Khamis, 27 Jun 2024

Apa terjadi bila aku stress

"Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini."

- Mat Kilau -

..........................................................................................


Thanks sahabat-sahabat yang bagi aku kata-kata semangat.

Tengah plan nak buat trip solo menaiki train. Tapi still tak tahu nak kemana. Tak pe aku try plan perlahan-lahan sambil google apa yang patut

but...

bila hati aku ni start tak tenteram.. stress mencanak-canak naik. Dok baring-baring sambil scroll TT.

Lalu pula kisah-kisah menyakit hati

Memang ini lah makannya.

Memang takde tapis dah aku bila komen kat dalam tu. Maklumlah kesabaran dah tipis 🤣🤣🤣

Dalam  2 hari gak lah aku dok komen je kat post orang..

Baru tadi aku perasan rupanya ada komen aku tu telah di removed oleh TT

Gelak besar aku.

Ala.. TT ni tak geng ar dengan kita.


Ini aku komen pasal baju rasmi Malaysia untuk Sukan Olimpik. Mau tak hangin aku.

Dia kata kalau baju cantik pun tak dapat emas tak guna juga.

Panas je telinga aku dengar

Ok aku boleh lah terima memang design dia buruk gile. Tengok kualiti kain pun hmmm malas nak komen dah.

Tapi bab bendera tu..

Weiii tu maruah kot. Kalau ko boleh buat main-main dengan Bendera Malaysia tak mustahil ko boleh gadai negara ni.



Ini aku komen pasal luahan hati budak ni. Sakit hati kat adik ipar sebab adik dia bagi macam-macam, bawa berjalan bagai. Dia boleh sihir ek adik ipar dia.

Sekarang adik ipar dia dah membusung.. dah bau busuk sampaikan laki dia nak ceraikan adik ipar dia.

Pastu dia luahkan dalam ni tanya macam mana nak buat sebab dia tak boleh nak hilangkan sihir tu.

Dia jadi cuak bila mak dia nak bawa adik ipar dia gie berubat kampung.

Takut kantoi.

Korang agak?

Memang aku maki je lah.

Dan-dan tu aku taip tak ingat dunia.

Last-last komen aku kena buang

haaaa haaaa haaaa

6 ulasan:

  1. Ehhhhh yg menyihir tu pun. Adik dia nak bagi barang kat isteri dia biarlah. Ko mintaklah kat laki kooooo. Aduhaiiiii manusia

    BalasPadam
  2. sabar ammi.. sabar.. biar i sorang je yg meroyan 🤣

    BalasPadam
  3. Mmg ada org mcm tu.. main sihir. Dia kata yg dia mintak tlg tu "Ustaz", padahal pawang.
    Tapi sihir ada expired date. Kalau yg kena baca pendinding dan kukuhkan benteng pertahanan, ia akan berbalik pd yg hantar. Biasa klu dah blk pd tuan, tuan tu lg teruk akibatnya. Heee nauzubillahiminzalik!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. minta jauhkan lah benda-benda semua ni dari kita kak sam

      Padam
  4. Medsis mmg paling best nak luahkan apa pa yg kita rasa huhuu.. pasal bendera Malaysia dan jersi atlet tu mmg patut pun kena maki hahahaha

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14