula nasib tak meragam. dia mana boleh nak menunggu ni. Baran macam mak dia :P

So tempat dia agak menarik. Makanan dia jenis Western namun ada juga sarapan melayunya macam nasi lemak.

Tapi fokus pergi sini nak makan ala-ala orang putih so haruslah kita breakfast bagai.. takde dah sarapan-sarapan ni :P

Cafe ni juga air dia kira sekali lump sum.. satu kepala 3 ringgit. Macam-macam air ada. Orange juice.. coffee.. tea.. apa lagi ek. tak ingat. yang air ni self service. Abang korang kata coffee dia sedap.

Tapi andai nak lagi sedap, kat luar cafe ni ada barista yang jual coffee. Harga lain lah.

Yang bestnya juga si abang boleh habis ye makanan dia. Dia dah lah sejenis yang payahhhhhh nak makan. Bercinta kalau aku suruh makan. secubit je dah kenyang kat dia.

Dia kata tak rugi bangun awal ikut ibu ayah.. dapat makan sedap. Ok kalau dia dah cakap sedap so aku approve lah cafe ni.

Harga boleh tahan. sekali sekala boleh lah untuk family aku.

tapi... portion dia sangat besar ok. Boleh je beli 2 ke 3 jenis dan kongsi. 

Macam aku, roti tu aku makan separuh je.. lepas tu dah kenyang giler. Kentang-kentang tu memang tak habis lah. Banyak kot. So kita tapau bawa balik untuk 2 ketul kat rumah tu.

untuk tapau kena bayar juga ye. seringgit kot.. tak ingat juga

Ini antara menu yang ada.. kalau tak nampak korang besarkan lah skrin korang ek.


menu dia.. lepas ni aku nak try pizza dia lah. macam ramai je yang order


My food - Monte Cristo

Ilyas's food - Breakfast Burger

cik abang's food - Grilled Chickenchop

kita suruh lah dia posing sekali buat kenangan

taraaaaaaaa ini lah kosnya

1 ulasan:

Postcard from Indonesia

Postcards are like mini voyages, taking us on a journey through the eyes of another - the postcard - ..........................................