Rabu, 28 Januari 2026

Pasang Dashcam, lepak Shell dan jual kertas

"We do not inherit the Earth from our ancestors; we borrow it from our children." 

- Native American Proverb -

..................................................................

Cerita yang telah berlalu.

Sekarang ni Dashcam macam benda yang wajib ada pada setiap kereta kan. Kalau tengok kereta yang ada kat jalan raya sekarang, semuanya berpusu-pusu mengejar masa. belum part yang suka cilok-cilok. Seram kadang-kadang nak bawa kereta.

So 10.01.2026, petang tu pergilah merayap ke kedai nak pasang dashcam. Sebenarnya dah booking sebelum tu.

amik jenama 70mai

Sambil-sambil tunggu dia pasang. Adjust sana sini. Perut pula macam minta diisi. Lagipun boring ar kalau dok tunggu je. Sebelah bangunan kedai ni ada Shell. Ajak tok laki pergi sana. Konon-konon nak shopping jajan lah.

Sekali tengok rupanya shell ni ada cafe dia. Kecik je dia letak satu meja. Apa lagi, mengorder lah kita. Macam biasa airnya harus lah Hot Cuppuccino. Untuk makan kita ambil Gourment Chicken Sausage.

Sedap aku makan. Habis. tak tinggal sikit pun untuk tok laki. Sapa suruh time aku offer dia cakap takpe makan lah. Sorry ek kita bukan jenis berbasi-basi. Nak.. makan... tak nak... kita habiskan. Pastu tanya kita sedap sangat ke sampai tak tinggal ke dia. Harus lah sedap. ke aku yang lapar.

Lupa amik gambar papan menu. Excited punya pasal dapat dok makan dalam Shell

Ikut tekak aku lebih sedap dari A&W punya.

Selesai semua urusan di situ, kereta pun selesai. Kita ke destinasi seterusnya.

Jual kertas!

Itu semua adalah hasil pengumpulan buku-buku aktiviti dan kertas-kertas exam 2 tahun. Kan setiap awal tahun aku akan buat kerja-kerja pembersihan macam kisah DISINI. Sebelum ni kami dok buang dalam tong sampah je. Ada yang dibakar (jangan tiru aksi ini ye) tapi rasa bersalah sangat. Sebab tu lah bukunya terkumpul sampai dua tahun.

Kami ni tunggu lah lori yang ambil barang lusuh lalu depan rumah tapi semua yang datang nak kan besi dan barang elektrik je. Kalau kertas pun nak surat khabar.

Jadi pagi tu aku pun google tempat recycle kertas. Susah juga nak cari tempatnya. Ada lah satu ni kat Jalan Meru. Agak jauh dari rumah. Aku call dan admin dia cakap boleh.

Tu yang lepas aku selesaikan hal dashcam aku terus shoot ke sana. Dia macam dah alang-alang kuar rumah gie tempat jauh, kita selesaikan semuanya sekaligus.

yang ada kon tu tempat penimbangnya. Naik lah atas tu.

Sampai sana. cuak wei. Kita ni mana lah pernah jual-jual kertas ni. Tanya guard, dia suruh timbang. Ok lah. Masuk pergi lah parking. Ingatkan kena keluarkan buku-buku tu untuk timbang. Bukan ye.. dia kena bawa kereta naik ke atas penimbang, keluarkan buku pastu bawa kereta timbang sekali lagi.

Aku ni macam dah suspen. Tengok tempat timbang tu macam menyeramkan. Pastu nak bawa pula kereta baru naik atas tu. Lalu pula kat tempat timbunan kertas. Korang agak apa perasaan aku masa tu. Sapa tak sayang kereta weiiii

Memang aku keras kejung je lah dalam kereta. Satu gambar pun tak ambil. Nak download video kejadian pun terlupa. So korang bayangkan aje lah ye situasi dia.

Alhamdullilah semuanya ok saja. Dapatlah aku RM16.00 dan tok laki didaftarkan sebagai member. Baru tau sebenarnya kalau bukan member tak boleh hantar kertas ke situ. Patutlah lori-lori je yang masuk. Takpe kita dah jadi member. Lepas ni kita kutip semua kertas-kertas yang ada kat rumah jiran tetangga, kita jual. Kaya!!!

boleh lah duit jajan anak-anak tolong ikatkan buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pasang Dashcam, lepak Shell dan jual kertas

"We do not inherit the Earth from our ancestors; we borrow it from our children."  - Native American Proverb - ......................