Welcome 2022 - birthday present in advance for Nur Ikhlas

“Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”

(Surah Luqman ayat 17)

.....................................................................................................................................................


Entry lambat sehari..


Sini masih hujan.. kadang-kadang lebat.. kadang-kadang renyai.. tapi setiap kali hujan mesti fobia datang. Mulalah cuak.. masih trauma dengan kejadian 3 minggu lepas.. bukan aku saja.. rata-rata kawan-kawan pun sama. lebih-lebih lagi yang mengalami sendiri rumah dimasuki air.


So semalam tahun baru 2022.. korang buat apa? aku tengok status wassp masing-masing ramai yang bawa family jalan-jalan.. makan kat restoran.. seronok aku tengok. Alhamdullilah.. bila tengok kawan-kawan happy spend-time dengan family, aku pun turut happy.


1st day tahun baru, aku tak de sangat benda yang dibuat. Aku pergi beli barang dapur je pagi tu. Sebenarnya niat pagi tu nak bawa si comot pergi klinik. Luka dipipi dia tak sembuh-sembuh sebab dia suka menggaru. alang-alang tu nak cucuk vaksin lah. Sekali tu tengok klinik tutup. baru teringat tahun baru..


So next plan, pergi beli barang dapur. Banyak barang yang dah susut terutama barang basah. Konon nak pergi ecomart je tapi terlajak sampai Lotus (tesco). Bawa pulak si kakak sekali. yang lagi dua orang kena tinggal.


Bulan Januari adalah bulan kelahiran kakak ikhlas. Aku ada belikan hadiah birthday in advance untuk dia. Nur Ikhlas memang suka melukis dan mewarna. Sekarang ni pula dia suka buat jurnal. So untuk support apa yang dia suka, aku beli lah benda ni.. Unicorn 24 Colours Sketch Art Marker Pen Set Dual Tip. Aku memang suka melayan minat dia. Asalkan benda yang dibuat adalah benda yang baik dan bermanafaat.


aku pun berkenan dengan benda ni

Dia tengah buat entry 2022

Nur Ikhlas pandai melukis kalau nak dibandingkan dengan ibunya.. Aku ni reti lukis orang lidi je. huu huu..


Benda ni kalau ikut aku mahal lah juga. tapi ok lah tu sebab dia pun dah banyak tolong aku. lebih-lebih lagi start mula PKP 2020 sampai sekarang. Bila aku dengan husband pergi kerja, dia lah yang tolong tegokkan adik-adik.. ajar mereka.. layan adik-adik.. macam kak ros dah aku tengok dia. Dari umur 9 tahun dah terpaksa tanggung beban yang berat. 


Aku harap benda yang aku beli ni dia suka dan dia akan gunakan sebaik mungkin. Aku juga berharap yang aku akan tetap terus menyokong dan menjadi tulang belakang dia sehingga dia berjaya. Cuba memberi idea utuk dia menjalani sendiri hidup dia. membimbing dia menyusuri kerenah dunia. Aku doakan dia menjadi insan yang terbaik dan hambaNya yang bertaqwa. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Itu anak aku, kau jangan marah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), da...