Jumaat, 7 Jun 2024

Sushi... not my taste

Sebenarnya Sushi Itu Makanan Fast Food Jepun 

- The Patriots -
...................................................................................


Hari isnin adalah hari pasar malam. Maksudnya setiap isnin satu rumah akan tahu yang ibu akan beli makanan di pasar malam.

Benda yang wajib aku beli adalah ayam gunting dan 2 mutarbak daging.

Kadang-kadang atau jarang sekali ada menu tambahan. Kalau ada pun maybe kuih peneram atau jarang sangat-sangat yong tau fu.

Ada satu gerai ni bila aku lalu mesti ada orang membeli. Ramai lah juga. Aku macam apa benda dia jual.

Aku dah ushar lama gerai tu tapi bila kita nie sejenis yang dalam otak dah set tempat tuju, memang takde lah nak menyinggah gerai lain.

entah macam mana, 2 minggu lalu tergerak hati nak tengok. 

Oooo dia jual sushi.. ok jom try.

Sebenarnya aku hanya pernah makan sushi ni sekali je. Ikut Sal pergi AEON Bukit Tinggi. Dia beli aku pun terikut beli. Sudahnya sampai opis rasa satu dah takleh masuk. Sal lah jadi tukang habiskan.

Ni konon-konon nak try lah balik. Mana tau kot-kot yang dia buat ni sedap.

tapi..

kalau orang dah kata lidah melayu tu.. haihh tak leh gie juga. orang putih kata not my taste.

Aku tengok Ikhlas makan sedap je. So memang bukan salah sushi tu.. ini semua salah tekak aku.

Member aku suruh aku try sushi king. katanya sedap. Aku... nantilah

gedget81


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Postcard from Milan, Paris

Travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on, deep and permanent, in the ideas of living.” - Miriam Beard - ..........