Ahad, 25 Januari 2026

Jom Unboxing barangan beli di Guardian sempena gaji naik 7%

"Whoever said money can't buy happiness simply didn't know where to go shopping." 

- Bo Derek -

..................................................................................

Salam jumaat minggu ke empat Januari 2026.

Semalam gaji masukkan.. Dah kira ke betul ke idok naik 7% tu? Ramai gak yang serbu bilik aku suruh kira balik PCB dia betul ke tidak sebab naik banyak. Haaa haa.. tak pe kita layankan. Janji masing-masing puas hati tengok aku kira depan mata mereka.

So tengahari ni sempena merayakan kenaikan gaji aku dan Mr Adudu bergerak lah ke Guardian. Ini semua penangan hasutan member opis sebab katanya ada diskaun sampai 50%.

So jom korang layan aku unboxing barang secara bacaan!

Pertama, Cosmoderm Vitamin E Renewal Moisturiser 3000 I.U. Aku memang pakai jenama Cosmoderm tapi rangkain Cosmoderm Niacinamide. Takde lah pula jual kat Guardian. So kita amik yang ni satu je walaupun agak murah harganya. Terpaksa lah sebab stok kat rumah memang dah habis langsung. 

Jangan tanya aku elok ke idok jenama ni. Jenis muka kita tak sama. Alhamdullilah, setakat ni muka aku memang boleh pakai kebanyakan produk.  Harga RM29.80 RM20.86

Kedua, Mayb Fit Me Primer Matte by MAYBELLINE. Aku cari baby skin instant pore eraser primer by Maybelline sebenarnya. Takde juga kat sini. Geram juga. tak tau mana nak cari. Last week aku gie Watson kat rumah takde juga. Dia dah discontinue ke? Ala jangan lah. Aku suka pakai benda ni sebelum aku tepek apa-apa foundation atau bedak. Takpelah kita try dulu. Kalau tak best kita cari lah yang lain. Harga RM45.90 RM22.95


Ketiga, NATURALLE Garlic 3000mg. benda wajib  bila ada promo.Tak kira lah kat watson ke.. guardian ke, Farmasi Alpro, Big Pharmacy ke. Kena beli. Benda yang tak boleh putus kat umah tu. Sebelum covid hargadia boleh je dapat dalam RM30 lebih. Lepas je dia datang, harga dia mencanak naik sampai RM50 lebih. 

Kalau tanya apa kelebihan dia.. Aku pernah story benda ni kat SINI so harga dia RM56.90 RM43.90

Last sekali.. ok yang ni aku memang terjebak. Tu lah siapa suruh bergossip kat opis. Ada bos aku tu lelaki sanggup gie guardian sebab nak beli tumbler ni untuk anak dia. Aku pula bila tahu terus teringat si kakak mesti suka. Kena beli ubat gigi Darlie baru dapat dia ni.

Nak beli satu terbeli dua 😅 Terbang RM43.32 aku. Nasib lah memang ubat gigi kat rumah tu dah habis stok. tinggal yang dalam bilik air je

So tu jelah barang yang aku beli kat guardian hari ni. Habis dah shopping untuk gaji baru. dah.. jom puasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Unboxing barangan beli di Guardian sempena gaji naik 7%

"Whoever said money can't buy happiness simply didn't know where to go shopping."  - Bo Derek - .............................