Ahad, 2 Jun 2013

Jika Terakhir Buatku

Assalammualaikum.

hampir 3 bulan berlalu tanpa berita. tiada N3 baru untuk blog nie. Sunyi dan sepi...

Ke mana menghilang??

Sibuk.. sibuk sangat-sangat dengan kehadiran orang baru. 3 bulan di penuhi dengan temujanji di hospital.. 3 bulan berulang alik klang - putrajaya - klang.

Letih? sangat-sangat letih. tapi demi anak tersayang tetap gagah mengharungi kehidupan ini bersama.

Hanya kini. di waktu ini.. sempat untuk up date blog..

sedih? tak lah.. cuma sedikit mengantuk dan emosi tidak menentu.. di tambah dengan kepanasan di malam ini..

Harapan.. masih meneruskan perjuangan. hidup ini untuk berjuang bukan??

Jika Terakhir Buatku
Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Sabtu, 16 Mac 2013

Muhammad Ilyas bin Mohd Asmad

assalammualaikum...

alhamdullillah, aku telah selamat melahirkan anak secara normal di Hospital Putrajaya pada 06 Mac 2013 (5.40 am) dengan berat 1.68 kg.

Genap usianya 7 hari, si putera diberi nama Muhammad Ilyas bin Mohd Asmad.

Maaf kerana masih tiada gambar Ilyas dapat dipertontonkan kerana dia masih berada di NICU, Hospital Putrajaya.

Doakan ilyas cepat sembuh ye..

Rabu, 27 Februari 2013

Hospital checklist untuk bakal ibu

Assalammualaikum..

Lagi dua bulan untuk due. Berdebar-debar sangat. Bulan depan tibalah masanya untuk aku kelam kabut menyediakan barangan bayi.

Buat masa ini, sibuk dengan proses 'recycle'. Asingkan baju Nur Ikhlas yang dah tak muat. Nak basuh dan bawa balik ke Klang.

Untuk berpantang kat Rembau, memang dah ada stok bajunya. So tak perlulah nak berangkut bagai. Sebab terfikir nanti dah ada dua anak, sure kereta kelisa tu tak muat. heee heee.

Sambil-sambil buat persiapan nie, dengan ringan tangannya aku dah buat satu senarai list barang keperluan yang perlu di bawa ke Hospital oleh bakal-bakal ibu. Ini list aku masa bersalinkan Nur Ikhlas dulu. Ada sedikit tambahan berdasarkan pengalaman.

List nie pun sesuai untuk bakal ibu yang bersalin normal. Sebab kalau bersalin normal hanya akan duduk di hospital sehari dua. Jadi kenalah buat tambah tolak sedikit bagi yang bersalin melalui pembedahan.

Semoga list ini dapat memberi manafaat buat semua... In Syaa Allah


p/s: kalau ada yang nak secara pdf boleh lah email kat saya ek..

Rabu, 23 Januari 2013

Selesai sudah 1 hutang riba'


Alhamdullilah...

akhirnya satu beban dosa dah kurang. Perit jugak nak habiskan pinjaman nie. Selagi tak selesai selagi tu lah rasa tak best.

In Syaa Allah, pinjaman yang lain akan cuba diselesaikan secepat mungkin.

Kesilapan masa lalu kan..

ye diakui bahawa penulis blog ini banyak melakukan kesilapan zaman remaja. Masa tu jahil lagi. buat masa nie apa yang boleh dilakukan adalah berusaha untuk tidak menggulangi dan berusaha untuk menyelesaikan semua pinjaman.

Doakan aku berjaya ok. Aku nak berusaha menjadi hamba Allah yang solehah dan umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik seperti di dalam Khutbah baginda Rasulullah S.A.W :

 ........................................................................................................................................

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Dari JAKIM, melalui iluvislam.com

Isnin, 14 Januari 2013

Ungkapan "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Mak aku akan selalu menasihati anak-anak dia dengan berkata "biar orang buat kita, jangan kita buat orang".. Baik kan mak aku.. Ye mak aku adalah ibu yang terbaik. Mesti semua anak akan memuji dan mengangkat tinggi kedudukan ibu mereka kan.Dia lah yang terbaik! terbagus! tercantik! So aku akan sakit hati pada orang-orang yang buat jahat pada mak aku. terutama orang-orang yang dia percaya.

Bila keadaan begini, tentu sekali mak aku juga akan bersedih hati melihat anak-anak dia di sakiti dan di keji. Sebab itu, aku tak pernah mengadu hal-hal sentap aku pada dia. Aku mesti cerita yang baik-baik ajer. Cuma sejak ada anak nie, mak aku telah memindahkan susah hati dia pada anak aku pulak. Susah hati bila Nur Ikhlas sakit lah.. masuk wad lah.. kene gigit lah...

Mak aku hidup susah. susah sangat. Aku dengar cerita dia dari aku kecil sampai sekarang. Bila dia bercerita aku tak pernah lari. Orang zaman dulu penuh dengan pemikiran mistik.. begitu juga arwah ibu dan ayah dia. Aku pun tak tahu kenapa orang tua dia menganggap mak anak sial. Orang tua tu pun dah meninggal. Memang di akhir waktu mereka teringin sekali aku bertanya tapi lidah aku kelu sangat-sangat.

Sejak kecil, mak di paksa bekerja dan hasil perolehan dia akan diambil untuk membeli lauk. Berbeza dengan adik-adik yang lain yang duduk senang di rumah. Mak tak dibenarkan bersekolah kerana alasan ayahnya tiada duit untuk membayar yuran yang hanya 20 sen ketika itu. Mak akan di pukul dengan batang inai oleh kakaknya bila dia lambat mengambil air di perigi. Mak pernah di ikat di kayu dan diarak keliling kampung oleh abang sulungnya dengan dijerit 'babi untuk dijual' hanya kerana tidak mahu mengosok pakaian dia. Bila mak remaja, mak di kerah untuk menjaga anak-anak buahnya. Bila mereka dewasa, budi mak dibalas dengan cacian dan hinaan. Duit yang mak dapat, kadang-kadang terpaksa di sorok kerana keinginan untuk membeli baju dan berjalan-jalan. Namun masih ada adik beradiknya yang sanggup mencuri dan menghabiskan duit dia.

Nasib mak berubah bila dia dapat keizinan dari arwah moyang untuk bekerja di kuala lumpur. Mak, satu-satunya anak yang berhijrah dan kerana penghijrahan itu, nasibnya agak terbela.

Di kuala lumpur, setelah mak diterima dalam perkhidmatan kerajaan, adik-adiknya mula menumpang dan mak juga yang membelanjakan mereka. bukan setakat adik beradik.. anak buah juga ada yang menumpang. Kebaikan mak itu, akhirnya di balas dengan kejahatan dan kedengkian.

Aku ingat, di suatu pagi pada pukul 6.00 pagi abang sulung dia call semata-mata ingin meminjam duit. Hanya kerana mak akan bersara dan akan mendapat ganjaran. Bila mak tak bagi, maka putuslah sedara. Bila mereka ada masalah, mak lah di carinya. Bila tak bagi pinjam duit, mak akan di caci dan di maki. Dengan ungkapan 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang' kami di buli oleh sedara mara. Kami di fitnah dan di keji. Dan ada yang sanggup menutup periuk nasi abang aku. Nasib baik mak cepat tahu dan dia berjaya menyekat kejahatan itu. Alhamdullilah.

Bila mak dah pencen, mak menjaga arwah ibunya. Ibunya yang selama ini menganggap mak adalah anak sial. Namun mak redha dan tetap menjaga nenek dengan baik dan penuh kasih sayang. Segala perbelanjaan nenek, mak yang tanggung. Sejak mak jaga nenek, adik-adik yang lain mula lepas tangan. Duit perbelanjaan pun takde yang menghulur dengan alasan mak ada duit pencen. boleh?? Nasib baik mak memang dah selalu menjaga pesakit dan kami semua telah mula bekerja. Dapatlah bantu sedikit sebanyak. Kalau ikutkan hati aku yang baran nie memang aku tak benarkan mak jaga nenek. Tapi kasih anak..sedangkan aku juga seorang anak. Biarlah mak berbakti pada orang tuanya. Memang mak bahagia sangat sebab dapat jaga nenek.

Ohhh...Alasan mereka berbuat demikian sebab mak kerja kerajaan. Bila dah pencen mak tetap dapat duit. Anak-anak mak berjaya dan kerja kerajaan juga. Makanya mereka dengki dengan kesenangan mak. Senang ke mak aku? Setelah bekerja menjadi kuli orang atasan. mencuci tandas, mencuci berak pesakit selama 35 tahun, mengikat perut nak bagi anak-anak makan dan pelajaran..tak boleh kah mak aku merasa kesenangan yang sedikit ini?

Aku bukan bercerita kisah ini untuk orang di luar sana memberi komen. Aku dah tak boleh nak tanggung kesakitan dan dendam yang ada dalam hati aku ini. Sejak kecil kami hanya berdiam diri sebab menghormati mak. Makin diam, makin menjadi-jadi perangai mereka. Kalau aku boleh balas, memang aku balas tapi mak aku dah pesan...... "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Persoalannya sekarang adakah ayat ini juga akan aku wariskan kepada anak-anak aku pula??

Amalan mengelak santau

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1], [2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[5]
sumber : wikipedia


sumber : Kaedah Perubatan Islam bersama Dato' Hj Ismail Kamus

Sabtu, 29 Disember 2012

Kerana dia manusia biasa....

 From: fuzieman@yahoo. com [mailto:fuzieman@ yahoo.com]

Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat
kpd diri saya dan semua.


Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar
ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah  jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang
teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka
berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi
kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa
majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan
untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya
memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu
kami. Pada awalnya kami ingin  berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya
tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya
faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak
perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya
nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik
ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini
saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja
hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop
surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya
tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan
senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.  Dan sampai saat
inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.
Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang pasti saya akan berusaha  mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana
saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin
mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar
bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu  memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
ada.  betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau
suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi
masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin
dia  tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah
hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur
segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah
terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang
tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan
mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk
ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan
dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam


* Kalau rajin.. Tolong  sebarkan petunjuk ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
.

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...