Kenapa Umat Islam dilarang mengucapkan Selamat Hari Krismas?
Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kepada aku?
Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah? dlm bahasa melayu pun tak mengapa?
Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...
Christian : Sekarang, saya mengerti.
Jadi haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dlm Hadith Nabi:
"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. (H.R Abu Daud)
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
“Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah:120)
Khamis, 2 Januari 2014
Isnin, 9 Disember 2013
Taska Mamamia : Berdaftar dengan JKM Putrajaya
Assalammualaikum.
N3 khas lagi buat Taska kesayangan ikhlas dan ilyas nie.
Alhamdullilah Taska Mamamia telah berdaftar dengan Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM). Tahniah Teacher Mama Yana dan semua teacher di Taska Mamamia..
Bertambah lega hati ibu mendapat perkhabaran ini. Semoga semuanya berjalan dangan cemerlang.. Ciyok... ciyok!!

Rabu, 6 November 2013
Taska Mamamia :Taska baru Ikhlas & Ilyas
Assalammualaikum...
Nak buat N3 khas buat taska baru Ikhlas dan Ilyas lah....
Alhamdullilah dah masuk dua bulan anak-anak ibu berada di taska baru. Jom kita sama-sama review Taska Mamamia di Presint 16, Putrajaya.
Lepas habis pantang, hampir 3 bulan ibu cari taska untuk anak-anak ibu ini. Cuba sepenuh hati dan tekad mencari yang terbaik... yang dapat memenuhi permintaan ibu dan anak-anak. Alhamdullillah, Allah gerakkan hati untuk menghubungi Puan Yana, owner taska nie.
Setakat N3 ini dititipkan.. ibu sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Walaupun sedikit agak jauh dari taska lama, tapi demi masa depan anak-anak ibu redah juga.
Aktiviti yang dibuat di Taska ini mengikut perkembangan kanak-kanak. Sejak Ikhlas dihantar ke sini, jelas perbezaannya. Ikhlas semakin ceria dan petah bercakap. Tidak kering dengan cerita-cerita setiap kali jemput dia dari Taska. Dah pandai baca doa makan walaupun sedikit berterabur.
Paling latest Ikhlas belajar sembahyang.. Alhamdullilah..
Sayu sebenarnya hati ini nak menyerahkan anak-anak ke tangan orang lain setiap pagi di mana ibu seharusnya menjaga dan membelai anak-anak ibu setiap masa. Lagi-lagi bila dengar kes penderaan di taska.
Namun apakah daya, ada hutang yang perlu dijelaskan.. Insya Allah.. ibu dan ayah sedang berusaha untuk melunaskan segala-galanya. Jika waktunya telah tiba ibu akan dengan rela hati menjaga anak-anak ibu sepenuh masa. doakan Ibu ye sayang.
Doa ibu semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatan anak-anak ibu. Ikhlas dan Ilyas membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..
Nak buat N3 khas buat taska baru Ikhlas dan Ilyas lah....
Alhamdullilah dah masuk dua bulan anak-anak ibu berada di taska baru. Jom kita sama-sama review Taska Mamamia di Presint 16, Putrajaya.
![]() |
| Taska Mamamia, Presint 16 |
Setakat N3 ini dititipkan.. ibu sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Walaupun sedikit agak jauh dari taska lama, tapi demi masa depan anak-anak ibu redah juga.
Aktiviti yang dibuat di Taska ini mengikut perkembangan kanak-kanak. Sejak Ikhlas dihantar ke sini, jelas perbezaannya. Ikhlas semakin ceria dan petah bercakap. Tidak kering dengan cerita-cerita setiap kali jemput dia dari Taska. Dah pandai baca doa makan walaupun sedikit berterabur.
Paling latest Ikhlas belajar sembahyang.. Alhamdullilah..
Sayu sebenarnya hati ini nak menyerahkan anak-anak ke tangan orang lain setiap pagi di mana ibu seharusnya menjaga dan membelai anak-anak ibu setiap masa. Lagi-lagi bila dengar kes penderaan di taska.
Namun apakah daya, ada hutang yang perlu dijelaskan.. Insya Allah.. ibu dan ayah sedang berusaha untuk melunaskan segala-galanya. Jika waktunya telah tiba ibu akan dengan rela hati menjaga anak-anak ibu sepenuh masa. doakan Ibu ye sayang.
Doa ibu semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatan anak-anak ibu. Ikhlas dan Ilyas membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..
Khamis, 31 Oktober 2013
Bekam Rumah Ke Rumah Klang Putrajaya
Assalammualaikum.
Alhamdullilah.. setelah hampir 2 tahun mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W.. akhirnya berani nak kongsi bersama-sama rakan di sana.
So sesiapa yang berminat dan ingin turut serta menghidupkan sunnah Rasullullah S.A.W bolehlah jenguk-jenguk Facebook nie... jangan lupa 'like' tau.
Insya Allah...

Jumaat, 26 Julai 2013
Aktiviti baru sempena hari raya
Assalammualaikum...
diam tak diam.. pejam celik pejam celik dah 17 ramadhan.. Macam mana puasa? Ok tak?
Alhamdullilah masih kekal berpuasa sehingga hari ini. Aktiviti mem'pump' susu masih giat dijalankan walaupun sedikit kepenatan dan pening. Syukur alhamdullilah susu tak berkurangan walaupun puasa.
Sebulan opah duduk putrajaya, akhirnya tercapai juga hasrat nak belajar jahit baju. So sempena hari raya yang bakal tiba nanti, aku dengan gigihnya berusaha untuk menyiapkan baju raya Nur Ikhlas dan Muhammad Ilyas. Menjahit sendiri baju anak-anak memang satu kepuasan buat diri sendiri. Indah sungguh nikmat menjadi seorang ibu.
Walaupun tak berapa pandai lagi tapi sekurang-kurangnya tahun ini dapat lah sikit-sikit menjimatkan duit perbelanjaan dan simpan untuk masa depan.

| Tahun nie tema biru.. heee heee |
Walaupun tak berapa pandai lagi tapi sekurang-kurangnya tahun ini dapat lah sikit-sikit menjimatkan duit perbelanjaan dan simpan untuk masa depan.
Isnin, 17 Jun 2013
Tabiat baru - Nur Ikhlas selepas 2 tahun
Assalammualaikum..
3 bulan cuti bersalin memang nikmat sungguh. Mengulit anak dari pagi sampai malam. Baik si kakak atau si adik..
So ari nie nak cerita perihal si kakak Nur Ikhlas nie..Budak comel yang tak reti dok diam. 24 jam mulutnya dok membebel sampai ibunya tak faham apa yang dia cakap..
Apa perkembangan dia sekarang???
1) Sekarang dah pandai menyanyi lagu ibu ratu hati ku.. lagu buai laju-laju.. lagu Al fatihah - ummi.
2) ABC belum pandai lagi tapi dah kenal huruf A dan B. tang C tu susah sikit sebab bila tanya huruf apa dia jawap ulat.. adeh..
3) 123 dah lancar cuma belum kenal je.
4) dah pandai naik basikal.. tapi tang kayuh tu sekerat-sekerat je
![]() |
| Tengok muka suci murni kan... kan.. |
Al-kisah.... bila cuti bersalin nie baru perasan tabiat dia yang satu nie.
mula-mula pelik gak asal setiap kali pakai gaun mesti tersingkap sampai atas. rupanya ini keje dia.
Dulu-dulu perasan yang kalau pakaikan dia seluar sampai aras perut, dia akan suruh turunkan sedikit. tak pun dia yang tarik ke bawah. Ingatkan seluar tu ketat sebab perut dia buncit.. haaa haaa
Lama-lama perhati baru si ibu ini tau tabiat dia yang satu nie...kalau dok menyusu mesti tangan dia dok menggentel hujung pampers yang dia pakai. Memang secara automatik bila dia pegang botol susu, tangan dia akan turut memegang hujung pampers. Pastu gentel lah sampai tertido.
Bukan masa tido je tau.. masa tengok tv ke.. masa berjalan ker.. memang tangan dia kat situ. tak kira air susu atau air sirap. sama je.
Bulan lepas bawa Nur Ikhlas pergi Setia Alam City Mall. Pakaikan dia baju gaun.. sambil jalan boleh dia singkap gaun tu cari hujung pampers. Adeh... lepas nie memang keluar pakai seluar je lah ye Nur Ikhlas.. tak pasal-pasal ko menyeksi depan orang.. heee heee.
Rabu, 5 Jun 2013
Selesai sudah 1 hutang Riba' - Episod Akhir
Assalammualaikum.
Haa haa macam drama je kan..
Alhamdullilah aku dah terima balik duit terlebih potong dari PTPTN. Sebulan selepas potongan tu clear dari slip gaji terus je PTPTN buat pemulangan..
Cepat kan?
Risau jugak sebab dari pengalaman kawan-kawan yang dapat pemulangan tu semuanya kata lambat. Ada yang sampai marah-marah. tapi yang aku punya senang dan lancar.
So aku dan PTPTN dah tidak terikat apa-apa lah. Senang sikit hati. Just tunggu surat penyelesaian hutang je.
so dari sekarang kena lah kumpul duit untuk pelajaran anak-anak pulak. kalau boleh taknak mereka buat pinjaman pelajaran. In Sya Allah pasti ada jalan penyelesaian.

Langgan:
Catatan (Atom)
Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...
-
"Try to be a rainbow in someone else's cloud," - Maya Angelou - .................................................................
-
Adult money is wild. One minute you're complaining about the price of petrol, the next you're booking a hotel for a holiday. .........
-
"There is no escaping the turtle!" ................................................................................. Yeeeeee yeee...