Selasa, 25 Ogos 2020

Bento 17-19 Ogos 2020

“Kamu tidak perlu menjadi luar biasa untuk memulai, tapi kamu harus memulai untuk menjadi luar biasa.” 

- Zig Ziglar -
.................................................................................................................................................................


Hampir lapan bulan berlalu bagi tahun 2020. Sejak muhammad ilyas mula memasuki sekolah dan nur ikhlas semakin membesar, akak berusaha untuk menyiapkan bekalan makanan untuk mereka. Walaupun kadang-kadang tak sempat tapi akak akan cuba menyediakan sekadar mampu,

Mula berminat dengan seni bento bila budak-budak ni mula bersekolah tahun ini. Cuma lepas PKP tiba-tiba akak jadi rajin untuk semakin menghiasi bekal makanan mereka.

Akak cuka tengok you tube The Family Fudge. Akak boleh hadap video dia seharian. comel sangat dia buat. So dari dia kadang-kadang akak dapat sumber inspirasi nak buat macam mana. tapi tak lah secantik yang dia buat :P


So untuk minggu 17-19 Ogos 2020 akak just dapat buat dua kali je sebab isnin tu akak kena outsation. so abang just bagi duit belanja je. 


Masa nak balik, singgah RNR Dengkil untuk makan malam. tiba-tiba teringat yang anak-anak memang suka makan sate hj samuri ni. Akak pun rasa macam dah letih nak masak sebab dijangka sampai rumah pukul 11 malam so akak just fikir bekalkan diaorang sate je lah untuk esok pagi.

Time ni buah takde sebab stok buah dah habis dan akak tak sempat beli.


Untuk hari rabu, kakak ikhlas request murtabak meggi. dah lama tak makan katanya. Disebabkan akak pun takde idea nak buat apa. akak layankan aje. Melompat-lompat budak bertiga tu bila dengar ibunya nak buatkan murtabak meggi. 

Yang ini takde hiasan sebab akak betul-betul malas nak hias. haaa haa

Buah memang akan letak dangan kuantiti sikit. Budak-budak ni makan buah untuk cuci mulut je. Nanti balik sekolah petang, malamnya sambung melantak buah tu. sebab tu stok selalu habis.

Bekalan yang akak buat adalah untuk sekolah pagi. bila mereka balik nanti mereka akan makan nasi dekat rumah neneknya. Kadang-kadang kakak ikhlas akan rajin sediakan biskut atau apa-apa makanan untuk petang.

Hope usaha akak ini akan berpanjangan hendaknya. Budak-budak takut bila dah semakin besar malu nak bawa bekal ke sekolah. Lagi sanggup beli makanan kat kantin. 

Sabtu, 15 Ogos 2020

Percutian 3 hari 2 malam - TimurBay Arza Seafront Residence


We don't always have to agree with one another but it's important that we learn to respect each other

-Rubyanne-

...........................................................................................................................................................


31 Julai - 2 Ogos 2020

Percutian mengambil hati namanya.. Awal tahun ari tu memang dah rancang dalam bulan tiga satu family akan bercuti ke Cameron Highland. Dah siap bayar homestay.Tapi disebabkan oleh PKP semua tergendala. Burn habis payment tu.

Jadinya tiga bulan lebih anak-anak terperap dalam rumah. Alhamdullilah even aku laki bini kena keje time PKP tu, ada kakak Ikhlas yang sudi jaga adik-adik di rumah.

Tapi si kakak Ikhlas bising jugaklah sebab tak jadi ke Cameron Highland. Dah lah dia berkorbar-kobar nak ke sana. tak pernah pergi katanya. Dengan aku pun frust juga :P

Bila PM umumkan je PKPP.. terus aku tanya asben nak gie dok hotel tak? Teringat pula ada sahabat yang buat homestay di Kuantan. Terus hubungi dia untuk booking. Konon-konon belanja Ikhlas sebab penat menjaga dan mengajar adik-adiknya.

Siap semua keperluan, pukul 10 pagi jumaat kami bertolak ke sana. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Maklumlah cuti hari raya haji.. ramai yang menuju ke Timur :P

Alhamdullilah, memang senang nak check-in. Senang berurusan dengan TimurBay Azra.. Maybe dah tahu ramai yang first time ke sana. Dia dah siap-siap bagi penerangan beserta video. Sungguh sangat-sangat membantu.

Kelebihan TimurBay Seafront Residence ni sebab kolam dia banyak sangat. Pilih je nak mandi yang mana.. dari yang cetek sampai yang dalam. So memang tak nampak sesak.

Pagi-pagi boleh jogging di pantai. Kalau rajin turun awal pagi ke tepi pantai boleh menikmati suasana matahari terbit. Tapi yang ni aku tak dan.. penat mandi kolam dari pagi sampai petang :P

Boleh juga berkelah tepi pantai.

Kat sana memang banyak kedai makan. Just pilih aje. Tapi kalau malas boleh je masak benda yang ringan-ringan sebab dalam homestay tu ada kelengkapan masak.

Siapa yang nak menikmati percutian family yang best kat sini boleh lah call atau wassp Pn Rohaida di sini wa.me/60194751312




Masuk-masuk terus sibuk nak bergambar

Bujang ni dah pandai bergaya bila bergambar

awal-awal budak ni dah cop nak tido atas katil queen ni

Sebelum terjun kolam


Benda wajib yang kena bawak setiap kali holiday

Sakan mandi wei..

Seronoknya kat sini ada banyak bahagian kolam










Boleh nampak laut di sana



Haa haa.. orang tak pernah naik karak.. mana tahu waktu cuti raya haji karak memang akan jem :P

Diaorang dah geng dengan game hp.. mana nak layan akak dah sekarang








Rabu, 5 Ogos 2020

Nota Kasih Sayang

Janganlah engkau berduka atas apa yang telah terjadi karena tidak ada apa pun di dunia ini yang abadi

Imam Syafi’i

.........................................................................................................................................................




Nota ini dari mula sekolah dibuka selepas PKP sampai sekarang masih ada di depan peti ais.

Lekat di situ sebab tahu peti ais adalah tempat pertama yang anak-anak akan tuju lepas balik dari sekolah.

Dah jadi rutin si kakak ikhlas pada setiap tengah hari mengatur barang sekolah dan bekalan makanan petang untuk diri dia dan adiknya.

Sangat berdikari kamu wahai anak.

Maafkan ibu dan terima kasih kerana sudi membantu ibu.

Ibu sayang kamu semua :)

Khamis, 30 Julai 2020

Ilman dan Hospital 2

Wahai anakku, ambillah harta dunia sekedar keperluanmu saja dan nafkahkanlah selebihnya untuk bekal akhiratmu

Luqman Al-Hakim

...................................................................................................................................................................

serius lama tak menulis. Sebenarnya banyak je yang aku taip tapi asyik tergendala nak post.

Story nak di simpan kali ni pasal si bongsu aku ni.

Bila asyik check-up doktor pakar sebab kes dia dulu-dulu.. doktor dah banyak kali tanya mengenai gigi dia yang agak rosak teruk. Dah macam-macam aku buat supaya si kecik ni tak gigit botol.. kurang kan minum susu dalam botol tapi still tak berjaya.

Appointment bulan 7/2019 doktor tak tanya banyak, terus je buat surat refer klinik gigi. Check up klinik gigi haaaa amik.. terus doktor buat date untuk operation.

Actually, operation ni patut dibuat bulan 12 hari tu. tapi sebab keadaan kesihatan dia yang tidak mengizinkan so doktor postponed bulan 2/2020.

Second time budak ni masuk hospital. Kali ni check in semalam je.


gedget81
kita makan-makan sebelum masuk ward ye



senyum yeee.. tungguuuuuu..

masih boleh main lagi.. budak tak reti duduk diam

ni dah sampai bilik OT

senyum.. tapi dia dah berdebar-debar.. bukan main kuat dia pegang tangan kita

lepas habis operation.. dia punya menagis jerit sakit.. aku pun turut nagis huu huu


naik ward lepas duduk sementara kat ruangan pemantauan.. lena tido selepas doktor bagi ubat tahan sakit

Inilah keadaan gigi sebelumnya

Ini selepas.. cabut 3 batang gigi depan dan pasang 3 crown besi untuk gigi geraham


gambar ni exclusive dekat blog aku je.. kalau orang lain nak tengok jangan harap dia nak tunjuk


Selasa, 16 Oktober 2018

Dugaan

Hati orang sukar untuk kita duga..

Kisahnya sejak macam-macam perkara berbangkit dalam hidup ini.. Macam-macam pula dugaan yang datang menimpa.

Betul juga kata orang-orang tua.. Jangan mengata hal orang lain, nanti terpalit pada diri sendiri.


Khamis, 20 September 2018

Hari ni betul-betul takde mood

Nak menagis tapi takde bahu untuk disandarkan.

Susahnya menjaga hati orang

Rabu, 12 September 2018

Tanggungjawab lelaki : anak vs suami

               Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(An-Nisaa' 4:34)


...................................................................................................................................................

Cuti empat hari sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agung dan Awal Muharam. Tak banyak aktiviti yang dilakukan. Sabtu duduk rumah, Ahad dan Isnin balik Rembau, Selasa di rumah semula.

Cumanya hari ahad on the way balik rumah mak, singgah Wet World Pedas sebab dah janji dengan si kakak nak bawa pergi berenang.

Hasilnya.. semua kulit kami terbakar plus dahi aku berdarah berlanggar dengan gelongsor :P

Program untuk hari selasa cuma nak santai-santai di rumah sambil membersihkan halaman rumah yang dah penuh dengan barang-barang sampah kontraktor yang tengah buat pagar rumah kami.

dan petang niatnya nak singgah rumah mak dan terus bersiar-siar di Tanjung Harapan

Tengah siap-siapkan anak, husband dapat call dari aroy. minta bawa abah pergi hospital sebab sakit perut.

so bergegaslah husband. cancel lah semua perancangan kami petang itu. Tak kisahlah sebab perancangan itu pun last minit.

Nak di jadikan cerita, rupanya abah dah sakit dari pagi. Menunggu anak bongsunya bawa ke hospital. Tunggu punya tunggu kerja anaknya masih belum selesai. Itu yang dia call husband minta hantarkan.

Actually sebenarnya boleh je call husband aku pagi tu sebab kami memang ada je di rumah. Kata adiknya tak tahu yang kami dah balik dari Rembau. Aikk.. rasanya petang isnin tu abah datang rumah dan tahu kami dah balik. Jadinya bukan salah husband aku lah kan. 

Tapi aku pula yang terlebih terasa. Sebabnya aku taknak lah keluarga belah sana membayangkan macam aku meng 'control' suami. 10 tahun berkahwin tak pernah sekali pun aku sekat suami untuk berbakti pada ibu bapa dia.

tapi entahlah. cara cakap adik dia macam kami tak ambil endah hal keluarga sana. Sedangkan setiap petang selepas balik kerja aku sekeluarga akan singgah dulu rumah keluarga husband.

Selalu aku tanya husband dia ada hulur pada ibubapa dia ke tidak.

itu lah.. kadang-kadang macam aku yang lebih-lebih sebab tak nak benda-benda macam ni terjadilah tapi still jadi juga.

Aku seorang anak dan aku mempunyai anak. Aku nak berikan yang terbaik buat ibubapa dan aku juga mahukan yang terbaik daripada anak. Jadi aku tahu yang aku tak boleh mementingkan diri sendiri. Husband aku juga seorang anak dan pastinya dia juga nak berbakti pada orang tuanya.

bila macam ini aku macam agak terluka. Serius.. Aku tak pernah terdetik pun nak control husband. Terpulanglah lah pada husband aku ... Berapa banyak yang dia hulur dan apa yang dilakukan. aku tak pernah tanya sebab itu hak dan tanggungjawab dia sebagai seorang anak. Selagi tanggungjawab dia pada aku dan anak-anak tidak terabai.

But please lah ipar duai.. kalau boleh janganlah hanya menunding jari kepada orang lain. Bukan kau sorang yang kerja.. Bukan kau sorang yang cari rezeki bersengakang mata. Kadang-kadang ada bahagian susah orang yang kau tidak nampak. Macam mana struggle nya kami mengikat perut untuk memenuhi semua keperluan kehidupan. Jadi kalau sama-sama menjaga dan memelihara kedua orang tua kan bagus. Berganding bahu tidak salahkan.

Apa yang awak akan bgtau saya andai kita berjumpa nanti miko

  Aida...  Andai suatu hari nanti kita benar-benar berjumpa, mungkin saya tak akan terus bercerita. Saya nak duduk di sebelah Aida dulu. Bel...