Isnin, 3 Januari 2022

Vertigo - Otak rasa berpusing

 "Dan jiwamu, jika tidak kau sibukkan di dalam kebenaran maka ia akan menyibukkanmu dalam kebathilan." 

- Imam Syafi'i -

..............................................................................................................................................


Aduhhh.. dah beberapa kali aku rasa otak ni berpusing-pusing. Buka mata tengok sekeliling berpusing.. lelap mata terasa diri berpusing. Mula lah loya rasa macam nak muntah. Kena lelap mata.. tahan sampai tertido


Macam baru-baru ni kena.. Masa bangun pagi tu memang dah rasa something. Mata berpinar-pinar tapi tetap gagah bersiap kerana fikirkan banyak kerja kat opis tu. Lagi-lagi dah hujung tahun nak mengadap penutupan akaun.


Jam dah tunjuk pukul 8 pagi, tinggal nak sarung tudung je tapi mata semakin terasa berputar. Betul-betul dah tak larat nak jalan. Last-last terpaksa wassp bos minta el. Risau juga bila nak bawa kereta nanti.. ada yang terjun ke longkang. Salin baju.. telan ubat.. baring.. tidur..


Masa baring tu terasa semua berpusing. Satu bilik tu berpusing.. kejap kecik kejap besar. serius sakit sangat. Bawa lah tidur. Masa lelap-lelap jaga tu dengar juga suara opah pesan kat anak-anak jangan kacau ibu. huu huu.. Nasib ada opah tolong jagakan anak-anak.


Celik mata jam dah nak dekat pukul 1.30 petang. lama juga tidurnya. Lega lah juga. terasa penat sangat. Badannya jadi lemah dan lembik. Bangun.. cuba makan dan minum. Slow je sebab takut muntah. Alhamdullah petang tu dah ok macam biasa.


Aku search juga sebab kenapa aku asyik dapat Vertigo ni. So ni aku copy paste dari laman Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam tu adalah cara-cara untuk buat fisioterapi bagi yang ada vertigo ni. So aku akan cuba mengikuti terapi yang dia ajar tu. Insya Allah semoga aku boleh baik dan sihat. Amin


Apakah Vertigo?


Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.


Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.


Apakah punca-punca vertigo?


Ia boleh berpunca daripada punca periferal atau central atau gabungan kedua-duanya sekali.


Punca Periperal:

Vertigo disebabkan oleh gangguan telinga dalam atau sistem vestibular.

Sistem vestibular terdiri daripada semicircular canals, vestibule (Utricle dan saccule) dan saraf vestiburlar.

Punca utama gangguan vestibular periferal adalah disebabkan oleh kondisi Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), yang melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Sebab-sebab lain termasuk penyakit Meniere, Labryrinthitis, neuronitis.


Punca central:

Vertigo disebabkan kecederaan pada brainstem atau cerebellum. Punca utama gangguan Vestibular central adalah transience ischaemic attack, vestibular schwannoma / cerebellar tumours, cervical spine disorder, migraine headaches, multiple sclerosis ,disfungsi otak dan sakit kepala migraine


Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?


Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki.

Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)

1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)

Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)


Apakah tanda dan gejala Vertigo?


Rasa berpusing

Pening

Loya

muntah

Ketidakseimbangan

Penglihatan kabur

Sukar berjalan


Dia suruh jangan pejam mata dan fokus pada satu objek.. tu memang payah nak buat tu...

1 ulasan:

  1. Syafakillah Deq Sue.
    Kak Sam baca pun dah bleh menjiwai mcm mana keadaannya vertigo tu. Dah mcm masa Akak pregnant terpusing2 1 donia non stop 24 jam, tido pun tak ilang.

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14