Jumaat, 28 Jun 2024

Di Blogger sejak Jun 2016

In every life we have some trouble but when you worry you make it double

Don't worry Be happy

- Bobby McFerrin - 

........................................................................


Tengah keseorangan ni.

Jumaat kan rehat agak panjang.

Nak keluar malas

cuaca dah mendung. Macam nak hujan lebat.

Buka blog kita berjalan lah kat blog member

Pastu teringat... eh nak tukar gambar lah.

pergilah kat profil

Pastu tiba-tiba baru terperasan

"Di Blogger sejak Jun 2016"

aik.. mana pergi 7 tahun sebelum?

tu je nak bagi tahu

🤣🤣🤣🤣🤣


Khamis, 27 Jun 2024

Apa terjadi bila aku stress

"Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini."

- Mat Kilau -

..........................................................................................


Thanks sahabat-sahabat yang bagi aku kata-kata semangat.

Tengah plan nak buat trip solo menaiki train. Tapi still tak tahu nak kemana. Tak pe aku try plan perlahan-lahan sambil google apa yang patut

but...

bila hati aku ni start tak tenteram.. stress mencanak-canak naik. Dok baring-baring sambil scroll TT.

Lalu pula kisah-kisah menyakit hati

Memang ini lah makannya.

Memang takde tapis dah aku bila komen kat dalam tu. Maklumlah kesabaran dah tipis 🤣🤣🤣

Dalam  2 hari gak lah aku dok komen je kat post orang..

Baru tadi aku perasan rupanya ada komen aku tu telah di removed oleh TT

Gelak besar aku.

Ala.. TT ni tak geng ar dengan kita.


Ini aku komen pasal baju rasmi Malaysia untuk Sukan Olimpik. Mau tak hangin aku.

Dia kata kalau baju cantik pun tak dapat emas tak guna juga.

Panas je telinga aku dengar

Ok aku boleh lah terima memang design dia buruk gile. Tengok kualiti kain pun hmmm malas nak komen dah.

Tapi bab bendera tu..

Weiii tu maruah kot. Kalau ko boleh buat main-main dengan Bendera Malaysia tak mustahil ko boleh gadai negara ni.



Ini aku komen pasal luahan hati budak ni. Sakit hati kat adik ipar sebab adik dia bagi macam-macam, bawa berjalan bagai. Dia boleh sihir ek adik ipar dia.

Sekarang adik ipar dia dah membusung.. dah bau busuk sampaikan laki dia nak ceraikan adik ipar dia.

Pastu dia luahkan dalam ni tanya macam mana nak buat sebab dia tak boleh nak hilangkan sihir tu.

Dia jadi cuak bila mak dia nak bawa adik ipar dia gie berubat kampung.

Takut kantoi.

Korang agak?

Memang aku maki je lah.

Dan-dan tu aku taip tak ingat dunia.

Last-last komen aku kena buang

haaaa haaaa haaaa

Isnin, 24 Jun 2024

Sunyi seminggu

Sebenarnya hampir seminggu hati aku tak ceria.

Macam ada kekurangan sesuatu

Ada benda yang tak terlepas dari hati ini.

Semacam satu kesunyian

tapi tak tahu apa...

Aku perasan aku jadi pendiam seminggu ni

Aku tak nak berborak

Aku tak nak buat apa pun.

Aku just nak duduk sorang sambil memerhati.

Tiba-tiba rasa nak menagis

Jumaat, 21 Jun 2024

Berangan nak buka kedai kopi

When you leave a beautiful place, you carry it with you wherever you go. 

- Alexandra Stoddard -

.....................................................................................

Target nak bersara bila genap 31 tahun service. So bila dikira-kira ada lagi 11 tahun. 

Uishh.. pejam celik pejam celik aku dah kerja 20 tahun lamanya.

hmm.. lama sudah bekerja nie. Patutlah otai semacam.. haaa haa haaa

Malam tadi dok berangan sendiri. Seronok kan kalau hidup di desa. Tenang aje. 

Berkebun.. jaga ayam.. jaga itik.. kambing

Petang-petang layan kopi

Pastu berangan lagi..

Buka kedai kopi kat kampung best ni.

Tapi nak buka kedai stail sunyi..

Letak rak buku 1..2..

Kedai untuk pelanggan just hangout lepak petang-petang..

or maybe tempat untuk mereka duduk santai sambil berkarya.

Maybe boleh buat homestay untuk mereka chill

tidur sehari dua untuk menikmati ketenangan sebentar.. jauh dari kebisingan kota.

the best part is

nak buat tempat yang orang boleh larikan diri dari semua masalah yang dia hadapi

tempat untuk mereka menumpang bahu

sebentar...

korang boleh bayang tak tempat tu macam mana?

Sedapnya bau kopi!

korang doakan aku ek

Selasa, 18 Jun 2024

Portugese Egg Tart - versi tak derhaka resepi

pergilah menikmati makanan di hotel paling mewah atau restoran paling ekslusif mahupun makanan yang paling eksotik sekalipun,  masakan ibu sendiri adalah makanan yang paling sedap di hati semua orang

- Nursyuhada Ab Wahab - 
.................................................................................................


Aku dari kecil memang suka sangat dengan Portugese Egg Tart ni. Pergi kedai bakery mesti beli. Tapi selalu dapat beli satu dua biji je sebab mahal. dah lah kecik je.

Then satu hari aku dok scroll hp cari resepi-resepi mudah.. ada pula yang share cara buat sendiri.

haaaaa apa lagi..


Ni percubaan kali pertama... tak berapa jadi sebab aku salah beli bahan. Rasa dah ada cuma lain sikit ar.

sepatutnya aku guna whipping cream.. aku terguna cooking cream. Sedar pun lepas aku dah tuang benda tu dalam bekas. Tak kan nak buang kan.. aku masakkan aje. Sedap cuma dia jadi rasa tak berlemak sangat.


Ini percubaan kedua. sorry ar tak dan nak snap gambar atas pinggan cantik-cantik.. dah kena ngap dengan tiga ketul tu.

Kali ni aku tak derhaka dengan resepi. serius sebijik sama. sedap. senang pula tu. 

Kalau ikutkan satu adunan tu aku boleh dapat dalam 15 ketul tapi sebab tray aku tu cuma ada satu tu aje.. 

jadinya yang lebih aku letak je ar dalam acuan panjang tu selepas aku jumpa dia bila aku geledah almari 

ini lah sejenis bila beli barang lupa nak beli yang sepatutnya jua 🤣 

takpe yang penting puas makan!

korang yang mana tiba-tiba datang mood rajin tu boleh lah try. Or maybe kalau ada yang lagi mudah dari resepi ni boleh lah share dengan aku juga. 

jom!!

Portugese Egg Tart

1 biji telur 
2 telur kuning
200 ml whipping cream
250 ml susu full cream
3 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla

- bahan atas tu korang satu kan aje then kacau tapi aku yang jenis pemalas ni.. aku blend kan aje mereka

- pastu tapis tau. jangan tak tapis.. takut still ada ketul-ketul telur yang tak hancur

- Ambil puff pastri.. korang canai bagi sedikit tipis.. aku suka gulung dulu pastu potong.. pastu baru canai.. sebab nakkan dia macam ada sedikit layer.

- dah selesai canai... masukkan dalam acuan. tekan lah sikit-sikit ikut acuan tu.

- pastu tuang lah bancuhan tadi kedalam acuan tu

- masak dalam oven suhu 200 darjah celcius selama 20 minit

taraaaaaa dah siap.

haih.. nie tiga ketul dah tanya bila nak buat lagi. Nantilah kemalasan aku dah datang balik ni. Camno

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 Ø±َبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...