Isnin, 26 Januari 2026

Balik kampung request udang masak lemak cili api kacang buncis

"Selagi mana kau balik rumah dan ada makanan yang mak kau masak, kau adalah anak yang BERUNTUNG. Sekalipun hanya nasi dengan telur sahaja dihidang." 

- Facebook -

.................................................................................

Dah tiba masanya aku ni balik kampung jemput mak. Appointment hospital dia awal bulan Februari ni.

Janji nak ambil minggu lepas tapi aku kena outstation pula ke Genting Highland.

Mak aku ni sejenis merantau-rantau. kejap kat rumah anak Ipoh. kejap kat rumah anak Johor. Kejap kat Selangor.

Masa arwah ayah ada gigih juga kami biarkan mereka dok kampung sampai lah penghujung 2019. Lepas tu kami adik beradik buat keputusan bawa mak dan arwah ayah ke perak. So kita tukar sekali hospital dia.

Tapi mood orang tua kan.  Ada masanya dia nak balik rembau. Nak tengok rumah katanya. Kadang-kadang kalau hati kami baik bagi lah dia balik. Duduk kejap je. Tak boleh lama-lama. Dia dah tua. Sejenis ingat-ingat lupa.. Sakit kaki.. sakit tangan. 

Kami balik hari berdua je. 3 ketul ni tak nak ikut. Minggu lepas call mak kita bagitau teringinnya nak makan udang masak lemak cili api. 

Sampai je kampung. Taaaaaadaaaaaa. kita melangkah masuk dengan kegirangan. Sampai-sampai je ambil pinggan dan makan dengan seleranya walaupun baru pukul 11 pagi.

Sampai umah aku ulang balik makan kali ke-dua. Sedapnya!!!! Alhamdullilah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Balik kampung request udang masak lemak cili api kacang buncis

"Selagi mana kau balik rumah dan ada makanan yang mak kau masak, kau adalah anak yang BERUNTUNG. Sekalipun hanya nasi dengan telur saha...