Isnin, 17 Januari 2022

Kais Pagi Makan Pagi.. Kais Petang Makan Petang

 Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.

- Pusat Rujukan Persuratan Melayu

.................................................................................................................................................................



Scroll Fb tadi keluar memori ni..


Aduh teringat kes 4 tahun dulu.. Malam tu aku tak makan. Pagi esoknya aku keluar awal dengan niat dihati nak singgah beli Nasi Lemak kat flat sri perantau ni. Perut dah perit sebab dah lapar sangat.


Park kereta kat tepi sekali tengok duit takde dalam bag. Memang jem jadinya kepala ni. Tak boleh nak fikir apa dah. Lama juga dalam kereta tu. Termenung kejap mengenangkan sedihnya hidup time tu. Haa haa


Tarik nafas.. perlahan-lahan tangan mula menyelongkar dashboard.. poket tempat duduk belakang. Dalam hati semoga ada rezeki pagi ini. Memang sayu lah bila mengenangkan keadaan masa itu.


Kumpul-kumpul duitnya.. bersyiling bagai.. Alhamdullilah dapatlah collect RM2.50. Lepas lah nak makan nasi lemak telur mata.


Sekarang ni still buat perangai tak bawa duit. Aku tak gemar nak kehulu ke hilir dengan duit yang banyak. Lebih suka transfer atau swap je kad.


Tapi tu lah... Andai kedai nasi lemak tu boleh swap je. kan indah...

1 ulasan:

  1. Suspen tajuk.. hihi. Tapi semua tu jadikan kita lebih resilient sebenarnya dari tak de pengalaman sedih langsung.

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14