Selasa, 18 Jun 2024

Portugese Egg Tart - versi tak derhaka resepi

pergilah menikmati makanan di hotel paling mewah atau restoran paling ekslusif mahupun makanan yang paling eksotik sekalipun,  masakan ibu sendiri adalah makanan yang paling sedap di hati semua orang

- Nursyuhada Ab Wahab - 
.................................................................................................


Aku dari kecil memang suka sangat dengan Portugese Egg Tart ni. Pergi kedai bakery mesti beli. Tapi selalu dapat beli satu dua biji je sebab mahal. dah lah kecik je.

Then satu hari aku dok scroll hp cari resepi-resepi mudah.. ada pula yang share cara buat sendiri.

haaaaa apa lagi..


Ni percubaan kali pertama... tak berapa jadi sebab aku salah beli bahan. Rasa dah ada cuma lain sikit ar.

sepatutnya aku guna whipping cream.. aku terguna cooking cream. Sedar pun lepas aku dah tuang benda tu dalam bekas. Tak kan nak buang kan.. aku masakkan aje. Sedap cuma dia jadi rasa tak berlemak sangat.


Ini percubaan kedua. sorry ar tak dan nak snap gambar atas pinggan cantik-cantik.. dah kena ngap dengan tiga ketul tu.

Kali ni aku tak derhaka dengan resepi. serius sebijik sama. sedap. senang pula tu. 

Kalau ikutkan satu adunan tu aku boleh dapat dalam 15 ketul tapi sebab tray aku tu cuma ada satu tu aje.. 

jadinya yang lebih aku letak je ar dalam acuan panjang tu selepas aku jumpa dia bila aku geledah almari 

ini lah sejenis bila beli barang lupa nak beli yang sepatutnya jua 🤣 

takpe yang penting puas makan!

korang yang mana tiba-tiba datang mood rajin tu boleh lah try. Or maybe kalau ada yang lagi mudah dari resepi ni boleh lah share dengan aku juga. 

jom!!

Portugese Egg Tart

1 biji telur 
2 telur kuning
200 ml whipping cream
250 ml susu full cream
3 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla

- bahan atas tu korang satu kan aje then kacau tapi aku yang jenis pemalas ni.. aku blend kan aje mereka

- pastu tapis tau. jangan tak tapis.. takut still ada ketul-ketul telur yang tak hancur

- Ambil puff pastri.. korang canai bagi sedikit tipis.. aku suka gulung dulu pastu potong.. pastu baru canai.. sebab nakkan dia macam ada sedikit layer.

- dah selesai canai... masukkan dalam acuan. tekan lah sikit-sikit ikut acuan tu.

- pastu tuang lah bancuhan tadi kedalam acuan tu

- masak dalam oven suhu 200 darjah celcius selama 20 minit

taraaaaaa dah siap.

haih.. nie tiga ketul dah tanya bila nak buat lagi. Nantilah kemalasan aku dah datang balik ni. Camno

2 ulasan:

Wordless Wednesday #14