Jumaat, 14 Jun 2024

Hujan lebat, lapar dan Mee and Me

Perempuan kalau dalam kelaparan jangan lah cari pasal

- by me -

.........................................................................................

yeyeye.. hari ni bos bagi balik awal... 

but aku takde lah balik awal sangat pun. lewat gak keluar dari opis. Semua orang dah habis balik dah.

Tahun nie raya haji tak balik kampung. Tapi tak tahu lah esok kalau tiba-tiba abang korang tu suruh packing baju.

Fikir nak tempoh jem balik isnin nanti.. Macam tak sanggup

korang buat korban ke tahun ni? Alhamdullilah

ok sambung

kat luar nak balik langit dah berdentum sebenarnya. Tapi still berlengah

Pukul 1 dah tutup pintu bilik.. dengan senang hati gie kereta then drive nak balik

pertengahan jalan tiba-tiba teringat

Alamak.. suis air tak tutup. Dah lah cuti 3 hari. Air dalam tu dah hampir kering. Adeh risau terbakar nanti. Mampus aku kalau terjadi.

Dengan segera patah balik ke opis. tersangkut pula dengan budak sekolah cina balik. takpe sabar.. salah sendiri kan tak tengok betul-betul tadi.

settle.. dah jom balik.

minyak kereta tinggal satu takuk lagi. kita ikut jalan shah alam lah nak isi minyak

sekali.. amik kau

Hujan lebat... jem..

again... alamak!

Doa dalam hati jangan lah sangkut lama. Minyak takde ni. Aku tak nak tolak kereta dalam hujan. Kalau jadi macam cerita korea nak lah juga tiba-tiba ada hero handsome datang tolong. Noooo

Alhamdullilah.. sempat juga isi minyak dengan jayanya

then.. lapar pula. Nak lepak makan mana. 

Macam biasa otak ligat nak fikir tempat mana best lepak sambil blogging.. 

here i am... Mee and Me.


All mee ada kat sini.. cuma pilih je

cooking area



nie aku punya.. Tak tahu nak amik apa. Itulah masalahnya bila benda dah banyak


2 ulasan:

  1. Wah, bila hujan maggi adalah terpaling sedap untuk di makan hehe. Btw, salam kenal dari saya.

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14