Perlu tapi tak penting - Mouse Travel

“We usually save money to waste it.”

-Mokokoma Mokhonoana-

.......................................................................................................


Semalam aku tengah update blog pasal Cafe Salim tu

Dan-dan notification masuk kat whatsapp kata barang aku dah sampai.

oh barang yang aku tunggu-tunggu dari hari isnin.. Isnin pun belinya :P tapi excited nak tengok bendanya macam mana.

Aku pun berlari ke lobi untuk menerima bungkusan tersebut.

Ok tipu.. tak lari pun.. jalan terkedek-kedek je.


Kita story dari awal balik apa yang terjadi ye.


Kisahnya....

Aku selalu bawa laptop ni hayak ke hulu ke hilir. Pergi opis, pergi outstation hatta balik kampung.

Sebabnya aku tak leh nak ramal bila akan guna dia. Dia macam pengalaman mengajar kita erti kepentingan sesuatu benda.

Pernah tau sekali dua tiga kali entah lah tak ingat. Time aku tak bawa laptop mesti kena guna.

Lagi-lagi time bercuti. Sakit betul hati ni.

Aku tak marah pun orang atasan. cuma geram.. bila kita ni tercongok kat opis tak dicari.. tak di tanya.. time takde berdesup-desup whatsup masuk tanya macam-macam.

ye aku tahu aku sorang je yang pegang duitnya kat situ. Jangan lah tunjuk yang korang sayang aku sangat sampai kalau sehari tak jumpa tak lengkap hidup tu.

haaa haaaa


Aku pula kan 'orang lama'. even laptop ni jenis touch screen tetap nak kan mouse. 

wei.. naik menyampah aku kalau takde mouse. Kadang-kadang bila kita touch tah apa-apa jadinya. Gemok sangat ke jari aku ni?


Hb aku adalah beli mouse.. jenis bluetooth. warna hijau of cozzzz

Sekali mouse tu kena rembat ek. Si abang amik untuk main game.

Dia tak mau yang berwayar-wayar. tak best katanya

hamboiii anakkkkkk.

makin berlemak

tapi aku tak sampai hati lah nak amik balik.

Nasib mak ko baik.. berhati mulia


Stress takde mouse aku pun masuk lah kedai oren tu.

Taraaaaaaa.... ini lah mouse terbaru aku. Mouse Travel.

Di kecik dari yang biasa tapi ok di tangan aku ni. 

Salah satu kenapa aku beli dia sebab senang letak dalam beg case yang aku sumbat charger dan pelbagai wayar. Takde lah kembung semacam. Ringan je dia.

Kalau buat kerja yang lama tak sesuai rasanya. Ini kalau bawa lepak-lepak kat cafe ke.. taman ke.. untuk update blog  just nice.

Dia ada sekali bagi bag case. Maunya jap lagi case dia ni aku sumbat sekali dengan tumb drive yang dah berlambak dalam beg tu.

Ok dah sampai mousenya mesti bersemangat kan nak update blog. haaaa haaaa tak juga!


sampai terus test. bluetooth semua ok

dia bagi beg case dan wayar

Ulasan

  1. Walau pun mouse penting, Kak Sam ada 1 habit tak suka pakai. Kdg bukan apa, sbb tak boleh bwk bateri dlm luggage. Sudahnya jd terbiasa tak guna mouse kecuali desperate.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan Lasik atau Cermin Mata?

Hussin Fauzi Farm Taman Botani Negara Shah Alam

Percutian Hari Merdeka di Timurbay Seafront Residence, Pantai Balok Kuantan