Jumaat, 31 Mei 2024

SPM cuma satu batu loncatan

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit

-peribahasa-

...............................................................................................................




Apa pendapat korang dengan keratan akhbar di atas?

Based on my life journey.. Orang tak akan tanya berapa pointer ko dulu masa kat U.. even ko dah tua bangka, orang tetap akan tanya berapa result SPM ko dulu.

Masa aku interview pun, penemuduga tengok result SPM aku dulu sebelum transkrip U.

sebab apa?

Jawapan yang mudah, berpuluh ribu pelajar yang ambil SPM akan menjawab kertas soalan yang sama.

Tak kira lah sekolah kita kat hujung ceruk kampung mana.

So dari situ dah boleh ukur keupayaan kita selama 5 tahun duduk kat sekolah tu dengan jujur dan tanpa prejudis. Senang kata penilaian secara kendiri.

Soalan yang sama.. jawapan yang sama.. penanda kertas yang berbeza dengan skor markah yang sama. tapi ketika kejadian apa yang kita jawap. 100% adalah diri sendiri.

Kalau kita tak straight A pun bukan lah bermaksud kita gagal dalam kehidupan. SPM cuma satu batu loncatan untuk kita. Macam aku cakap.. penilaian kendiri. Kita boleh ubah apa yang lemah pada diri. Kita boleh fokus apa yang terbaik untuk diri kita.

Usia belasan.. untuk membuat perancangan masa depan dan membuat pilihan bukan sesuatu yang mudah. tapi bila ada result SPM kita akan lebih lega untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang bagus untuk kita.

But.....

Bila ada manusia dengan bangganya mengambil keputusan untuk tidak menduduki SPM . Dengan bangganya menyatakan kepada umum tindakan dia. Bagi aku dia benar-benar seorang yang bodoh! 

bodoh otak dan bodoh fikiran.

Khamis, 30 Mei 2024

Menu Tengahari

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 

-Al-Baqarah: 216-

...........................................................................................................


Dah dua tiga hari lalu kat tik tok aku budak-budak orang putih tunjuk lunch menu diaorang.

Bila aku tengok.. dalam otak aku ni dok fikir

"ini ke makanan lunch?"

ok jujur.. aku tak akan kenyang dengan makanan yang diaorang pek untuk lunch.

pada aku terlalu banyak makanan junkfood

pada aku lah.

kalau ada pun sebiji dua buah. epal.. pisang.. segala mak nenek beri.. tapi yang lain-lain macam banyak 'jajan' kalau dalam ketegori aku lah.

tapi nak komen lebih-lebih tak boleh lah. sebab maybe itu memang diet orang-orang belah sana.

ada yang komen kata itu healthy food. ok lah aku terima je pendapat semua. tapi bagi aku itu tetap jajan.

tengok struktur piramid makanan pun dah tau itu junkfood.

Done jadi netizen kejap 🤣🤣🤣

so hari ni korang lunch apa?

breakfast aku pagi ni. diet ar.. badan dah berat 😅

Rabu, 29 Mei 2024

Bawa anak fruit jalan-jalan di NU Sentral

"Having a mini-me is all fun and games until she starts acting just like you."

..............................................................................

Cuti sekolah pun bermula..

seminggu sebelum cuti, ikhlas bagi tahu yang kawan dia ajak tengok movie Haikyu!!: The Dumpster Battle.

Macam biasa.. kita layankan aje

Lagipun cuti ni sarah balik. so dapatlah ikhlas lepaskan rindu buat kawan dia yang sorang ni. Lupa.. sarah sambung belajar di SM Sains Kuching. jauh kan..

Nak pergi tempat yang dekat menggunakan kereta tak boleh sebab kali ini 5 orang yang join. so kereta tak muat.

dan tempat yang paling mudah nak pergi KL Sentral lah. Nasib lah kat sana ada GSC sebab movie tu ditayangkan di GSC je.


pilih mall ni sebab mudah ke sini. Kami naik satu train je. Walaupun Komuter ni dikirakan sebagai train paling lambat tapi itu je pilihan yang ada.

tak sabar nak tunggu LRT3 siap.


benda paling payah nak buat pilihan.. nak makan kat mana??? 

haihh.. dari awal dah pesan bincang nak makan kat mana. tapi still begitu juga. berpusing-pusing nak cari tempat makan. Last-last kita makan je kat ayam geprek.

Bila jadi ketua rombongan ni kena pastikan anak-anak makan dengan kenyang.


Sementara menunggu seat dibuka.. sempat ambil gambar dengan budak-budak ni.

Ade ek yang memang die hard fan yang sanggup tengok movie pakai custom dia.

Dulu kita ni layan silormoon je lah.. itu pun just beli komik dia. Nak ber 'custom' bagai memang tak lah kan.


Sementara menunggu budak-budak ni tengok wayang kita high-tea dulu.

memang tak lah aku nak layan anime tu.

kita lepak sat. kopi... wajib!!!


Wordless Wednesday #4


M.A.N.D.U.L

Jumaat, 24 Mei 2024

it's not about beauty, it's about healthy

An apple a day keeps the doctor away

....................................................................................................


menjadi seorang yang sihat bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi di zaman yang penuh dengan macam-macam jenis makanan. Pelbagai pilihan.

Tak sama macam ketika aku membesar dahulu. Nak makan KFC pun susah. Mengeteh pun andai atuk bawa ke kedai.

Sekarang? semuanya mudah nak diperolehi. boleh mengopi lagi. pilih je mana-mana coffee cafe yang berlambak kat luar tu. 

Pilihan sentiasa tersedia. tinggal nak sediakan duitnya aje.

but...

setiap pilihan ada kesannya. sama ada yang baik atau pun yang buruk.

pendapat aku? semuanya ok janji seimbang dan ada had. Bukan main balun semua yang ada di depan mata.

Aku pun kadang-kadang seronok berada di dalam peredaran masa ini. Bila dilahirkan dalam zaman yang nothing, membesar dengan zaman something dan dewasa dalam zaman yang everything.

Banyak pengalaman yang aku dapat. sebab tu anak-anak 80an sentiasa awet muda. Sebab kami pandai memilih dan beradaptasi dengan masa dan yang penting separuh daripada usia kami tak makan benda yang macam-macam.

Ok done angkat bakul sendiri. 


back to my story..

makan buah adalah sesuatu yang menyihatkan.. bukan sebab aku nak cantik.. nak kurus.. cuma aku cuba untuk menghadkan pengambilan benda yang macam-macam..

also.. to stop my craving for coffee!

huu huuu!


makan mangga teringat kat pulut mangga.. mana nak cari yang sedap?

We know there is gravity because apples fall from trees. We can observe gravity in daily life. If we could throw an apple to the edge of the universe, we would observe it accelerating.

Isnin, 20 Mei 2024

Happy birthday Ilman

 Ya Allah! Peliharalah anak-anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah! Jadikanlah mereka sihat,  sempurna, cantik, berakal dan berilmu, bijak, beriman dan beramal soleh. Ya Allah! Baikkanlah rupa paras dan akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW

.............................................................................................................




Hari ini birthday dia!


Semoga dipermudahkan semua urusan awak di dunia dan di akhirat.


Ibu sentiasa mendoakan awak dilindungi, dirahmati dan dijaga Allah sentiasa.


Jadi lah insan yang berguna pada masyarakat dan negara.


Amin


Ibu sayang awak sampai bila-bila.


muuuuaaaaahhhh 😘😘😘😘😘

Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...