Baju untuk Buku Jurnal Nur Ikhlas

 The only source of knowledge is experience

- Albert Einstein -

........................................................................................................................................................


Sejak Nur Ikhlas semakin beranjak ke usia remaja ni. Dia dah start buat jurnal peribadi dia. Aku akui dia seorang yang sangat kreatif. Dia suka melukis dan berimiginasi. 


Cute kan.. gambar tu dia lukis sendiri


Macam mana Nur Ikhlas boleh terjebak nak buat jurnal ni? Dia terjumpa dalam youtube.. ada orang buat jurnal cantik-cantik. Terus dia suka nak buat. Start dari situlah dia mengendeng kat aku nak kan buku.


Benda baik kan.. so aku support lah apa yang dia suka buat. Aku belikan dia Binder Book, Sticker yang comel-comel, Pen warna warni dan Sketch Art Marker Pen.


Setiap kali dia menulis di dalam jurnal tu mesti dia akan bagi aku baca. Hari tu ada sekali dia bawa ke sekolah untuk tunjuk kat BFF dia.


Buku jurnal dia ni jenis kulit Transparent macam kat bawah ni. So aku pandang macam togel je.. tak menarik. Tah dari mana datang kerajinan ni, aku dengan baik hati lah nak buatkan baju untuk buku tu.


Kan nampak togel buku tu.. Nur Ikhlas pilih corak bunga-bunga

Buka bekas isi kain dan suruh dia pilih nak corak yang mana. Aku pun start lah jahit.  Gigih layan youtube cara macam  mana yang paling senang nak buat. Dari potong kain, setereka dan jahit termasuk scroll youtube adalah ambil masa dalam 40 minit siap semua.


Inilah hasilnya... cantik tak? Next step nak beli cover dia takut kain tu jadi kotor. Ingatkan boleh guna plastik balut buku.. tapi jadi hodoh pulak.




Tulis semua kenangan dan pengalaman kamu dalam ni ye Nur..

2 ulasan:

  1. MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Rasa mcm baru semalam je Kak Sam tengok (baca kisah) Nur Ikhlas kecik.. now dah pandai tulis jurnal. Insof.

    Tulis jurnal bagus, kita akan ingat sampai tua nama kwn2 kita dan segala bagai. Sampai kwn2 Kak Sam pelik cemana Akak bleh ingat mereka walaupun dah puluhan tahun.

    BalasPadam
  2. Salam, seronok anak dah besar boleh jadi kawan,tapi betul tu ada batasnya diantara ibu dan anak. Salam Ramadan.

    BalasPadam

Percutian Hari Merdeka di Timurbay Seafront Residence, Pantai Balok Kuantan

 Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian...