Rabu, 28 Disember 2022

Mother Son Date

 You don’t raise heroes, you raise sons. And if you treat them like sons, they’ll turn out to be heroes, even if it’s just in your own eyes.

-Walter M. Schirra, Sr.-

....................................................................................................................................................................


wahhh.. bukan main seronok budak berdua ni bila kakaknya tiada.


Nak dijadikan cerita sabtu 17/12/2022 kakak ikhlas pergi jamuan birthday kawan dia. Seminggu sebelum tu lagi nur ikhlas bagi tahu yang kawan dia jemput datang rumah. So aku dengan penuh excited pun belikan lah hadiah birthday untuk kawan dia. jadi meriah sakan lah dia makan makan dengan jayanya.


aku ni pula kesian dengan 2 budak nie. selalu kena tinggal dengan kitaorang.


Ilyas dengan Ilman pula sebenarnya dah banyak kali bagi tahu aku yang baju dan seluar mereka dah 'habis'. banyak yang dah kecil dan seluar banyak yang koyak dibahagian lutut. Aku pula jenis yang time nak beli tu takde masa. nak beli online macam rasa tak selamat. akut kecil.. takut besar.. takut tak sesuai,


jadi aku pun grab peluang nie nak bawa mereka cari baju dan seluar kat kedai MU simpang empat ni. Petang tu lepas hantar kakak ikhlas kat rumah kawan dia. so time mother son date pula.


Nak cari baju untuk budak lelaki dua ketul ni payah ok. lagi payah dari cari baju Nur Ikhlas. oiii demand tinggi. tak nak macam ni.. nak yang sejuk. seluar tak nak macam tu. Cari baju tu pun dah hampir sejam ye. Kejap amik.. kejap letak.. nak test dulu. nak rasa kain dia. sebijik macam ayah dia. cerewet.


last dapatlah sorang 2 pasang. jadilah dari takde.


next makan time. aku bawa diaorang lepak kat Bask Bear Coffee. sebelah kedai MU tu je. Order Mocha Choca frappe, cheezy crispy chicken dengan muffin coklat. disebabkan diaorang nie aku tak pernah lagi bawa ke tempat macam tu. so aku try order setiap satu tu satu je dulu. takut diaorang tak makan. Diaorang nie dengan makanan pun cerewet. Tapi Alhamdullilah.. suka benar diaorang dengan cheezy crispy chicken tu. so aku tambah lagi satu. seronok pula aku tengok diaorang makan habis semua tu. 


Habis selesai.. dah jom balik ambil kakak kat rumah kawan dia. end of our mother son date




Selasa, 27 Disember 2022

Jom Tengok Mechamato Movie

Aku.. 

Aku mahu kamu.. 

Aku mahu kita.. 

Mahu kita bersama.. 

Dan..

bila aku tiada bersamamu..

Aku rasa lemah..

Juga ku tak terdaya..

-YONNYBOII-

............................................................................................................................................................

Movie Time!!!


Kali ni first time bawa anak-anak tengok wayang waktu malam. Disebabkan hari sabtu dah nak bergerak balik ke Ipoh untuk jenguk opah sebelum pergi menunaikan umrah. so kami decide nak tengok jam 9 malam jumaat tu.


cerita apa? of coz Mechamato Movie!!


rate untuk movie nie? 9/10 sebab aku tak suka lagu beca tu.. tak sesuai dengan suasana masa kejadian cerita plus cerita ni macam sedikit kekurangan emosi semangat. Kendian macam watak Maskmana macam nak overshadow watak utama Mechamato time lawan. Power Mechamato pun macam tak terlalu ditonjolkan. Jadi aku lagi suka movie boboiboy 1 dan 2.. 


itu pada pandangan aku lah.. anak-anak aku kata best.. seronok.. iye lah.. dah memang movie ini untuk diaorang kan.. hee hee


kalau korang jenis yang tengok cerita boboiboy.. bila habis tengok movie nie korang mesti akan balik dan tengok semula episod pertama siri tersebut sebab dia ada banyak kaitan dan banyak penjelasan. then selepas tu korang akan terjebak untuk tengok mid-credits boboiboy movie 2.


Kiranya movie nie macam kata-kata aluan bagi siri animasi Mechamato lah. korang bawa lah anak-anak tengok movie nie ok.. sesuai sangat untuk mereka.


gedget81.blogspot.com
acara wajib amik gambar depan poster :p

Selasa, 29 November 2022

Nur Ikhlas hadapi Peperiksaan UPKAA 2022

 Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)

-Surah al-Ahqaf ayat 15-

.............................................................................................................................................


Sekarang hati aku berdebar-debar!!


tak senang duduk memikirkan Nur Ikhlas tengah berjuang menghadapi peperiksaan UPKK 2022 bermula hari ini sehingga isnin depan (29/22 - 5/12)


Hari ini sajalah ambil cuti. Nak bagi semangat pada Nur Ikhlas. nie dari pagi sampai petang dia tak balik sekolah lagi. Aku dah gelisah sangat dah nie.


Setiap pagi sepanjang peperiksaan ini berjalan, sekolah dia akan adakan sesi gerak gempur dan solat hajat. Sedih je malam tadi dia bagitahu yang dia tak boleh buat solat hajat sebab tengah period.


Tapi aku dah jelaskan pada dia tak semestinya kena solat hajat. Berdoa juga sudah mencukupi. Doa banyak-banyak minta pada Allah agar diterangkan hati ketika jawap soalan.


Ya Allah permudahkanlah urusan Nur Ikhlas. Terangkan lah hatinya. Jauhkanlah dia dari kecuaian dan kelalaian ketika menjawap soalan-soalan UPKK. Amin.


Ahad, 20 November 2022

My fourth vote in the Malaysian election - PRU15 19 November 2022

 Change is hard at first, messy in the middle, and gorgeous at the end

- Robin Sharma -

------------------------------------------------------------------------------------


Dari permulaan saluran 8 pada PRU-12 tahun 2008 sehingga ke saluran 4 PRU-15 2022, tak jauh sangat perbezaan permikiran politik aku.


Sejak tahun 2008, perubahan drastik pada suasana politik Malaysia bila PRU-12 rakyat mula bangkit memilih parti pembangkang untuk menerajui Kerajaan Negeri dan mengekalkan BN mentadbir negara.


Sejarah pula tercipta bila PRU-14 rakyat sepenuhnya memilih Pembangkang untuk mentadbir negara dan menamatkan pemerintahan 60 tahun BN di Malaysia dengan melantik Tun Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri ke-7 pada usia 92 tahun di bawah parti Pakatan Harapan.


Tahun ini sekali lagi PRU-15 dijalankan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk apa tergesa-gesa membuat pilihanraya? Aku tiada jawapannya.


But I have fulfilled my responsibility to make a choice.. now sehingga N3 ni ditulis, kerajaan masih belum dibentuk kerana tiada parti yang mendapat majoriti.


Selepas terjadinya kisah penggabungan selepas undian... 3 kali bertukar Perdana Menteri dalam sepenggal dan mungkin akan terjadi lagi pada PRU-15 ni.. aku jadi malas untuk mengundi lagi.

Ahad, 23 Oktober 2022

Ikhlas Ilyas masuk Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Klang 2022

 "Ia mengambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan lima minit untuk merosakkannya. Jika anda berfikir tentang itu, anda akan melakukan sesuatu yang berbeza"

-warren buffett-

................................................................................................................................................


22 Oktober 2022 Kelab Belia Kota Raja dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang telah menganjurkan Pertandingan Catur 1000 Liga peringkat Daerah Klang.

Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Klang


Ini first time Ikhlas dan Ilyas menyertai pertandingan luar sekolah. Terima kasih kepada Cikgu caturnya yang telah mengwar-warkan pertandingan ini.


Pertandingan ini open pada semua peringkat umur. Jadi ini juga salah satu peluang untuk mereka menimba pengalaman. Alhamdullilah ramai pemain yang sudi mengajar dan menunjuk mana kesilapan yang telah dilakukan oleh budak-budak ini.


Walaupun tak menang, tapi aku harap mereka tidak putus asa. Insya Allah kita akan cuba lagi bila ada pada pertandingan akan datang. caiyok! caiyok!

gedget81
good luck kakak!!

gedget81
sengih je kerja dia

gedget81
tah apa yang dia fikir ni

gedget81
korang tengok lah lawan diaorang.. semua besar-besar

gedget81
selfie dengan budak ni

gedget81
sunyi dewan kejap.. fokus!!!

Dulu "me-time" sekarang "gigirl-time"

 Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepada Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah.

-Imam Shafie-

...................................................................................................................................................


Sejak mula bekerja aku ada satu situasi dimana ada masa-masa tertentu aku memerlukan 'me-time'. Bila aku dalam keadaan yang serabut sangat-sangat atau kadang-kadang bila kau rasa macam sunyi ya ampun. Aku memang akan ambil cuti untuk ber 'me-time' and hari wajib yang aku akan cuti adalah masa birthday aku. Cuti yang wajib aku ambil setiap tahun.


Aku akan round satu mall untuk window shopping.. makan makanan yang aku teringin sangat.. pergi tengok wayang dan andai ada waktu lebih aku layan karaoke.


But now.. sejak Nur Ikhlas dah besar ni, aku macam seronok sangat sebab sekarang aku dah ada kawan untuk window shopping. xoxoxo


Hari tu aku ajak ikhlas keluar, berdua je. aku cakap.. "Kakak.. jom keluar nak" tujuan sebenarnya nak baiki beg dia yang putus. sayang nak buang so ajak dia cari tailor kat tepi kedai baju yang selalu buat untuk potong seluar jeans.

gedget81


Aku tak boleh nak jahit beg tu sebab dia tebal. Dah try jahit guna mesin kat rumah ni. hmm habis patah jarumnya. Daripada mesin aku ni rosak baiklah aku gie jumpa abag tilor tu. Ingatkan mahal upahnya.. Dua ringgit je.. 


Selesai semua tu, tekak aku tiba-tiba nak makan aiskrim. Ngade-ngade betul tekak ni. Memandangkan aku pun tak pernah rasa aiskrim yang letak madu ni so aku ajaklah Ikhlas lepak minum kat AD Honeybee Klang.


gedget81

gedget81
Ad jungle cup Vanilla Oreo Premium

gedget81
macam-macam ada dalam ni.. oreo.. madu.. aiskrim.. cornflakes

Ahad, 18 September 2022

Percutian Hari Merdeka di Timurbay Seafront Residence, Pantai Balok Kuantan

 Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

- Surah Luqman Ayat 31 -

.........................................................................................................................................................

Sebenarnya ini kali ke-dua kami bercuti di Timurbay Seafront Residence. Suka kat sini sebab suasana dia yang best. Kita boleh pilih untuk mandi kolam atau mandi laut. Kali ni memang kami all out. tak macam mula-mula datang sini. Iya lah masa tu baru lepas fasa 1 PKP. so banyak benda yang takde.

Kali pertama pergi sana tahun 2020, memang aku tak bersedia apa-apa pun. Tak tahu apa yang perlu dibawa sebenarnya. Maklumlah tak biasa bercuti jauh-jauh. tapi kali ni, sebulan sebelum aku dah start sikit-sikit persediaan. Nak bawa apa ke sana termasuk nak makan apa sepanjang percutian itu.

Kami ambil Apartment Studio + 1 bilik kecil untuk 3 hari 2 malam. Cukup untuk kami berenam. Kat situ pun banyak kelengkapan yang disediakan. Ada dapur untuk memasak menu yang ringan-ringan, ada mesin basuh, ada tv dan sofa. Aircond pun ada 2. Cuma bilik kecil tu disediakan kipas siling je.

Dari pengalaman dulu, percutian kali ini aku dah siap-siap masak makanan dari rumah dan bekukan. Bila dah nak bergerak, aku masuk kat dalam ice box. Sampai sana panaskan ikut keperluan. Rasa ok sangat buat macam ni sebab aku boleh jimat sedikit. Kalau makan kedai rasanya harga boleh tahan juga. Lagi pun nak jimatkan masa supaya masa untuk mandi manda dan bersuka ria lebih panjang.

Kat bawah apartment ni juga ada deretan kedai. Kedai barang harian, kedai kopi, spa dan kedai makanan western. Hari pertama lepas mandi di kolam, petang tu aku ajak nur ikhlas untuk jalan-jalan kejap ke sana. jalan kaki je tau. lagipun nak beli milo dan jajan opah.. Lupa nak bawa :P

Percutian kali ini Alhamdullilah kami sekeluarga sangat enjoy sangat. Maybe akan datang lagi tapi bukan dalam masa terdekat sebab lepas ni kita try tempat lain lah pula kan.

gedget81.blogspot.com
Sini ada banyak kolam utuk dewasa dan kanak-kanak

gedget81.blogspot.com
Dekat dengan Pantai

gedget81.blogspot.com
Our Room Apartment.

gedget81.blogspot.com
sampai-sampai dah sibuk nak ke kolam

gedget81.blogspot.com
kali ni dah sediakan life jaket untuk keselamatan


gedget81.blogspot.com

gedget81.blogspot.com

gedget81.blogspot.com
Pantai time

gedget81.blogspot.com
Kalau ke pantai.. memang ini kerja budak ni

gedget81.blogspot.com
kali ni kita sewa ATV pula

gedget81.blogspot.com
Makanan semua kita masak siap-siap dari rumah

gedget81.blogspot.com
selfie dengan anak dara ni.

gedget81.blogspot.com
still ada masa untuk girltime

gedget81.blogspot.com

gedget81.blogspot.com
layan kopi sebentar

gedget81.blogspot.com
Pantau dari jauh je. Kita nak santai-santai je

gedget81.blogspot.com
no komen haaa haaaa

gedget81.blogspot.com

Jumaat, 10 Jun 2022

Bila Anak Perempuan Sudah Akil Baligh

 "Kamu adalah sebuah pelangi untuk aku jaga. Aku akan selalu mengawasi dan tidak akan pernah memalingkan pandangan darimu." 

- Vesna Bailey -

...................................................................................................................................................


Subhanallah.. Nur Ikhlas yang comel kini sudah akil baligh. Dah besar anak ibu.. huu huu 

Aku sebagai ibu mula-mula terkejut bila dia bagitahu semalam petang berkenaan perkara ini. Sebenarnya aku masih belum bersedia untuk melepaskan anak-anak ke fasa seterusnya. Aku masih belum habis nak bermanja dengan anak-anak. Lepas ni mesti nur ikhlas dah berubah sedikit kan.. Nur Ikhlas telah dewasa..

Tapi tetap kena teruskan kehidupan supaya anak dapat membesar dengan sihat dan baik. Sebagai ibu, aku kena sentiasa menyokong dan membantu dia. Aku pun mula lah explain satu-satu apa yang perlu Nur Ikhlas lakukan bagi menjalani fasa baru dalam hidup dia.

Pertama sekali aku terangkan pada Nur Ikhlas apa benda darah haid ni. Even dia dah belajar awal tahun hari tu di sekolah dan ada juga beberapa perkara yang dia pernah tanya tapi aku perlu refresh balik pada dia tentang perkara ini.

Aku bagitahu juga pada dia yang berapa lama selalu tempoh haid ni akan berlaku dan haid ni akan datang pada setiap bulan. Walaupun nampak dia tidak selesa sebab baru pertama kali menggunakan tuala wanita tapi aku kena tenangkan dia dan beri sokongan. Aku minta dia tanda pada kelendar setiap kali dia period bagi menyenangkan dia untuk bersedia dan berjaga-jaga untuk bulan seterusnya.

Aku juga terangkan yang dia perlu menguruskan kebersihan diri. Beritahu cara yang betul untuk membersihakan darah haid, bila perlu tukar tuala wanita dan cara betul menguruskan tuala wanita yang telah dipakai.

Alhamdullilah, Nur Ikhlas selepas raya hari tu dah mula tidur di bilik sendiri semula. Selepas aku berjaya membelikan dia almari besar. Dia pun dah ada barang-barang peribadi sendiri walaupun ada barang yang dia rembat dari bilik aku. tapi takpelah nanti boleh beli yang lain. So semalam aku add on sebungkus tuala wanita untuk dia simpan.

Ni nak mula start sekolah balik minggu depan, aku dah sediakan dia satu beg kit kecemasan. Dalam tu aku letakkan 2 keping tuala wanita, satu seluar dalam bersih, plastik dan kertas suratkhabar untuk membungkus sewaktu nak membuangnya ke dalam tong sampah.

Lepas ni aku kena cuba fahami emosi dia pula. Mesti dia pun agak tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada diri dia. Biasalah bila wanita datang haid emosi dia kan akan terganggu. heee heee jangan risau Nur Ikhlas, ibu dah alamai benda ini hampir 28 tahun. Insya Allah ibu akan bantu Nur Ikhlas.

Jom kita usaha bersama-sama. Caiyok! caiyok!

Sabtu, 5 Mac 2022

Itu anak aku, kau jangan marah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"

- Surah Al Imraan Ayat 200 -

.........................................................................................................................................................



sila bincangkan 😇😇😇

Aku nie kira mak yang garang tapi baik. Ha haa

Kadang-kadang bila baran tu dah datang memang kena hambat budak-budak nie. Tapi itu dulu lah.. sekarang bila dah cecah 40 an nie bebel lebih je. Ada juga angkat rotan tapi acah-acah je.. bagi nampak lagi garang mak dia ni.

Nur Ikhas pun dah besar. Dah anak dara. Tak patut pulak aku layan dia macam budak kecil. Now kami lebih macam kawan but still ada batas seorang ibu dan anak.

Nur Ikhlas pula jangan main-main... dia lagi garang dari aku. sekarang aku serah aje budak berdua tu kat kakak dia. sebab mak dia dah malas nak layan perangai masing-masing. Mak dia nak tenang-tenang aje layan tik tok.. hee hee

Berbalik kepada caption kat atas tu..

yup.. aku antara orang yang tergolong dalam golongan akan sentap bila si ayah marah anak.

Laki aku ni jenis susah nak marah pada anak-anak. memang tahap kesabaran dia menggunung tinggi. tak macam aku yang cepat aje nak berapi kepala otak ni. sekelip mata cecah 100 darjah celcius.

Kadang-kadang bila anaknya buat hal, aku tengok air muka laki aku ni begitu tabah dan masih boleh tersenyum. Aku yang terpekik terlolong dok marah budak-budak ni. Sungguh tabah hati beliau.

Aku macam jadi bingit kalau dengar mereka bergaduh. Kalau nampak mainan bersepah, aku akan jadi limas. Kalau bising sangat pun aku jadi gelisah. tu yang mudah sangat tinggi suara tu.

Lagipun bila aku selalu jer dengar orang perempuan ni dok mengadu. Laki dia mengamuk sebab balik kerja rumah bersepah. Nak rehat anak bising bergaduh bertambahlah aku risau. Walaupun aku tahu laki aku tu ok jer. Banyak kali aku tanya bab ni kat dia. Jawapan dia masih sama.. biasalah ada budak dalam rumah. nanti bila dah besar aku pula bising sunyi. katanya..

Memang aku tabik spring sungguh pada kesabaran laki aku ni.

Tapi........

Pernahlah sekali tu budak-budak ni kena dengan abahnya.. uishh seram aku tengok kejadian tu. macam biasalah diaorang ada buat perangai dan semestinya aku dah marah diaorang dulu. Bergaduh rasanya. Pastu macam berpanjangan. tup-tup laki aku mengamuk tapi apa punca laki aku mengamuk, aku tak ingat dah.

Tapi kesian ke kakak lah sebab dapat penampar sulung dari abah dia. Aku pun terkejut masa tu. dia boleh jadi segarang itu. yang kecik pun kena juga. yang selamat anak aku no 2. dia memang paling pandai melarikan diri. 

Memang lain macam laki aku masa tu. dari setenang air dah macam ribut taufan.

tapi lepas tu aku pulak yang mengamuk dengan laki aku. haaa haaa.. suka hati je nak pukul anak aku. even aku tahu bukan kuat mana pun. Mak dia rotan tadi lagi kuat dari itu. 

oooiiitttt memang aku sentap gila wei. serius aku sentap. hati aku didih tengok anak aku kena. Aku mengandung 9 bulan bawa dalam perut besar-besar tu. sampai sakit pinggang.. sedap je dia nak buat macam tu.

Sejak hari tu sampai la ni.. Kalau aku marah dan still diaorang tak nak dengar. Aku ugut je diaorang. Cakap jangan sampai abah pula yang marah. haa terus jadi baik. huu huu huu

Tapi macam tak adilkan. Aku penatlah bebel.. merotan banyak kali pun masih buat perangai juga, Bila abah dia buat sekali je terus boleh dengar kata. Nak buat macam mana... anak abah.

Sabtu, 19 Februari 2022

Berkebun kerana minat

 Kebaikan itu ada di lima perkara, yaitu kekayaan hati, bersabar atas kejelekan orang lain, mengais rezeki yang halal, taqwa, dan yakin akan janji Allah SWT.

-Imam Syafi'i-

................................................................................................................................

Dari kecil aku memang minat berkebun. Pernah masa zaman kanak-kanak time cuti sekolah duduk kat kampung aku dengan sepupu dok tanam batang ubi. Tapi kelakar lah Sebab mana pandai nak buat batas ke apa. Main kerat je batang ubi tu lepas tu cucuk ke tanah. Tak pasal-pasal kena sound dengan makcik. hee hee

Masa duduk rumah sewa kat Kuala Kubu sibuk pulak tanam pokok bunga. Dapat pula penyewa lama ada tanam beberapa pokok so aku maintain kan aje.

Duduk kuarters kat putrajaya tingkat 12 mana ada tanah. Jadi kita tanam kat pasu je. Lepas tu berjinak -jinak pula dengan hidroponik. Tanamlah sawi. Bila menjadi tu excited di bukan main.

Alhamdullilah... diberi peluang untuk menambah ilmu

Comelkan ☺☺Ulat yang ada dalam baja Kompos

Seronok je tengok kambing nie makan.

Impian aku nak buat kitchen garden ni.

Then pindah klang dok rumah sewa malas nak tanam kat tanah orang so kita maintain pokok yang dalam pasu tu.

Bila dah buat rumah sendiri barulah tanam kat tanah. Pokok bunga raya yang bela dari kuarters bila pindah ke tanah terus membesar bagai johan. Termasuk limau purut.

Bila ada tanah yang sekangkang kera tu, kami start tanam pokok-pokok untuk masakan macam serai, limau kasturi, pokok kari, daun pandan. 

Husband aku ada gak tanam pokok betik. Memang meriah buahnya tapi kena potong sebab nak buat garaj kat situ. Pokok bunga kantan pun dah kena cantas juga.

Bila berkebun nie rasa macam tenang sangat. Seronok bila tuai hasilnya. Seronok bila nak masak main petik -petik je. Ambil mengikut keperluan. Iya lah sebelum ni nak guna serai sebatang je. Tapi kena beli seikat. Nak guna daun limau purut 4 helai tapi kena beli satu bungkus. Lebihnya layu dalam peti sejuk.

Aku doa supaya kami sekeluarga terus dapat berbakti kepada tanah. Insya Allah.

Jumaat, 11 Februari 2022

Makan di Mulut Cafe And Desert Tampin

 Satu dinar yang kau infakkan di jalan Allah, satu dinar yang kau infakkan pada hamba sahaya, satu dinar yang kau sedekahkan kepada seorang miskin, dan satu dinar yang kau infakkan kepada keluargamu. Yang paling besar pahalanya adalah yang kau infakkan kepada keluargamu.

-H.R. Muslim-

.........................................................................................................................................


Tiap kali balik kampung dok lah usha Mulut Cafe & Dessert yang ada kat Tampin tu. Sebelum ni pernah pergi sekali. Tapi masa tu nama dia lain. Itu pun rasanya 7-8 tahun lalu.

Balik minggu raya cina 2022 ni teragak pulak nak ajak adik gie sana. Kat rumah takde benda nak makan. Maklumlah balik sehari dan sekali sekala memang tak de lah benda nak masak yang ada pun tin sardin je. Haa haa. 

Pada sesiapa yang nak ke sana bila sampai sana kena tulis nama kat buku yang disediakan untuk booking meja. So nanti bila ada meja kosong diaorang akan call. Korang boleh lah tunggu santai-santai dalam kereta. Tapi takde lah tunggu lama even orang ramai.

Menu dia lebih kepada western food. So adik order Chicken Chop untuk dia dan anaknya. Tak sempat amik gambar sebab budak-budak nie dah berebut nak makan . Masing-masing kata kuah black paper dia sedap. 

Husband aku order nasi sambal sotong pun takde gambar sebab ikhlas dah lapar sangat. Ikhlas kata sotong dia sedap tapi husband aku kata biasa sahaja 😝

Aku order Watermelon bingsu, Spaghetti Bolognase Meatball dan Chocolate Oreo. Ha haa meriahkan menu aku. Tapi lebih banyak masuk mulut kanak- kanak ribena berlima tu.

Kali ni aku tak order burger sebab rasa macam dah banyak pula makanannya. Budak-budak nie pula dah kenyang makan Chicken Chop dan dessert.

Spaghetti Bolognase Meatball.. Serius sedap! Rasa dia lain dari yang lain


Chocolate Oreo... Budak-budak nie nampak ais krim terus tak ingat makanan yang lain dah 🤣🤣🤣

Watermelon bingsu... Nie aku punya 🥰🥰🥰

3 bujang banyak hal. Sepinggan Chicken Chop kongsi 3 orang

bersama Mak Datin

So secara keseluruhan makanan kat sini boleh tahan sedapnya. Harga dia pun ok. Kiranya harga mampu milik. Yang penting semua itu ditaja oleh opah 😘😘😘

Rabu, 2 Februari 2022

Terima kasih mak... Terima kasih ayah...

"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" 

- Surah Luqman Ayat 14 -

............................................................................................................................


Salam satu rejab!!


Selamat tahun baru cina dan selamat bercuti


Uji ajak aku balik kampung cuti raya cina ni. Walaupun minggu lepas aku dah balik tapi tunaikan juga permintaan dia. Tanya husband...dia kata ok apa lagi cabut balik kampung la.


uji tu rindu mak. Ikutkan dah 2 bulan dia tak jumpa. Jauh sangat dari johor nak ke klang nie. Lagi pun husband dia selalu on call so cuti minggu asyik kena stand by je.


Minggu nie last mak duduk dengan aku. Esok lusa dia ke rumah kak ngah pula. Lepas raya baru ke rumah uji. Lepas tu ke rumah aku balik. Begitulah bergilir-gilir. Payah gak berebut mak nie.


Aku pun kalau boleh nak biar je mak duduk sini. Tapi macam tak adil pula. Anak-anak lain pun nak maknya datang rumah. Nie mak dok 2 bulan kat rumah aku pun ada yang dah merajuk. Janji sebulan aje. Haru macam nie.

Korang... doakan mak aku sentiasa sihat ye. Tak puas lagi jaga dia . Doakan kami akan selalu berbakti pada mak hingga akhir hayat dia. Tidak putus doakan arwah ayah. Terima kasih mak... Terima kasih ayah...

Sabtu, 29 Januari 2022

First time beli IPO

Pekerjaan terberat itu ada tiga, yakni sikap dermawan di saat dalam keadaan sempit, menjauhi dosa di kala sendiri, serta berkata benar di hadapan orang yang ditakuti.

 - Imam Syafi'i -

............................................................................................................................................................


Apa itu IPO?


IPO adalah singkatan kepada "Initial Public Offering". Kalau bahasa pasarnya orang panggil "Saham Terbitan Awam"


So Initial Public Offering ni bila ada syarikat persendirian pertama kali menjual sebahagian milikan syarikatnya kepada orang awam maka syarikat ini pun akan tersenarai dalam Bursa Malaysia dan kita boleh jual beli saham mereka.


Last year, stokis aku ada offer untuk satu IPO ni. Husband aku pun tengok lah syarikat ni ok ke tak. Then kami setujulah untuk join. Kalau aku bagi tahu nama syarikat ni confirm semua orang tahu. Tapi tak banyak pun lot yang kami beli. Modal kami pun tak besar mana :P


Lepas bagi nama tu, tiba-tiba senyap je hal ni. Aku pun macam ok lah mungkin dah penuh.. Lagipun aku memang tak bayar apa-apa lagi. Mungkin juga sebab kita pun tengah struggle dengan covid bagai kan..


Tapi 2 minggu lepas, aku dimasukkan ke dalam 1 group wassp IPO. terkejut lah aku.. cuak juga sebab aku tak sediakan apa-apa dan tak tahu apa-apa.. Aku pun cepat-cepat wassp agen untuk bertanya lebih lanjut. Iya lah kena gak tahu apa yang aku perlu buat sebab ini first time aku beli IPO.


Alhamdullilah agen tu sangat memahami dan semestinya dia akan membantu sebab itu memang kerjanya.. So kami buat temujanji untuk daftar dan setup akaun.


Banyak juga benda nak kena buat tapi ada agen Eddy.. jadi mudahlah kerjanya tadi.. so lepas ni aku kena sediakan duit dia pulak lah.. hee heee..


Aku rasa bertuah sangat sebab diberi peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki IPO syarikat ni.. Korang doakan aku ye..

Isnin, 17 Januari 2022

Kais Pagi Makan Pagi.. Kais Petang Makan Petang

 Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.

- Pusat Rujukan Persuratan Melayu

.................................................................................................................................................................



Scroll Fb tadi keluar memori ni..


Aduh teringat kes 4 tahun dulu.. Malam tu aku tak makan. Pagi esoknya aku keluar awal dengan niat dihati nak singgah beli Nasi Lemak kat flat sri perantau ni. Perut dah perit sebab dah lapar sangat.


Park kereta kat tepi sekali tengok duit takde dalam bag. Memang jem jadinya kepala ni. Tak boleh nak fikir apa dah. Lama juga dalam kereta tu. Termenung kejap mengenangkan sedihnya hidup time tu. Haa haa


Tarik nafas.. perlahan-lahan tangan mula menyelongkar dashboard.. poket tempat duduk belakang. Dalam hati semoga ada rezeki pagi ini. Memang sayu lah bila mengenangkan keadaan masa itu.


Kumpul-kumpul duitnya.. bersyiling bagai.. Alhamdullilah dapatlah collect RM2.50. Lepas lah nak makan nasi lemak telur mata.


Sekarang ni still buat perangai tak bawa duit. Aku tak gemar nak kehulu ke hilir dengan duit yang banyak. Lebih suka transfer atau swap je kad.


Tapi tu lah... Andai kedai nasi lemak tu boleh swap je. kan indah...

Sabtu, 15 Januari 2022

Baju untuk Buku Jurnal Nur Ikhlas

 The only source of knowledge is experience

- Albert Einstein -

........................................................................................................................................................


Sejak Nur Ikhlas semakin beranjak ke usia remaja ni. Dia dah start buat jurnal peribadi dia. Aku akui dia seorang yang sangat kreatif. Dia suka melukis dan berimiginasi. 


Cute kan.. gambar tu dia lukis sendiri


Macam mana Nur Ikhlas boleh terjebak nak buat jurnal ni? Dia terjumpa dalam youtube.. ada orang buat jurnal cantik-cantik. Terus dia suka nak buat. Start dari situlah dia mengendeng kat aku nak kan buku.


Benda baik kan.. so aku support lah apa yang dia suka buat. Aku belikan dia Binder Book, Sticker yang comel-comel, Pen warna warni dan Sketch Art Marker Pen.


Setiap kali dia menulis di dalam jurnal tu mesti dia akan bagi aku baca. Hari tu ada sekali dia bawa ke sekolah untuk tunjuk kat BFF dia.


Buku jurnal dia ni jenis kulit Transparent macam kat bawah ni. So aku pandang macam togel je.. tak menarik. Tah dari mana datang kerajinan ni, aku dengan baik hati lah nak buatkan baju untuk buku tu.


Kan nampak togel buku tu.. Nur Ikhlas pilih corak bunga-bunga

Buka bekas isi kain dan suruh dia pilih nak corak yang mana. Aku pun start lah jahit.  Gigih layan youtube cara macam  mana yang paling senang nak buat. Dari potong kain, setereka dan jahit termasuk scroll youtube adalah ambil masa dalam 40 minit siap semua.


Inilah hasilnya... cantik tak? Next step nak beli cover dia takut kain tu jadi kotor. Ingatkan boleh guna plastik balut buku.. tapi jadi hodoh pulak.




Tulis semua kenangan dan pengalaman kamu dalam ni ye Nur..

Khamis, 13 Januari 2022

Jauhi Mulut Puaka

 Persahabatan ibarat sebuah gelas yang rapuh. Kau bisa memperbaikinya saat pecah, tapi bekas retakannya akan selalu ada." 

-Waqar Ahmed-

.................................................................................................................


Buatlah pilihan yang bijak dalam berkawan. Bahaya kalau ada kawan toksik dipersekitaran kita. Kenapa aku cakap macam ni... 


Ceritanya begini... last two week hari tu aku dan member lain dapat tahu yang kawan kami ni mengandung.. kandungan yang ke-7. so aku happy lah even aku tahu dari mulut orang lain.


Then hari yang sama aku tahu dia mengandung, petang tu aku ada meeting dengan bos. Aku meeting dengan team lain tapi still satu department yang sama. Lepas dah nak habis meeting ni adalah budak ini dok tanya-tanya kami siapa yang tak tahu lagi kawan aku tu mengandung. Memang time ni bos tak tahu sebabnya kawan aku macam nak rahsia lah. Dia malu anak dia nak masuk yang  ke-7.


So masa budak ni tanya-tanya tu bos aku macam cakap kenapa... kenapa.. so terbuka lah cerita yang staff dia mengandung. Aku kat tepi diam je dengar diaorang ni bercerita.


Dalam dok mereka bercerita tu adalah terselit beberapa cerita yang tak best bila kita mendengarnya. Salah satu ceritanya.. kawan aku cuba makan nenas untuk gugurkan kandungan.. kawan aku cuba menjatuhkan diri di bilik air dan ada lagi lah cerita-cerita yang tak best.


Aku macam.... Serius??? Aku yang baru tahu cerita ni terperanjat beruk lah. Aku pun cakap jangan lah buat macam tu.. kesian kat baby. 


Then aku pulak kan jenis suka bebel dan jenis tak puas hati kalau dengar dari satu pihak je. Aku gie lah tanya kat kawan aku ni.. mulut takde insuran kan.. haa habis lah dia kena soal siasat plus bebelan manja dari aku.


Bila aku tanya macam tu.. dia pun terkejut beruk. so kawan aku ni explain lah.. Dia ada cerita kat budak tu yang dia ada tergelincir sikit dalam bilik air tapi ketika kejadian dia belum tahu dia mengandung. Kawan aku sempat berpaut so takde lah terduduk kuat ke apa. Sama juga dengan kes makan nenas. Dia makan pun sebelum dia tahu dia mengandung. Lepas dia tahu tu dia stop lah makan-makan benda yang tajam. Kawan aku tak sangka pulak lain jadinya bila dah sampai ke orang lain.


Aku pun.. ooooooo gitu kisahnya.. Bercucuran air mata kawan aku tu. Menagis sungguh bila dia tahu. Aku pula rasa serba salah sebab tanya hal tu ke dia. Niat aku nak bebel ke dia jangan buat yang bukan-bukan. Tak pasal-pasal member satu unit dengan dia bebel ke aku pulak. Bos dia siap wassap aku bagi tahu kawan aku dok nagis. depa tak tau nak pujuk macam mana.


Sian kawan aku tu.. Dia rasa macam malu sangat sebab dia risau kalau orang lain yang dengar cerita tu, apa tanggapan orang pada dia. Nanti orang bercakap dia cuba gugurkan kandungan. Dia tak sayang anak. Suami dia jahat.. Macam-macam lah dalam fikiran dia tu.


Sebenarnya budak tu dah banyak kali buat perangai gitu. Satu department kami tahu perangai dia suka menambah cerita. Kalau hal aku ni apa lah yang dia tak mengatanya. tapi aku buat bodoh je. Sebab tu bila ada cerita dari mulut dia aku susah nak percaya. Aku akan tanya terus ke orangnya.


Petang tu lepas kawan aku dah okey, aku jumpa lah bos aku untuk betulkan kenyataan budak tu. Ye lah risau gak kalau bos bagi tanggapan yang negatif ke dia. Memang betul pun. Lepas aku bagitahu, bos pun cakap yang masa budak tu cerita.. bos aku dah fikir macam-macam ke kawan aku ni.


Bagi aku, budak tu buat macam tu sungguh aku rasa macam jahat sangat lah. Benda serius kot hal-hal mengandung dan gugurkan anak. Kalau bab dia mengata aku dan kawan-kawan still boleh pejam mata lagi. Ni bab nyawa bayi.


Semoga kawan aku tabah menghadapi dugaan ini. so jauhi lah dari orang yang bersifat macam tu. Janganlah bercerita sangat hal-hal kita kat orang yang mulut puaka ni. haru jadinya nanti.

Rabu, 12 Januari 2022

Dapat Gelang Emas dari KKM bila kita jadi kontak rapat

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. 

- Ad-Duha: 7 -

......................................................................................................................................................


Pagi tadi dalam jam 7.00 pagi aku dapat call dari bos.. Suara dia macam menagis masa mula-mula cakap tu. pastu talian terputus. Dalam otak aku ni dah fikir macam-macam.. Ada kematian ke? Second call, bos cakap dia positif covid. Punya lah dia minta maaf sebab ini adalah kali ke-dua dia positif. 


Aku pula time dia call tu memang dah siap tinggal nak sarung tudung je. Bila dapat berita tu aku pun jadi kalut lah. Dah tentu lah aku kontak rapat dengan bos sebab semalam pagi aku dengan dia ada meeting bersama. Wassap lah kawan-kawan yang sama-sama jadi kontak rapat. Nak tahu apa langkah seterusnya lepas tahu berita macam tu sebab ini kali pertama perkara ini terjadi pada aku. huu huu


So pagi tu juga aku test guna Antigen Rapid Test (Oral Fluid). Serius aku menggeletar seram bila buat test ni. Menggigil tangan wei... Cuak nak tengok result. Alhamdullah result aku negatif.


Alhamdullilah...


Pastu kalut pulak nak kena gie CAC ke tak. Tanya pulak dekat nombor wassp CAC Klang. CAC Klang bagitahu kalau kontak rapat tapi tiada symptom kena kuarantin di rumah selama 7 hari dan dapatkan surat kuarantin kat Dewan Ambang Botanik MPK 2.


kena rajin bertanya.. tak tanya nanti sesat jalan...


Sebabkan opis aku perlukan surat kurantin so menapak lah aku ke sana. Aku kena On Waze sebab tak pernah pergi dan tak tahu pun kewujudan dewan tu. Memang tempat dia agak ke dalam dan sunyi.


Sampai sana hanya ada seorang je. So proses dia tak mengambil masa yang lama. Dalam 20 minit selesai urusan dari daftar sampai lah dapat suratnya.


So petugas akan tanya beberapa soalan lah pada kita. Antaranya siapa yang positif.. bila last jumpa orang tu.. kita jumpa dalam keadaan macam mana.. pastu dia nak tengok lah surat yang positif tu. Kalau tiada tunjuk gambar kit test pun dah okey. 


Kemudian dia tanya kita ada buat test tak. Kalau ada kena tunjuk kat dia. Dia juga nak kan nama jenama test kit tu. Yang ni aku lupa nak snap.. nasib opah ada kat rumah jadi minta tolong dia snap dan hantar ke wassap aku. Pastu kita mengandung ke.. ada penyakit lain ke.. pastu ada symptom tak.. So kita kena jawab dengan jujur lah.


aku guna yang ini. Nasib memang ada simpan kat rumah


Selesai semua tu pergi pula next station untuk dapatkan surat pengesahan kuarantin dan pakai gelang emas. Mula-mula aku ingat tak perlu pakai gelang. Rupanya kena juga. tak pelah. aku pun jenis bukan nak ke mana-mana pun. Dapat surat aku send kat group untuk maklumkan. Selesai..


dapat lah gelang emas ni.. huu hu huuuuu


7 hari kuarantin kat rumah ye.. bukan gie jalan-jalan tau

CAC Klang ni ada dua tau. Satu di Dewan MPK 1 CAC Pelabuhan Klang. Ini untuk yang bila orang tu buat test kit sendiri dan didapati positif. Manakala dewan yang aku pergi pagi tadi tu untuk orang yang kontak rapat dan yang memerlukan surat kuarantin.


ni yang kalut pagi tadi nak pergi yang mana satu.
Nasib ada yang tukang snap kan benda ni.


Sebenarnya semua ini adalah benda tak dijangka. Semua orang tak nak kena covid ni. So dari sini aku dapatlah pengalaman dan pengetahuan. Aku harap bos dan kawan aku yang positif cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa. Amin

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................