Sabtu, 23 Disember 2023

Hussin Fauzi Farm Taman Botani Negara Shah Alam

 “Happiness is being the creator of your experience, choosing to take pleasure in what you have, right now, regardless of the circumstances, while being the best you that you can be.”

- Alex Shalman -

..............................................................................................................................

cuti sekolah dah start!

tahun ni rasanya cuti sekolah tak ke mana sangat.

No hotel.. no long vacations..

sebabnya macam biasalah.. hujung tahun.. penutupan akaun. bulan yang tersangat sibuk buat tukang kira duit 😅

tapi takde lah sampai tak bawa budak-budak ni berjalanan.

last week 17.12.2023, kami menapak ke Taman Botani Shah Alam.

Nak cukupkan 10 ribu langkah! yeyeye

plus nak pergi taman haiwan dia. Dengarnya dah buat yang baru.

Sayangnya rumah 4 usim masih dalam penyelenggaraan. Dah 4 tahun dia tak buka. ok lah tu 4 musim = 4 tahun. Semoga tahun depan dah beroperasilah hendaknya.

Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam ni RM3.00 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bawah 11 tahun. Baby... free

So kat dalam nie ramai yang datang untuk jogging dan berbasikal. Kat sana pun ada je yang buat sewa basikal. Mencabar lah track dia sebab berbukit kan.

Nak masuk Hussin Fauzi Farm ni bayaran dia RM10 seorang. Bestnya kat sini haiwan-haiwan dia boleh di pegang.. nak bagi makan pun boleh. tapi ada juga yang dalam sangkar. Tak sesuai untuk didekati.

Seronok lah budak 3 ketul ni. Bermain dengan kambing and the geng.

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81


gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81




gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

Selain ladang haiwan ni, ada juga aktiviti lain kat Taman Botani ni tapi untuk hari tu kami fokus nak tengok binatang je. Lain kali kita pergi untuk yang lain pula ok.




Khamis, 21 Disember 2023

Big Bos naik pangkat anak buah yang kenyang

 "Dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah akan melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi segala sesuatu." 

(QS. At-Talaq: 3)

..................................................................................................................................

Tahniah tuan atas kenaikan pangkat!!

dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. jadi ini lah hasilnya..

gedget81

kambing golek sebagai penutup tahun 2023 😍😍😍

puas makan semalam. nak pula ramai yang tak turun kantin lagi. First time rasa ketamakan tu. tapi alhamdullilah semua dapat merasa. Aku pun makan sikit je.. kongsi ramai-ramai.

semalam kami ada Perbarisan tahun 2023. Time ni lah nak nampak bergaya dan smart diaorang ni.

Alang-alang tu... big bos bagi makan sempena kenaikan pangkat dia.

Kenyang habis lah kami. Petang mata kuyu je.. Melantak makan kambing.. nasi hujan panas.. ayam masak merah.. dengan pudingnya.. buah lagi.. kuih lagi..

oh lupa.. squard big bos buat surprise sambut birthday dia and of course ada kek. Makan lagi..

haaaa dah macam ular sawa kekenyangan makan semalam!

Anyway.. happy birthday big bos! tahniah atas kenaikan pangkat dan thank you belanja makan tengahari plus kambing golek seekor.

Rabu, 20 Disember 2023

Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah 2023

Orang yang paling aku sukai adalah orang yang mau menunjukkan kesalahanku.

- Umar Bin Khattab -

..............................................................................................................................

31.10.2023... Throwback story again 😂


gedget81

Budak ni jadi 'Duta Sahsiah' tak bagi tahu ibu dia pun 😅

Aku tahu pun dari FB Sekolah dia. Sabar je lah nak.

Ibu search lah apa ke benda Duta Sahsiah tu..

oooo.. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lancarkan program Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti pelajar di negara kita ni.

So setiap sekolah akan melantik duta sahsiah terdiri dalam kalangan pelajar sendiri.

Tugas mereka adalah menjadi suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya serta berkeperibadian mulia sebab mereka kan rakan sebaya. Orang sekarang cakap 'talk men to men'.

Paham.. paham.. ye lah remaja kan.. lebih suka berkongsi dengan kawan-kawan dari ibu bapa atau guru-guru.

Selain itu, diaorang juga akan membantu memberi kefahaman kepada rakan-rakan berkaitan kesan salah laku buli dan salah laku seksual.

ok lah tu, dah boleh jadi macam ibu ar.. kaunselor tak bertauliah kat opis.

Congratulations honey dew!

Menuntut ilmu adalah takwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

- Abu Hamid Al Ghazali -

......................................................................................................................................

Throw back 14.12.2023 

gedget81

gedget81

gedget81


Double happiness for us.. 

Alhamdullilah, rezeki dari Allah untuk Nur Ikhlas. kami hanya menumpang.. 

Semoga Nur Ikhlas terus maju mencapai cita-cita dia untuk menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Doa kami sentiasa mengiringi kehidupan anak-anak.. 

Kami sentiasa mendoakan mereka bertiga menjadi hamba-Nya yang soleh.. di limpahi rezeki yang luas.. dilindungi dari bala yang tidak diingini.. dijauhi dari sihir orang2 yang ingin menyakiti.. dilindungi dari fitnah dajjal. Amin..

Tiada harta yang dapat kami wariskan kepada mereka. hanya mampu memberikan peluang dan ruang untuk belajar, memberi sokongan dan membantu selagi termampu.

Ahad, 17 Disember 2023

I love journaling for memories

 “I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out.” 

- Elizabeth Barrett Browning -

...................................................................................................................................


Aku suka buat jurnal.. 

Aku suka menulis tapi aku lebih suka karya kreatif. kadang-kadang bukan semua benda dapat aku kongsi dalam FB, Insta, Tik tok hatta blog.

Walaupun umur dah lanjut macam ni tapi aku tetap nak menghasilkan sesuatu yang comel dan cantik.. kalau bukan pada mata orang tapi cukup pada pandangan mata aku.

the point is... shopping tadi aku beli lagi sticker comel-comel.. terbang duit lagi. haaa haaa

Sabtu, 11 November 2023

Janji Allah itu pasti

 “Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh”.

- Surah al-Baqarah ayat 61-

..................................................................................................................................................


12 tahun lalu, kami cuba memahami dan membaca macam-macam buku. Dari senipis-nipis naskah sehingga setebal-tebal buku.


Yup! setiap helaian yang dibaca macam satu puzzle yang sangat besar. Semakin dibaca semakin banyak perkara yang tidak difahami. Macam rahsia di sebalik rahsia.


Belum lagi part yang menakutkan. Sangat meresahkan hati. Terasa betapa kerdilnya kami


Now, satu demi satu petanda kecil terungkap. yang besar? masih rahsia Allah. hanya Dia yang menngetahuinya. Kalau bukan zaman kami, zaman anak cucu kami...Pray and wait.


Yang pasti, ia tetap akan terjadi. janji Allah itu pasti!


Ahad, 20 Ogos 2023

Demam Panas, antara buah lemon dan pokok bunga raya

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." 

-Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714-

........................................................................................


Musim demam ye sekarang ni?

Whatsapp group sekolah anak-anak mesti ada yang mention anak dia demam.

Ni 2 hero aku pun dah demam. Berjangkit-jangkit.

Kejap panas.. kejap suam-suam

cuti minggu ni dipenuhi dengan merawat diaorang berdua.

Haiiiiihh risau hati seorang ibu.

Bagi ubat demam macam tak jalan je. Kejap je demamnya surut. tak sampai 4 jam dah panas balik.

Tadi teringat ada lemon dalam peti ais. so kita usaha mandikan diaorang dengan air lemon. SubhanAllah tergerak hati nak beli lemon banyak sikit minggu lepas. Selalu beli seketul dua je. Ada sebab rupanya.

Mandian lemon ni memang selalu aku buat masa diaorang kecil. Perah lemon dalam besen besar yang berisi air dan suruh mereka berendam. Budak kecil kalau main air kan suka. Tak hirau dah dia tu demam ke tidak.

Ni bila dah malam, diorang dah tidur malas pula nak kejut untuk mandikan. Tak sampai hati.

Jadi aku ramas daun bunga raya dalam sebekas air. Ambil tuala kecil dan rendamkan pastu lap badan serta jelum kepala diaorang dengan air daun bunga raya tu. 


gedget81
11 helai.. kenapa 11? tak tahu lah , orang tua-tua kata ambil ganjil kalau untuk berubat


Buah lemon dan pokok bunga raya ada khasiatnya tersendiri. Kedua-duanya bagi aku boleh meredakan panas badan sama ada buat secara minuman atau mandian. 

Boleh je google berkenaan khasiat lemon dan bunga raya untuk info lebih lanjut.

Wordless Wednesday #26

  tiba-tiba datang kopinya :p