Melakukan hal yang benar tidak selalu berakhir dengan kebahagiaan
- Sachin Sandhu (Thappad Movie) -
.........................................................................
Betulkan.. kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk ditelan tapi nak tak nak kita kena hadap juga.
Kalau kita tak nak terima kenyataan itu dan tetap menipu diri sendiri, akhirnya kebohongan itu akan makan diri kita sedikit demi sedikit. Kita akan sakit.. Kita akan stress.. Mula lah kita akan Depression. Lama-lama jadi mental breakdown.
ye tahu untuk melakukan hal yang betul dalam suasana yang selama ini kesalahan itu dah sebati dalam masyarakat kita memang sesuatu yang sangat sukar.
Banyak yang akan kita fikirkan. Apa pandangan orang bila kita cuba melakukan seuatu yang berlainan dari kebiasaan. Adakah perkara yang kita lakukan ini akan didukung oleh keluarga. Masih adakah kawan-kawan yang akan membantu dan memberi kepercayaan.
Semua itu yang selalu menjadi batu penghalang untuk kita.
Sebab itu kita kena yakin dengan pilihan yang kita buat.
sebab melakukan sesuatu yang betul kadang-kadang tidak akan berakhir dengan kebahagiaan tapi hidup kita akan lebih puas dan jiwa akan terasa bebas.
Adios
Betul sangat apa yang Aida kongsikan ni. Memang pahit nak telan kebenaran, tapi menipu diri sendiri jauh lebih menyakitkan dalam jangka masa panjang. Biarlah tak bahagia di mata orang, asalkan jiwa kita tenang dan bebas. Terima kasih atas peringatan ringkas tapi mendalam ni
BalasPadamMemang betul apa yang diperkatakan, kebenaran adalah kepahitan yang sebenar, tapi demi kerana kebenaran, kita kena hadap juga walaupun terlalu pahit untuk dihadam dalam kehidupan...
BalasPadamcan't agree more
BalasPadam