Khamis, 13 Januari 2022

Jauhi Mulut Puaka

 Persahabatan ibarat sebuah gelas yang rapuh. Kau bisa memperbaikinya saat pecah, tapi bekas retakannya akan selalu ada." 

-Waqar Ahmed-

.................................................................................................................


Buatlah pilihan yang bijak dalam berkawan. Bahaya kalau ada kawan toksik dipersekitaran kita. Kenapa aku cakap macam ni... 


Ceritanya begini... last two week hari tu aku dan member lain dapat tahu yang kawan kami ni mengandung.. kandungan yang ke-7. so aku happy lah even aku tahu dari mulut orang lain.


Then hari yang sama aku tahu dia mengandung, petang tu aku ada meeting dengan bos. Aku meeting dengan team lain tapi still satu department yang sama. Lepas dah nak habis meeting ni adalah budak ini dok tanya-tanya kami siapa yang tak tahu lagi kawan aku tu mengandung. Memang time ni bos tak tahu sebabnya kawan aku macam nak rahsia lah. Dia malu anak dia nak masuk yang  ke-7.


So masa budak ni tanya-tanya tu bos aku macam cakap kenapa... kenapa.. so terbuka lah cerita yang staff dia mengandung. Aku kat tepi diam je dengar diaorang ni bercerita.


Dalam dok mereka bercerita tu adalah terselit beberapa cerita yang tak best bila kita mendengarnya. Salah satu ceritanya.. kawan aku cuba makan nenas untuk gugurkan kandungan.. kawan aku cuba menjatuhkan diri di bilik air dan ada lagi lah cerita-cerita yang tak best.


Aku macam.... Serius??? Aku yang baru tahu cerita ni terperanjat beruk lah. Aku pun cakap jangan lah buat macam tu.. kesian kat baby. 


Then aku pulak kan jenis suka bebel dan jenis tak puas hati kalau dengar dari satu pihak je. Aku gie lah tanya kat kawan aku ni.. mulut takde insuran kan.. haa habis lah dia kena soal siasat plus bebelan manja dari aku.


Bila aku tanya macam tu.. dia pun terkejut beruk. so kawan aku ni explain lah.. Dia ada cerita kat budak tu yang dia ada tergelincir sikit dalam bilik air tapi ketika kejadian dia belum tahu dia mengandung. Kawan aku sempat berpaut so takde lah terduduk kuat ke apa. Sama juga dengan kes makan nenas. Dia makan pun sebelum dia tahu dia mengandung. Lepas dia tahu tu dia stop lah makan-makan benda yang tajam. Kawan aku tak sangka pulak lain jadinya bila dah sampai ke orang lain.


Aku pun.. ooooooo gitu kisahnya.. Bercucuran air mata kawan aku tu. Menagis sungguh bila dia tahu. Aku pula rasa serba salah sebab tanya hal tu ke dia. Niat aku nak bebel ke dia jangan buat yang bukan-bukan. Tak pasal-pasal member satu unit dengan dia bebel ke aku pulak. Bos dia siap wassap aku bagi tahu kawan aku dok nagis. depa tak tau nak pujuk macam mana.


Sian kawan aku tu.. Dia rasa macam malu sangat sebab dia risau kalau orang lain yang dengar cerita tu, apa tanggapan orang pada dia. Nanti orang bercakap dia cuba gugurkan kandungan. Dia tak sayang anak. Suami dia jahat.. Macam-macam lah dalam fikiran dia tu.


Sebenarnya budak tu dah banyak kali buat perangai gitu. Satu department kami tahu perangai dia suka menambah cerita. Kalau hal aku ni apa lah yang dia tak mengatanya. tapi aku buat bodoh je. Sebab tu bila ada cerita dari mulut dia aku susah nak percaya. Aku akan tanya terus ke orangnya.


Petang tu lepas kawan aku dah okey, aku jumpa lah bos aku untuk betulkan kenyataan budak tu. Ye lah risau gak kalau bos bagi tanggapan yang negatif ke dia. Memang betul pun. Lepas aku bagitahu, bos pun cakap yang masa budak tu cerita.. bos aku dah fikir macam-macam ke kawan aku ni.


Bagi aku, budak tu buat macam tu sungguh aku rasa macam jahat sangat lah. Benda serius kot hal-hal mengandung dan gugurkan anak. Kalau bab dia mengata aku dan kawan-kawan still boleh pejam mata lagi. Ni bab nyawa bayi.


Semoga kawan aku tabah menghadapi dugaan ini. so jauhi lah dari orang yang bersifat macam tu. Janganlah bercerita sangat hal-hal kita kat orang yang mulut puaka ni. haru jadinya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Wordless Wednesday #14