run bastie... run..
masih sempat lagi ni
Permulaannya adalah untuk mencari tempat-tempat yang buat usrah. Dia macam dah sampai satu detik macam nak tambah ilmu di dada. tapi kat masjid rumah ni usrah untuk wanita hanya ada hari Isnin dan Selasa pagi. Sayangnya...
Then serach kat FB perumahan.
ok ada kelas ngaji. why not kita join sebab i pun bukan yang rajin sangat mengaji. Dia semacam kemalasan yang tinggi bila sorang-sorang.
Kalau ada kelas, kita kena gigih juga pergi.
Call ustazah then request nak start balik dari Iqra. why.. saja nak betulkan balik bacaan. panjang.. pendek.. dengung.. tak dengung.. cam tu lah
First day, ustazah kasi test.. then dia terus minta kita lompat iqra 4. hee hee.
Alhamdullilah sebulan dah berlalu. so sekarang masa malam i dah kurang tengok tik tok.. yeyeye
Doakan i istiqomah ye. amin
Tidak memakai solek.
Ia juga mempunyai dua puluh satu mata
Kita nak pergi. teringin nak gie konsert KRU dari zaman ramaja dulu. La ni dah ada duit sendiri still tak dapat pergi sebab tak de member nak follow. huuu huuu huuu Nak gie sendiri memang tak lepas lah.
ok done meluah rasa
Adult money is wild.
One minute you're complaining about the price of petrol, the next you're booking a hotel for a holiday.
.............................................................................................................................
Minggu lepas aku dah cerita pasal main badminton kat dewan. So dalam masa yang sama aku ada tukar tali dan getah pemegang.
Aku baiki reket lama aku sebab dah rosak. Tak tau lah macam mana bebudak ni buat sampai tali pun putus. Jadi reket yang aku baru je beli tu dah jadi hak milik si kecik.
Alang-alang tukar, aku tukar semua dengan warna hijau tanpa melihat berapa harga barang tersebut. Alasan mudah.. hijau warna aku so takde siapa lagi yang boleh mengaku reket tu dia punya. haa haa
Abang tu punya lah explain kat aku setiap keberkesanan tali yang ada. Aku cakap tak pe bang.. saya nak yang hijau. Nampak tak bila kita dalam dunia 'Adult Money'. setakat RM60 apalah sangat :P
Kisah lain mengenai reket ini...
29.08.25. aku hantar baiki. bagi tahu abang tu esok aku ambil tapi dia macam payah betul nak menapak ke sana. macam bercinta. Balik lewat petang, then nak lalu jalan tu time budak balik sekolah memang tak lah.
05.09.25 aku booking lagi dewan. So ingat nak ambil lah time datang tu. Abang tu tutup kedai pula. Bercuti sakan dia 4 hari. Main lah kami dengan hanya 3 reket je
11.09.25 aku datang balik. gigih tempuh jem. sekali sampai situ jam 6.30pm. abang tu dah balik rumah pula. dia suruh datang malam tu. memang tak lah. Otak aku dah set nak balik tido je.
16.09.25 akhirnya.. reket aku kembali semula kepada tuan dia. yeyeye
![]() |
| patut tak aku bagi nama ke dia ni |
Malaysia MADANI; Rakyat Disantuni
- Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2005 -
..........................................................................................
Selamat hari Malaysia buat semua sahabat. Alhamdullilah negara kita masih kekal aman dan damai. Semoga tanah ini sentiasa di rahmati Allah. Amin
Tahu tak korang yang Hari Malaysia tahun ini adalah sambutan ulang tahun yang ke-62 kerana tarikh penubuhan Malaysia adalah 16 September 1963.
Sekali kena dua kali tahu
- Peribahasa melayu -
.........................................................................................................................
Hari tu saja lah pergi Decathlon Shah Alam. nak cari beg lah konon. tapi hasilnya aku kaut juga reket badminton sebatang. yang budak-budak ni paw lah kitaorng bola dan kasut. melayang lah duit. haa haa haa.
Sebelum ni ada je aku beli reket tapi hmmmm... semua tu dah jadi hak milik 3 ketul tu. So yang ini adalah reket ke-4 yang aku beli.
Lepak makan lepas merayap tu, si kakak cakaplah teringin nak main badminton kat court sebenar. Aku pun amik phone whatsup member tanya macam mana nak booking court kat dewan yang dia selalu main. Dewan tu tak jauh pun dari rumah.
Dah dapat link, dengan penuh bergayanya aku pun booking lah. Ambil tarikh minggu depannya. Siap cakap dengan husben murah lah kalau booking awal. Sejam dapat RM15 je. so confirm dah booking court no 7 hari Jumaat malam jam 9.00 - 10.00 malam. Amik sejam je lah sebab takut tak larat.
Semua excited tau nak gie. Sampai lah hari kejadian...
Kami ni datang agak lewat sikit. Malam tu ada bacaan yassin kat rumah baru adik. Sampai je sana tengok court no 7 dah ada orang. Aku mula lah nak naik hangin. tapi sebab first time kan datang so kita cool dulu. Kita datang nak happy-happy jer. Mana tau diaorang ni member tetap dewan tu. Sekali nampak ada court kosong tapi court tu lantai dia macam ada terkopek sikit. so aku assume diaorng ni tukar court kot.
Takpelah kami main je kat situ. bukan main gembira 3 ketul ni.. sekali tak cukup masa. Masing-masing komen nak main lagi. Abahnya pun kata tak pe nanti kita datang lagi.
Keluar dari dewan, aku baru perasan yang ada kedai kecil kat situ. Try lah masuk saja-saja. Nak tanya lah kalau boleh tukar tali reket. Sekali dia kata boleh. Aku pun on lah bagi reket aku. Tukar tali dengan getah pemegang. Dua-dua tu warna hijau ok. Supaya reket aku tak di cilok lagi.
Sambil-sambil tu aku tanya lah pasal booking tu. Orang kedai tu pun cakap mana boleh main tukar-tukar court. Kena ikut dalam apps. sebab lampu dia timer so akan buka dan tutup mengikut booking.
Aku pun cakap.. "ye bang.. saya booking court no 7 pukul 9 sampai 10 tapi ada orang. so saya main je lah kat court no 5"
Aku siap tunjuk apps tu ke dia. "Ni bukti dia bang.. saya booking kul 9-10"
haaaaaaaaaa
dia cakap apa tau.. "Kakak.. ko salah booking ni.. ni 9-10 pagi"
Terus aku macam.. aduhhhhh
wei.. nasib aku tak gaduh tadi wei. kalau tak malu wei.. then nak tahu tak court 5 tu memang takde siapa booking dan lampu tak terang pun.
Korang nak tahu sebenarnya kalau fee untuk malam adalah RM25. Rezeki aanak-anak aku lah dapat main free RM10 dan rezeki juga kot sebab aku tak bergaduh masa awal-awal tu.
Nasib lah tauke dewan tu halalkan.
Itulah orang main badminton kat dewan, ko pun nak juga kan. Takpelah pelajaran untuk newbies macam kami ni. so sekarang aku dah tahu lah cara booking tu. Kira dah hebat lah sekarang. hee hee
Alhamdullilah kali ke-2 kami pergi semuanya ok. tapi masa nak booking tu aku punya lah perhati setiap huruf dan nombor. takut salah lagi :P
![]() |
| ni booking kali ke - 2. korang tengok, masa dan hari booking tu kecik je kat bawah so memang aku tak perasan sebenarnya ada AM/PM |
“The Remnants we carry small membranes of memories within us. As do trees, flowers, stones and all life force around us. Fragments of memories engraved in chips of iron, copper, silver. Interlaced in the workings of men. Intertwined into the streets, buildings the networks around us. Pathways between ages each carrying their remnants of the past”
- Maria Lehtman, The Dreaming Doors: Through the Soul Gateways -
....................................................................................
Nota dari hati : Entry bersawang.. dah lama taip tapi tak terbitkan sebab malas nak masukkan gambar yang sangat banyak. so semoga korang sudi baca entry ni. haaa haaa
![]() |
| Beza usia mereka berdua 58 tahun |
Dia macam benda berjangkit-jangkit tau bila dah pergi satu Muzium mesti nak pergi muzium yang lain. Last aku datang Muzium Negara ni kira-kira 24 tahun yang lalu.
Masa tu takde sangat pembangunan depan Muzium ni. Jalan raya dan pokok-pokok. Aku datang tahun 2001 masa Muzium Negara tengah buat pameran 'Hantu'. Gila seram walaupun tahu semua tu dekorasi je. Tapi best lah.
Kali ni menuju ke Muzium Negara dengan menaiki kereta. Malas nak naik train. Korang tahulah kalau train dari Klang tu cuma ada KTM je. lambat..
Sebelum tu macam biasa, sarapan kita layan roti canai dulu.
Bagusnya Muzium Negara ni ada menyediakan tempat parking. cuma harga dia agak keras sikit lah. Pintu gerbang dia masih sama ek. tak berubah langsung.
Masa kami datang tu, Muzium Negara tengah buat program 'Jom main permainan tradisonal' di laman dia. Bukan main lagi diaorang ni cuba semua. Ada baling selipar, kelereng, capteh dan congkak. Budak zaman sekarang excited lah sebab tak pernah tengok. Tak pernah main benda-benda tu. Kesiannnnnn :P
Lepas tu kami pergi bangunan utama pula. Harga tiket untuk dewasa RM2 je untuk rakyat Malaysia. so aku bayar RM6 je sebab lagi dua ketul tu bawah 12 tahun - Freeeeeee
Sini ada 4 section. Dari awal tamadun sampai Malaysia sekarang dan macam biasa, aku akan berimaginasi lah apa yang berlaku pada setiap perjalanan zaman tu.
Masa aku datang ni kat tengah bangunan dia ada buat 'Pameran Zodiak Cina, Keunikan Tahun Ular'. Lepas tu adalah diaorang buat aktiviti membuat Boneka Ular. Suruh budak-budak ini join tak mahu pula dia. sabar jelah.
Habis masa dalam tu hampir 2 jam lebih. Menghayati sungguh. kendian menjawap macam-macam soalan dari si bongsu. Jenuh jugalah nak terangkan. Mak ko ni sejarah B5 je nak.
Then keluar kita tuju ke Galeri Muzik dan Pameran Animasi Malaysia. Habis semua kisah kami masa kecil diceritakan kat anak-anak dengan penuh bangganya. Inilah cerita kartun yang ibu tengok dulu :P
![]() |
| Keluang Man ni dulu lah cerita ibu kau :p |
Sedar tak sedar dah pukul 2.00. Ok kelaparan yang amat. Kat sana ada jual makanan juga. Tapi masa kami sampai dah hampir nak habis. Nasib ada ikan bakar. Alhamdullilah rezeki.
![]() |
| Ni cafe dia. Kena naik tangga sikit lah. Bawah ada juga kios makanan. |
Aku macam nak berterima kasih lah kat muzium ni sebab kan lauk dah habis dan kami kena makan ikan bakar menyebabkan anak aku dah suka makan ikan. Mula-mula tu macam tak nak makan sebab tak pernah rasa. Aku paksa juga diaorang cuba. Akhirnya ketika N3 ini ditulis aku dah 3 kali masak ikan bakar kat rumah ye.
Lepas makan kita singgah surau dia kejap, Surau Al-Falah. Surau dia takdelah besar sangat. Kena tunggu juga giliran. Ambil air wuduk pun kat luar. Sejak zaman pasca PKP, aku memang sentiasa bawa telekung sendiri. Mudahlah untuk kami tak perlu tunggu turn.
Habis solat kami merayap kat bahagian luar pula. Macam-macam artifak yang ada. Kenderaan lama, Struktur Istana Satu, Arca, Megalit, Jenis kubur. Macam-macam lah.
![]() |
On the way nak ke parking, kita singgah 2 muzium disebelah Muzium Negara iaitu Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu.
Kat sini tersangkut juga. Bebudak ni sibuk pula main dam haji. tapi yang ruangan perkuburan orang asli tu macam terkejut kejap sebab dok belek-belek, tinjau-tinjau rupanya dalam tu ada patung. huihhh menyeramkan.
![]() |
| dia buat gaya ala-ala macam dalam hutan suasananya |
![]() |
| ini lah yang buat terkejut tu |
![]() |
| dah sibuk main dam |
![]() |
| lupa.. yang ni pun terkejut juga. adoi aiii |
Lepas ni kita akan ke muzium mana pula?
"Ilmu yang bermanfaat untuk rakyat digarap daripada hasil pembacaan buku yang bermutu."
- Anwar Ibrahim -
Acara wajib hadir setiap tahun akhirnya tiba.
Tapi tahun ni berbeza sikit. Hanya aku dan Ikhlas je yang pergi dengan menaiki train ke WTCKL. First time ni pergi naik train. Kami macam follow the flow dengan penuh keyakinan sedangkan dalam hati ni dah cuak takut salah naik platform.
Actually boleh je naik Komuter dari Klang ke Putra terus tapi disebabkan KTM tengah baiki landasan so train komuter hanya ada waktu pagi dan petang (waktu pergi dan balik kerja)
Kami pun lenggang kangkung lah ke sana dengan gembiranya.
Ingatkan pergi hari kerja tak berapa ramai orang rupanya tak ye. Punya lah ramai. Penuh dengan budak-budak sekolah. Campur dengan yang datang sendiri. Perghhhh
![]() |
| Kita naik dari LRT Subang Jaya |
yang kelakarnya masa pergi naik LRT boleh pula kami turun kat KL Sentral then naik Komuter ke Putra. Sedangkan sebenarnya boleh je kami stop dekat masjid jamek dan tukar train ke PWTC. Aduhh. dah lah masa kat komuter tu tunggu punya lama dia nak gerak. tapi takpe lah. Pengalaman kan. kalau tak tak tahu pun road sebenarnya.
Sampai KL Sentral kami macam lapar dan fikir better makan dulu kat sini sebelum teruskan naik komuter. So kita layan makan kat Rollti . Kami order Chicken Mamba Lada dan Beef Keju Berapi. Alhamdullilah sedap. Kena dengan tekak kami berdua.
![]() |
| gambar ihsan. lupa nak snap kedainya |
![]() |
| Beef keju berapi Ikhlas punya.. Chicken Mamba Lada aku punya |
Then gerak ke WTCKL.
Macam aku cakap tadi orang punya lah ramai. tapi takdelah sesak sampai nak jalan pun tak boleh. tu padat kan istilahnya.
Sebelum pergi Ikhlas dah tahu nak beli buku apa so kami hanya tuju ke booth yang sepatutnya sahaja. Adalah on the way ke booth tu dok jenguk-jenguk gak gerai yang lain.
Masa jenguk tu, aku jumpalah poskad yang ada. Tak banyak pun yang jual poskad. Boleh lah grab sekeping dua.
![]() |
| poskad yang aku grab |
Tahun ni aku tak beli buku. Layan Ikhlas je. Dia siap jadi PS kawan dia ye. Punyalah panjang senarai buku yang kawan dia order. Dia pula dengan baik hati tolong belikan seikhlas hati tanpa minta upah. haihh lah anak. Nasib kawan dia bagi duit dulu.
Aku pun tak faham buku novel anak-anak zaman sekarang ni. Pelik-pelik je judul dia. Takpe kita layankan aje. cuma aku dah warning tengok kandungan buku tu betul-betul. Dah besar sepatutnya dah pandai tapis mana elok mana tidak.
![]() |
| The book hunter.. her list of books is so long.. I'm just sitting there. Malas nak tolong cari 😝 |
![]() |
| Layankan ajelah cerita diaorang ni. |
![]() |
| Dia happy sebab dapat poster ni |
Ini pun sama. pelik-pelik je judul buku dia. Genre buku pun berbeza-beza. Buku Gantung 3 keluaran Fixi, Maybe this is love keluaran Iman dan last sekali Karbala keluaran Kawah Buku.
Alhamdullilah semua buku yang di minta ada dan senang jumpa. Semalam kat sana memang jenis nak buku apa terus dapat jumpa booth dia. Tak pening kepala macam sebelum ni. Mungkin sebab kali ni kami study map KLIBF ni kot.
![]() |
| Katanya lama dia cari buku ni. Nasib ada |
![]() |
| Nanti aku minta dia koleksi ni. nak baca.. malas nak beli |
![]() |
| Dia boleh tanya aku best ke idok cerita ni.. mana nak tau.. tak pernah baca 😅 |
![]() |
| Faisal Tehrani with Yati's book |
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi hab lii minas-solihiin
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
(As-Saffat, 37:100)
Hari ni anak-anak ambil result SPM. Even aku pun berdebar-debar juga sebab salah seorang calon adalah anak buah aku.
Masa dia ambil exam pun tak senang duduk, inikan pula nak dapat result.
Semoga dia peroleh result yang baik dan cemerlang. amin
haihh.. si Ikhlas lagi 3 tahun. Sekarang pun dah risau. Takpe.. tak pe.. kita akan usaha selagi boleh.
Untuk semua calon... selamat memulakan perjuangan di alam dewasa. Banyak lagi cabaran dan dugaan yang bakal kita tempoh. macam yang selalu aku cakap.. SPM hanyalah satu batu loncatan untuk meraih ruang dan peluang yang lagi besar di masa depan.
Good Luck u allll!!!
Alhamdullilah hamba telah menerima utusan diraja dari Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil untuk menyertai 'giveaway' baginda.
Baginda telah berbesar hati untuk mengurniakan hadiah yang sangat cantik kepada pemenang 'giveaway' ini.
Sebagai rakyat jelata yang hebat dan cemerlang semestinya hamba akan turut serta menyertai 'giveaway' ini sebab hamba tertarik dengan hadiah yang ditawarkan.
Hamba target 2 hadiah ini je :P sebab sangat comel!!!
p/s: tuanku, kalau tak menang nak juga satu plzzzzzz
Andai ada teman-teman hamba yang ingin turut serta, tuan hamba boleh ke ISTANA Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil atau klik je banner atas tu untuk melihat syarat penyertaan.
Hidup sampul raya!!!!